Wednesday, April 2, 2014

10 Tips Ulangtahun bermakna....

Sempena Ulangtahun Hubby and I....wah! gtu kan???  Nak share dgn semua....TIPS Tips menjadikan Ulangtahun Kasih Sayang anda lebih bermakna dan lebih hangat daripada biasa...

1. Mengingati Masa Lalu Anda Berdua
**
baru minggu lepas 'throwback' zaman2 bertunang dulu..heeheee


Anda boleh menikmati ulang tahun perkahwinan di rumah sahaja sambil memasak makanan yang disukai oleh anda dan pasangan. Lebih elok kalau anda menyediakan makanan yang anda dan pasangan nikmati ketika pertama kali keluar bersama. Setelah selesai makan, lihatlah kembali video pernikahan, foto perkahwinan ataupun foto sewaktu bulan madu. Masa inilah untuk mengingati kembali saat-saat indah dan manis anda berdua.

2. Bulan Madu Kedua
**
Dalam perancangan..tp tak bole ar sekarang..anak2 kocik lagi..tunggu la dorang besor dah bole jaga diri..tinggaikan..kita pi Pulau Mataking...haahaa..OVER!

Jika anda dan pasangan boleh bercuti, bulan madu yang kedua ini merupakan idea yang bagus. Anda dapat lebih mengenal satu sama lain lebih baik. Bulan madu tidak perlu ke tempat yang jauh di luar negara. Pergilah ke pusat peranginan yang ada di negara kita. Udara sejuk membuatkan anda boleh dekat dengan suami anda untuk mendapatkan kehangatan. Nikmatilah makan malam yang romantik hanya untuk anda berdua.

3. Nikmatilah Seks Yang Istimewa (Hanya Utk Psgn Suami Isteri Sahaja!) 
** No komenggg

Setelah satu @ beberapa tahun perkahwinan berlalu tentu anda akan merasakan kehidupan seks anda sesuatu yang membosankan. Anda mungkin menganggap ia sebagai satu ruti sahaja. Bagi merayakan ulang tahu perkahwinan tidak ada salahnya jika anda mengatur kembali ruang tidur anda. Memberli lilin beraroma untuk lebih romantik. Kenakalah pakaian tidur seksi yang anda miliki. Katakanlah pada pasangan fantasi anda dan realisasikanlah di kamar tidur dengan sebaiknya.
[klik sini klu nak hubungan rasa hangat macam malam pertama]

4. Berilah Kejutan Padanya
**hubby aku der buat nih.............
Buatlah catatan ringkas yang mengungkapkan rasa cinta anda pada pasangan dan letakkan di tempat yang biasa dikunjunginya seperti dalam beg kerjanya atau dompet. Anda boleh meletakkan gambar yang anda sukai, dan paling romantik, hiasilah dan letakkan di tempat yang dapat dilihat oleh pasangan anda. Ataupun anda dapat memberikah kejutan lain yang sesuai dengan kreativiti anda.

5. Lakukanlah Aktiviti Yang Sudah Lama Ingin Dilakukan 
**nak belajar berenang dan menyelam dengan hubby...tak menyempat!

Mungkin anda berhasrat melakukan sesuatu misalnya belajar menjahit atau belajar berenang, menyelam atau anda ingin membeli pakaian baru. Lakukanlah agar anda merasakan sesuatu yang menarik dan anda lebih bersemangat lagi. Pilihlah aktiviti yang dapat anda lakukan berdua agar dapat membuatkan anda dekat antara satu sama lain.
6. Nyatakanlah Cinta Dengan Cara Istimewa
Anda boleh meminta diputarkan sebuah lagu untuk pasangan anda di radio yang biasa didengarinya apabila dalam perjalanan ke tempat kerja. Cara ini agak lain sedikit dan pastinya akan membahagiakan pasangan anda. Luahkan bahawa anda begitu menyintainya dan mahukan sambutan ulang tahun perkahwinan menjadi lebih bermakna.

7. Katakanlah dengan Bunga
**Pernah buat..........
Biasanya wanita gembira bila dibelikan bunga oleh pasangannya. Anda boleh menghadiahkan jambangan bunga sebagai tanda cinta dan selipkanlah kad yang berisi ungkapan-ungkapan cinta anda. Wanita begitu sinonim dengan bunga dan apabila mendapatnya akan dapat menggembirakan hatinya.

8. Masaklah Masakan Yang Lain Dari Kebiasaan @ Dinner date @Lunchdate
**cari idea........... kalau memasak...haahaa..menunya ialah???

Hidangkanlah sesuatu yang lain dari yang kebiasaannya. Misalnya anda boleh mencuba memasak stik bersama suami atau tiram yang dikatakan sebagai makanan yang dapat membangkitkan ghairah seksual. Hiaslah meja makan dengan bunga dan lilin. Pakailah pakaian yang seksi dan berdandanlah agar nampak cantik dan lain dari biasanya.

9. Kunjungilah Tempat Yang Memberi Kenangan

Mungkin pertama kali pasangan anda menyatakan cinta di sebuah kafe, untuk mengenangnya, kunjungilah kembali kafe tersebut. Jika sewaktu bercinta dahulu mempunyai lagu kegemaran bersama, dengarkanlah. Tiada salahnya juga anda melewati jalan yang sering anda lalui bersama satu ketika dahulu sambil mendengar lagu kenangan.

10. Menonton Filem Romantis
 **kuar tengok movie sesame ok gak...MIDNITE haahaa~

Apabila kebetulan ulang tahun pernikahan anda jatuh pada hari kerja, apa salahnya anda mengambil cuti. kemudian lakukan aktiviti berdua menyeronokkan seperti meminjam beberapa video filem romantik. Nikmatilah hari tersebut bersama pasangan hidup anda tanpa gangguan anak-anak. Sudah pasti situasi ini akan menyemarakkan lagi hubungan anda berdua pada sambutan ulang tahun pernikahan.


[**sumber dari majalah seridewi & keluarga keluaran jun 2011 m/s 94*]

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment