Apakah PUNCA terjadinya Jerawat di Badan ?
Secara umumnya jerawat adalah keadaaan abnormal
pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak
(sebaceous gland) hingga menyebabkan liang roma tersumbat. Ini
menyebabkan radang (bengkak) yang biasanya terjadi pada dada, belakang badan dan muka (bahagian paling kerap dijangkiti).
Punca sebenar jerawat tidaklah diketahui tetapi
para doktor (atas pemerhatian) telah memberikan faktor yang dikatakan
penyebab masalah kulit ini.
-
Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
-
Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
-
Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
-
Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
-
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
-
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
-
Masalah jerawat di badan seringkali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh).
Walau apapun punca yang menyebabkan jerawat
tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah mengatasinya daripada terus
mengganggu dan membelenggu diri anda. Kehadiran jerawat samada di muka atau di badan selain dari menjejas penampilan, ia juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada jiwa seseorang seperti krisis keyakinan diri dan kemurungan. Justeru itu, JANGAN AMBIL REMEH perkara
ini. Segera bertindak dan jangan anggap masalah ini akan pulih dengan
sendiri. Malah mungkin bertambah teruk jika terus dibiarkan.
Bagaimana Cara untuk mengatasi masalah Jerawat Badan ?
Selain menggunakan ubat-ubat yang
disyorkan oleh doktor pakar, kita juga boleh mengatasi atau mengelak
dari masalah jerawat di badan ini berterusan. Jangan ingat masalah ini
akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak oleh kita sendiri.
Antara perkara yang anda perlu lakukan bagi mengelak jerawat badan:
Antara perkara yang anda perlu lakukan bagi mengelak jerawat badan:
-
Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian anda.
-
Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat
-
Elakkan dari pakaian yang tidak menyerap peluh.
-
Rajin bersihkan diri bagi menghapuskan bakteria dan membuang sel-sel mati
-
Amalkan gaya pemakanan yang sihat.
-
Sentiasa tukar tuala dan cadar tempat tidur.So, kat sini.. ada beberapa jenis supplemen yang bole dicadangkan sebagai langkah penyelesaian kepada masalah jerawat. Amalkan secara displin, berterusan dan pengambilan air lebih 2-3 liter sehari bakal memberi impak besar kepada kecantikan kulit anda ;)PM/whassp Lyna untuk pertanyaan lanjut tentang produk terbaik ini,0196800226
No comments:
Post a Comment