Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Aku cukup sedih bila tengok lelaki merokok (nasib baik suami ku bukan perokok...kalau dia merokok maknanya dia tak sayang aku dan anak2 la tu..) Aku teringat arwah abah ku yang menghidap kanser paru-paru akibat merokok 16 tahun lepas... Masa tu tak kenal Shaklee lagi. Yela, ajal maut di tangan Tuhan. Aku dah redha dengan ketentuanNya. 
Hari ni, aku cuba nak bantu dan nak seru perokok atau si isteri yang suaminya merokok supaya bertindak dari sekarang. Baru-baru ni masa aku teman husben (kena demam denggi) kat wad lelaki disebuah hospital kerajaan.. sedih aku tengok... kebanyakkannya menderita akibat merokok. Allahuakbar.
Sebelum kita cerita tentang bagaimana nak merawat ketagihan merokok ni...terlebih dahulu, perlulah kita ambil tahu 'fakta2 tentang amalan merokok'.
Tembakau merupakan bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
![]()  | 
Hari ni, aku cuba nak bantu dan nak seru perokok atau si isteri yang suaminya merokok supaya bertindak dari sekarang. Baru-baru ni masa aku teman husben (kena demam denggi) kat wad lelaki disebuah hospital kerajaan.. sedih aku tengok... kebanyakkannya menderita akibat merokok. Allahuakbar.
Sebelum kita cerita tentang bagaimana nak merawat ketagihan merokok ni...terlebih dahulu, perlulah kita ambil tahu 'fakta2 tentang amalan merokok'.
Tembakau merupakan bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang 
diterima secara meluas  dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia 
dipandang sebagai satu  norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini 
terhasil apabila golongan  yang mudah terpedaya dengan budaya asing, 
terutamanya yg dipaparkan  melalui media massa, ingin pula bergaya demi 
mencapai status kecanggihan dan keunggulan yang kononnya dikaitkan 
dengan merokok. Malah tabiat  suka meniru dan menyeleweng dari jalan 
yang benar adalah sesuatu yang  kian menguasai anak-anak kaum Muslimin 
di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. “Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin” (Al-Bukhari & Muslim)
2.
 “Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan  dari
 kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani” (At-Termidzi)
3. “Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu” (Abu Daud)
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap
 batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000  bahan kimia
 beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini  setiap 
sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan  asap 
rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan  yang 
digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat  gegat 
(naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic),  gas 
beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi  
pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun,  
racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar  
mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi  
penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis  
policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen  
yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis 
dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak  balas di dalam otak dan 
mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang  menjadi punca utama 
penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang  ditunjukkan dengan 
gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin  lebih hebat 
berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya  nikotin itu 
juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf  oleh dunia 
perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala  berkelakuan 
seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat  tertekan 
sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah  terjerat dengan
 ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk  selamanya, kecuali 
dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.  Nikotin turut 
menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan  strok. Hampir 
satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca  dari tabiat 
merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama  kematian 
sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida 
pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh  ekzos kenderaan.
 Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu  hingga ianya menjadi
 terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut  sekiranya paras karbon 
monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila  racun rokok itu memasuki
 tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan  membawa kerosakkan pada 
setiap organ disepanjang laluannya, iaitu  bermula dari hidung, mulut, 
tekak, saluran pernafasan, paru-paru,  saluran penghazaman, saluran 
darah, jantung, organ pembiakan,  sehinggalah ke saluran kencing dan 
pundi kencing, iaitu apabila  sebahagian dari racun-racun itu 
dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si
 perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri  tetapi 
turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada  bahaya 
asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang  berada
 di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui  
kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan
  tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan  
pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan  
melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran  
bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga 
 akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan  
penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran  
penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di 
 bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang 
larut  air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh 
badan.  Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah 
menyebabkan  saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan 
dinding arteri  dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam 
jangka panjang,  akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, 
migrain, sakit kepala,  pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan 
penyakit jantung dan  sebagainya. Racun rokok akhirnya disaring dalam 
buah pinggang dan  dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam 
proses ini pula,  berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia 
asap rokok yang turut  merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing
 juga menyebabkan  kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga 
mempunyai kesan  tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum 
diketahui merokok boleh  menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di 
hati dan ada kalanya ia  boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu 
ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
 - Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
 - Lebih terdedah kepada kanser
 - Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
 
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
 - Mendapat jangkitan paru-paru
 - Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
 - Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
 
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di
 Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun;  30 
peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru,  mulut,
 esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks,  
kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung  
dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr 
Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital  kerajaan di 
seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit  sekatan 
pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami  kerugian 
kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan  
kehilangan produktiviti.
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama dengan mengelak dari sakit kronik. (ajal maut ketentuan Allah)
 - Dapat menghindari racun
 - Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
 - Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
 - Dapat meningkatkan kece-rgasan serta memiliki tubuh yang sihat
 - Meningkatkan deria rasa dan bau
 - Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
 - Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
 
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok 
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- cuba merawat ketagihan dengan SUPPLEMEN..percaya tak? Ada..siapa kata takde?
- cuba merawat ketagihan dengan SUPPLEMEN..percaya tak? Ada..siapa kata takde?
Rawatan Alternatif Untuk Berhenti Merokok.
Langkah 1 - [DTX COMPLEX] Bertindak sebagai tonik hati, membantu proses detoksfikasi hati kerana hati perokok tegar berwarna lebih gelap berbanding dengan orang yang tidak merokok kerana mengandungi toksin nikotin & tar yang terlalu tinggi di dalam hati.

Langkah 2 - [SUSTAINED RELEASE VITAMIN C] sebatang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan perokok.Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh tak mampu menyimpan Vitamin C dengan baik.Jadi perokok, perlu ambil Vitamin C dengan kadar yang lebih banyak daripada biasa untuk membersihkan nikotin dalam darah.

Langkah 3 - [VIVIX SHAKLEE] Vivix Shaklee bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki. Jika anda seorang perokok yang mengidap kanser, vivix membantu membaiki sel-sel kanser ini dengan cara membaiki struktur DNA sel tersebut. Dengan pengambilan Vivix Shaklee selama 2 minggu secara berterusan, InshaAllah boleh berhenti merokok untuk selama-lamanya. Vivix Shaklee akan menyebabkan anda secara automatik tidak mahu merokok lagi sebab setiap kali anda merokok, rokok tersebut akan rasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda sendiri akan menolak rokok secara automatik. Bukan itu sahaja, dengan pengambilan Vivix Shaklee, anda bukan sahaja boleh berhenti merokok, bahkan anda juga akan bertambah berseri dan nampak muda. Sebab Vivix juga merupakan anti-oksidan yang sangat berkesan untuk membuatkan anda nampak 20 tahun lebih muda. Bukan cakap kosong tau, Vivix Shaklee ada bukti kajian klinikal.
“Setiap Sedutan, Membawa Padah”
So fikir-fikirkan....
So fikir-fikirkan....
Lyna Sabran 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/


 
