Tuesday, April 8, 2014

Punca Sakit Tekak....

Salam,

Selalu ke kena sakit tekak dan pastu selesema?? Pas selesema datang demam...

Tambahan pulak de­ngan cuaca panas dan tak menentu kadang2 hujan..
minuman sejuk sentiasa jadi pilihan untuk menghilangkan dahaga.
Namun, tak seronoknya bila tekak mula rasa perit dan gatal lepas kerap mengambil minuman berais. 
Daripada rasa perit, batuk pula menyusul lalu menyebab­kan rasa tak selesa selama beberapa hari.
Yerrrr, mudah sangat berlaku terutama pada musim panas, tapi pernahkah kita terfikir bahawa sakit tekak yang dialami itu benar-benar sakit tekak biasa atau serangan virus mahupun radang pada tonsil?
Menurut Perunding Pembedahan ENT Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Kuljit Singh, sakit tekak sering menjadi petanda awal kepada selesema.
“Bagaimanapun, sakit tekak daripada selesema itu tidak menggang­gu dalam tempoh lama dan hilang selepas sehari dua. Simptom selesema lain seperti hidung berair dan tersumbat juga boleh menyebabkan tekak sakit.

“Tonsilitis pula adalah jangkitan pada tonsil yang menjejaskan tisu utama terletak di kedua-dua belah bahagian belakang tekak. Ia disebabkan virus atau jangkitan bakteria dikenali streptococcus.

“Doktor akan menge­sat tekak untuk mengambil sampel tisu bagi menentukan punca sakit tekak itu. Sakit tekak virus biasanya di­iringi simptom selesema lain termasuk hidung berair, batuk, mata merah atau berair dan bersin,” katanya.


“Mengambil makanan sihat dan minum banyak air kosong juga dapat membantu menyembuhkannya. Ubat yang diperoleh dari klinik atau farmasi dapat melegakan selesema dan mengurangkan simptom sakit tekak. Bagaimanapun, faedah yang diberikannya agak minimum.

“Tapi untuk kelegaan segera, ia boleh diambil de­ngan syarat mengikuti dos yang dibenarkan. Antara ubatan yang biasa diberikan ialah paracetamol untuk melegakan sakit.

“Lozenge atau gula-gula berubat bagi melegakan kerongkong dan semburan hidung dekongestan untuk melegakan sakit tekak berpunca daripada titisan hingus seperti kahak atau hingus yang menuju ke bahagian belakang tekak kita.

“Antibiotik tidak akan diberikan apabila mengalami masalah selesema virus atau sakit tekak virus. Antibiotik cuma efektif menentang bakteria, justeru ia tidak memberi kesan kepada sakit tekak biasa, malah boleh memudaratkan jika diambil tanpa keperluan,” ujarnya.

Selain sakit tekak, selesema lazimnya menyebabkan masalah hidung seperti hidung berair dan tersumbat. Apabila mengalami tonsilitis, tonsil akan membengkak dan sesete­ngah kes mempunyai bintik putih atau kuning.

Tanda jangkitan tonsil ini biasanya lebih teruk daripada simptom sakit tekak dengan selesema biasa kerana boleh mengakibatkan hilang selera makan, sakit kepala, nafas berbau, demam, perubahan suara dan kelenjar limfa membengkak di leher.

Jelas Dr Kuljit, apabila wujud simptom seperti ini, segera berjumpa doktor bagi mengelakkan timbulnya masalah lain.

“Selain itu, pentingkan kebersihan diri terlebih dulu. Basuh tangan de­ngan kerap apabila berada berhampiran individu yang mengalami selesema atau sakit tekak.

“Ada kes sakit tekak virus disebabkan oleh ais yang tercemar, jadi seelok­nya kurangkan pengambilan minuman berais,” katanya.

ITU KATA DOKTOR....

Beberapa cara perubatan turun-temurun juga boleh dilakukan seperti..
mengamalkan minum air suam yang dicampur lemon dan madu serta rehat secukupnya sangat perlu [klik sini kalau nak baca lagi]

Walaubagaimanapun, Virus boleh dielakkan dengan membantu sistem imun untuk menghapuskannya. Macam mana kita nak bantu sistem imun?


ANTARA KHASIAT NUTRIFERON YANG LAIN



Dengan membekalkan lebih banyak sumber untuk 'askar' dalam badan kita. Dalam sel darah putih yang berfungsi macam askar, ianya berfungsi untuk serang virus, bakteria, kuman dari luar. Masalahnya, askar ni jadik lembik bila tuan badannya letih, stress dan mengambil diet tak seimbang, dan sebagainya. 

Jadi kena la mintak bantuan askar luar iaitu INTERFERONS

Interferon ni pulak ada 2 jenis yg baik dan jahat. Yang baik adalah natural/ semulajadi dan menggalakkan pertumbuhan askar baru dalam badan. Yang jahat pulak mcm kemo terapi, bukan yang sakit jer diserang sel yang sihat pun mati sama.

NutriFeron yang terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.
Bila badan kita cukup interferons senang la nak lawan dengan penyakit mcm hepatitis, kanser, alahan, influenza malahan lupus.

Dalam NutriFeron, ada sumber semulajadi interferons seperti biji labu, biji plantago, bunga Japanese Honeysuckle dan bunga Saffflower. Nak makan apa pun kena ada sukatan yg betul, mana nak cari semua ni, susah kan? Nak cara yang senang pastinya dengan NutriFeron lah.

Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama 40 tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

NUTRIFERON (30 X 1.2G)
RM181.25 (sm)
RM191.25 (ss)

Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]

♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226

♥ Emel : mummy.beela@gmail.com


♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/



No comments:

Post a Comment