Senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ni menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan 'endometriosis' atau lain-lain.
Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.
Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.
Keadaan
 ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak  
semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi  
disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran  
peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah  
berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah  
wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.
BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU
Tahukah
 anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah  disebabkan 
oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini  bertujuan 
bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan  sedikit tisu
 daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan  melalui 
saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki  oleh 
seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding 
rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis  hormon yang dikenali 
sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah  daripada sejenis 
kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak  dan peranannya 
sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin'  ini mengandungi 
20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi  banyak kesan 
terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan  jika ia 
dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut.  'Prostaglandin'
 yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual,  cirit-birit, muntah 
serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan  dan kelahiran dapat 
membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran  rahim yang menjadi 
pun ca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan
 kecil daripada mereka yang akan  menghadapi masalah ketidaksuburan dan 
mudah gugur kandungan sekiranya  senggugut berlaku secara berterusan. 
Mereka ini kemungkinan besar  menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu 
sejenis penyakit yang sering  dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun 
pun begitu, kaitan ini hanya  jika penyakit 'endometriosis' ini berada 
pada tahap serius. Tahap  kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan 
tahap keseriusan  'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami 
senggugut yang teruk  tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat 
awal sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja 
dua atau tiga hari  kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini 
telah merebak  kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid
 telah  berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan  
persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan  
yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.  
Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan  
datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang 
 belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti.  
kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang  
air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.
TAHAP SENGGUGUT 
 
 Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah  
senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.
- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
 
 Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh  
penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa
  ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa 
kuatnya.  Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja 
yang belum  berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua 
kedatangan haid. Ini  menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer 
boleh dirawat dengan  'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 
'prostaglandin'. Dalam  beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang 
mengandungi hormon boleh  membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta 
pengurangan tekanan juga  merupakan beberapa amalan penting yang tidak 
harus dipandang ringan.  'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus 
menyebabkan otot-otot rahim  mengecut dan membantu uterus menyingkirkan 
darah kotor yang terbentuk  hasil daripada proses pengecutan sepanjang 
berlakunya haid. Terapi yang  sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis
 ini termasuklah  memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, 
melakukan senaman  aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya 
iaitu kira-kira 1000mg  sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 
50mg dan 100mg vitamin  B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang 
diambil itu mestilah bertujuan  untuk mengurangkan pengeluaran 
'prostaglandin' dan perubahan hormon.
-SENGGUGUT SEKUNDER
Senggugut
 sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya  ialah 
penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis  ini 
disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim  (endometriosis) 
dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun,  jangkitan kronik yang 
menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan  berlanjutan sepanjang
 kedatangan darah haid. Antara punca-punca  berlakunya senggugut kedua 
ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak  normal. Selain itu, contoh
 penyakit lain yang tergolong di dalam  senggugut jenis sekunder ini 
ialah kanser rahim dan jangkitan pada  bahagian pelvik.
Contoh-contoh lain adalah :
ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.
FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'
Sejenis
 alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah  
kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah  
bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan  
turut dilakukan sekiranya perlu.
TANDA-TANDA SENGGUGUT:
- kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek.Kadangkala, ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.
 - sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid.
 - terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.
 - mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.
 - kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.
Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala iaitu: - sakit kepala
 - rasa loya
 - muntah-muntah
 - masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
 - mudah pitam atau pengsan.
 - simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.
 - kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.
 
UBAT TAHAN KESAKITAN
Kesakitan
 dengan mudah boleh dihilangkan dengan pelega kesakitan biasa  atau 
mengamalkan makan ubat perancang keluarga yang menghalang ovulasi.  
Contoh ubat penawar sakit yang sesuai untuk melegakan kesakitan  
senggugut ialah Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain-lain. Tetapi
  dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit
  yang mengandungi hormon 'Norethisterone'. Namun begitu, sukar untuk  
melegakan kesakitan dan sakit menjadi punca berjumpa doktor. Gejala  
berkaitan termasuk ketidaksuburan. Kadangkala doktor hanya mengesan  
penyakit tersebut ketika pesakit membuat ujian untuk rawatan  
ketidaksuburan. Sakit senggugut yang teruk tidak bermakna penyakit  
penyebab juga teruk dan peluang hamil makin tipis. Ini hanya akan  
ditentukan selepas doktor membuat penilaian sepenuhnya. Keperluan  
mengambil ubat penahan sakit menunjukkan tahap seriusnya kesakitan dan  
keperluan mendapat cuti sakit menjadikan keadaan ini kontroversi. 
 Kesan ubat penahan sakit terutamanya dari kategori 'non steroidal anti 
 inflammatory' boleh mendatangkan ulser pada dinding perut.
[sumber rujukan - majalah rapi 1 sept 05]
Pilihan lain selain ubat Tahan Sakit ialah :1) GLA complex : membantu menyeimbangkan hormon dlm badan. Ketidakseimbangan progesteron & estrogen boleh mencetuskan kesakitan & PMS
2) Ostematrix : kalsium membantu & mengawal pengecutan otot yang terkawal. Abdomen & vagina adalah otot yang kuat mengecut ketika haid berlaku
3) B complex : menambah aliran oksigen kepada organ wanita, meringankan simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan panas baran selain meringakan tekanan.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/


No comments:
Post a Comment