Masalah jerawat ni memang menyakitkan hati..biasanya wanita akan menghadapinya 'time' tu la (ala, waktu bendera merah). Tapi, ia bukan sekadar kerana hormon.. boleh jadi ada penyebab-penyebab lain dan penyumbang-penyumbang kepada masalah ini.
Jom kita selidik dulu APAKAH JERAWAT?

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Apakah pula Punca Jerawat?
Jerawat terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam
 liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan 
digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang 
roma tersebut. Ada beberapa punca yang boleh 
menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga 
kulit leher manusia.
1. Hormon
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous 
mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon 
yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan 
perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah 
jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang 'sebaceous' akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
2. Bakteria 
Bakteria yang dikenali dengan nama "Propionibacterium acnes" pula adalah salah satu bakteria yang biasa 
ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati 
pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai "Propionibacterium
 acnes" yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak 
berjerawat.
3. Pemakanan 
Walaupun punca jerawat yang disebabkan 
oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta 
secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap 
insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon 
terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam 
tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan 
jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
4. Stress
Stress boleh memburukkan lagi simptom 
jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. 
Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan 
boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita 
dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam 
badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya 
pertumbuhan jerawat.
5. Alat Solek 
Sebenarnya alat solek bukanlah punca 
jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit 
anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi 
keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
6. Matahari 
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab 
utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh 
menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan 
liang roma.
7. Pakaian 
Tidak ramai yang mengalami masalah 
ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh 
jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di 
Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang 
boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih 
boleh membebaskan anda dari belengu jerawat..
Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja 
daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi 
jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks
 dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. 
Untuk entry seterusnya kita baca pulak tentang cara merawat jerawat.
Untuk entry seterusnya kita baca pulak tentang cara merawat jerawat.
Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment