Sunday, July 6, 2014

Osteoporosis : Mencegah lebih baik daripada mengubati...


Bismillahhirrahmannirahim..

Alhamdulillah... Semua dah selesai bersahur kan?? Jangan ada yang kata belum pulak... Dah subuh dah kot. Huuhuu.. Saje tanya soklan gtu... bagi korang pikir.. aku nak cite ape kan???  Dengan gambar tulang bagai....Ok, nak tanya.. apa yang korang tau tentang Osteoporosis?? Betul, antaranya... tulang retak dan menyebab tulang semakin lemah...
Jom kita baca FAKTA tentangnya...

Osteoporosis, penyakit yang mengakibatkan penipisan tulang dan kenaikan risiko keretakan, boleh menjadi beban terutamanya jika anda melebihi usia 60 tahun. Walaupun osteoporosis tidak boleh dipulihkan, ia masih boleh diurus dan dirawat.

Tulang kita sentiasa membina dirinya sendiri dengan membuang tulang lama (penyerapan tulang) dan menggantikannya dengan tulang baru (pembentukan tulang). Sambil usia anda meningkat dan terutamanya setelah mengalami menopaus, tulang anda akan terhapus lebih cepat daripada terbina. Osteoporosis berlaku apabila penyerapan tulang berlaku lebih pantas dari pembentukan tulang dalam jangka panjang. Bagi WANITA selepas menopaus, penyerapan tulang semakin cepat kerana kejatuhan tahap ESTROGEN, iaitu sejenis hormon yang melindungi tulang.

RAWATAN bagi osteoporosis bertumpu kepada menghalang proses penyerapan tulang, meningkatkan pembentukan tulang atau kedua-dua tindakan ini digabungkan, lalu memperbaiki kualiti dan ketumpatan tulang. Dalam kata lain, sesetengah rawatan direka untuk melambatkan proses penghapusan tulang manakala yang lain pula untuk membina tulang.




Antara RAWATAN yang boleh di lakukan....

Bifosfonat
Rawatan yang paling banyak digunakan adalah bifosfonat, iaitu ubat anti-penyerapan. Bifosfonat mengurangkan proses penyerapan tulang, dan pada masa yang sama, menyimpan dan mengekalkan ketumpatan dan kualiti tulang untuk mengelakkan patah atau keretakan yang lebih teruk.
Antara bifosfonat yang paling banyak digunakan termasuklah alendronat, etidronat, risedronat, ibandronat dan zoledronat. Pengurusan yang betul adalah perlu untuk terus mengurangkan kesan sampingannya.
Reseptor Pengawalatur Estrogen Selektif (SERM)
Satu lagi jenis ubat anti-penyerapan adalah Reseptor Pengawalatur Estrogen Selektif (SERM).
Dadah ini boleh menyerupai estrogen dalam sesetengah tisu atau menghalang tindakan estrogen pada tisu lain. Serms boleh memberikan manfaat estrogen yang diperlukan dalam mengurangkan penyerapan tulang. Raloxifene, sejenis ubat SERM, adalah satu-satunya ubat yang digunakan dalam rawatan dan pencegahan oestoporosis bagi wanita yang sudah menopaus.

Kalsitonin
Kalsitonin turut digunakan sebagai agen anti-penyerapan. Ia boleh membantu menstabilkan tahap kalsium dalam badan anda dan mengelakkan kehilangan tulang dengan menghalang proses penyerapan tulang. Kalsitonin boleh diambil melalui suntikan atau semburan hidung. Walaupun tidak efektif seperti dadah anti-penyerapan yang lain, kalsitonin telah terbukti dapat mengurangkan sakit belakang bagi mereka yang mempunyai keretakan akibat osteoporosis.

Terapi Penggantian Hormon/ Estrogen (HRT/ERT)
Doktor anda mungkin mencadangkan terapi penggantian hormon (HRT) atau terapi penggantian estrogen (ERT). Disebabkan tahap estrogen rendah akibat menopaus, HRT dan ERT boleh membantu menggantikan estrogen dalam badan. Digunakan untuk mengurangkan penyerapan tulang dan kehilangan tulang selepas menopaus awal di kalangan wanita, HRT dan ERT semakin kurang digunakan kini berikutan kegusaran tentang peningkatan risiko kanser.

Hormon Paratiroid

Terdapat juga agen pembinaan tulang yang boleh membantu merawat osteoporosis kritikal. Satu daripadanya adalah hormon paratiroid, iaitu penyelaras utama kalsium dan fosfat dalam tulang bagi badan. Teriparatide, versi sintetik hormon paratiroid digunakan untuk merangsang perkembangan tulang.
Teriparatid biasanya diberikan kepada mereka yang menghidap osteoporosis kritikal yang tidak boleh mengambil ubat lain atau bagi mereka yang mendapati ubat lain tidak efektif. Ini biasanya disebabkan kosnya yang tinggi dan perlu disuntik setiap hari.

Strontium Ranelat
Satu rawatan terbaru yang digunakan bagi osteoporosis adalah strontium ranelate. Dadah ini boleh mengurangkan risiko keretakan vertebra hingga hampir separuh bagi wanita selepas menopaus yang menghidap osteoporosis. Seperti kebanyakan rawatan osteoporosis, strontium ranelate bertujuan mengurangkan kehilangan tulang dan meningkatkan pembentukan tulang, lalu meningkatkan jisim tulang untuk mengelakkan lebih keretakan.







Diet dan gaya hidup


Semua orang yang telah disahkan menghidap osteoporosis juga dinasihatkan untuk membuat perubahan pada diet dan gaya hidup. Pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi adalah sangat penting dalam rawatan osteoporosis. Kalsium boleh mengelakkan kehilangan tulang dan vitamin D akan membantu badan menyerap kalsium dengan lebih baik.
Anda boleh mengambil kalsium dan vitamin D dalam diet anda atau sebagai makanan tambahan. Pengambilan harian yang dicadangkan bagi kalsium dan vitamin D bagi rakyat Malaysia adalah seperti di bawah :

Antara sumber-sumber baik bagi kalsium adalah susu dan produk berasaskan tenusu, sayuran hijau gelap berdaun seperti kai lan, pak choy dan brokoli, produk soya dan susu soya, ikan dengan tulang lembut dan boleh dimakan seperti sardin dalan tin dan ikan bilis, dan minuman, biskut dan bijirin yang diperkaya. Vitamin D pula dihasilkan oleh badan apabila ia terdedah kepada cahaya matahari selama 10 hingga 20 minit.
Kalsium dan vitamin D juga diambil sebagai makanan tambahan jika pengambilannya dalam diet tidak mencukupi. Di samping memastikan pengambilan anda mencukupi, makanan tambahan juga diambil untuk memaksimumkan kesan terapi dadah anda. Doktor anda akan mencadangkan dos yang diperlukan untuk memenuhi keperluan harian anda.

Akhir sekali, ingatlah bahawa pemakanan dan gaya hidup anda turut memainkan peranan penting dalam merawat osteoporosis. Selain memastikan ada mendapat kalsium dan vitamin D, anda juga perlu bersenam. Berjalan dan tai chi adalah contoh senaman menahan berat yang akan merangsang pembentukan tulang. Tetapi, dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum memulakan sebarang regim senaman untuk mengelakkan kecederaan yang tidak disengajakan.
Anda juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan pengambilan alkohol, natrium dan kafein berlebihan. Elakkan dari menghisap rokok juga. Semua ini boleh mempercepatkan kehilangan tulang dan membantutkan rawatan osteoporosis.



Beza Ostematrix Shaklee dengan Kalsium Lain di pasaran ~

Jom kenali apakah dia Osteomatrix?
Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.
"Ramai menganggap pil suplemen semua sama. Begitu juga apabila bercakap tentang sumber kalsium. Ramai yang menganggap semua kalsium adalah sama.
Jawapannya tidak. Kalsium, terutama pil kalsium adalah berbeza antara satu sama lain. Pil-pil kalsium terdiri dari pelbagai jenis, antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calcium citrate, calcium gluconate dan sebagainya.
Itupun, pil kalsium sahaja tidak cukup kerana ia memerlukan Vitamin D untuk penyerapan.
Apabila kalsium diambil bersama vitamin D, ya hasilnya tulang dan gigi yang kuat. Tapi tahukah anda itu tidak cukup?
Kerana tulang yang kuat perlu 'melekat' antara satu sama lain. Oleh itu ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen"


Anda boleh perhatikan kandungan didalam Osteomatrix seperti dibawah: Supplement Facts Serving Size: 4 Caplets Servings per Container: 30
Ingredients
Amt Per Serving
Units
%Daily Value
Total Carbohydrate
<1
g
<1%**
Vitamin D3 (as cholecalciferol)
400
IU
100%
Vitamin K (as phytonadione)
40
mcg
50%
Calcium (as calcium carbonate, calcium citrate and calcium citrate malate)
1,000
mg
100%
Magnesium (as magnesium oxide, magnesium citrate and magnesium gluconate)
400
mg
100%
Zinc (as zinc gluconate)
1.5
mg
10%
Copper (as copper gluconate)
0.2
mg
10%
Manganese (as manganese gluconate)
0.2
mg
10%
Sodium
5
mg
<1%
Boron (as trace mineral protein hydrolysate)
3
mg
*
** Percent Daily Values (DV) are based on a 2,000 calorie diet. * Daily Value not established


Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam Ostematrix Shaklee berupaya:


  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

ADA APA DENGAN OSTEMATRIX?

  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap. 250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari. Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.
    Bukannya ketika perut kosong.

  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang

  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium.
    Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol' (dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.

  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang

  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang



  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang


Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis.

Siapa yang perlu ambil kalsium (ostematrix) ??
1. Ibu menyusu & mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang haid
5. Mereka yang selalu mengalami kekejangan otot

Maka, dapat kita buat kesimpulan di sini... mencegah OSTEOPOROSIS lebih baik daripada mengubati ..Amalkan OSTEMATRIX [2 caplets 2 kali] setiap hari untuk tulang yang kuat dan sihat. Mudah jer kan? daripada terpaksa menanggung akibatnya. Hadiahkan jugak pada orang tersayang... Kalau mereka sihat.. kita pon gembira!!!

Psst!!! mak saya dah amalkan OSTEMATRIX ni sejak saya kenal Shaklee 4 tahun lepas [baca sini].

Do not hesitate to cantact me If u want to try OSTEMATRIX Shaklee.. ok??


Lyna Sabran


♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]

♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226

♥ Emel : mummy.beela@gmail.com

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment