Thursday, April 24, 2014

5 ALASAN MENGAPA KITA PERLU BANYAK MINUM AIR

Selalu orang bagi alasan....Malas minum air..tapi arini aku nak bagitaw korang sume...ALASAN kenapa korang perlu banyak minum air...banyak sangat alasan dia kan???

haaaa, supaya.....


TUBUH TETAP SEJUK

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

DAPAT MENGUMPULKAN NUTRISI

Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai ‘pembantu’ untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

MENJAGA KULIT SENTIASA HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang 'tumbuh' ketika zat-zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran-butiran batu tersebut.
Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda-tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit-sakit badan.



^^Tahukah anda bahawa jika anda minum air tetapi sentiasa kehausan, ada kemungkinan paras gula dalam darah anda tinggi. Dapatkan pemeriksaan segera.


                                                                       Lyna Sabran
                                           ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
                                                  ♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
                                                          ♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
                                              ♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Monday, April 21, 2014

Ok ke kalau kekurangan kalsium??

Sebelum ni ada cerita tentang kesan pengambilan Ostematrix...Alhamdulillah, order meberangsangkan... memandangkan ia adalah kalsium..orang taw tu untuk tulang, gigi... Yang mengadu sakit2 lutut, pinggang, penat tulang belakang yang menyusu dan yang hamil la selalu order kat kita...

Saya ni sekadar nak menolong apa yang mampu & bagi pengetahuan skit2 tentang supplemen yang penting untuk di ambil...





Kenapa kita perlu mengambil kalsium?

OSTEOPOROSIS


  1. Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tau yang itu. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi.
    Manakala 1% lagi ada dalam darah.
    1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna.
    Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil (diserap keluar) bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan
    merosot.
  2. Pembentukan struktur normal sel
  3. Sistem saraf

  4. Pembekuan dan tekanan darah

  5. Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal

    Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tak dapat bekalkan sebanyak at least 600gram kalsium. Lebihnya akan diambil dari tulang dan gigi.

Adakah korang pernah mengalami masalah seperti ni??

  • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka susah sembuh & darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin
Pada kanak-kanak pula..........
  • Selalu berpeluh ketika tidur
  • Sukar tidur lena
  • Terkejut, menangis pada waktu malam
  • Hyperaktif!!!
  • Tiada selera makan, memilih makanan
  • Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
  • Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)

    Semua yang disenaraikan di atas adalah kesan-kesan kekurangan kalsium...Aku sendiri kadang pernah mengalami 'semut-semut', sembelit, sakit pinggang & kaki tu biasa la...tapi sejak amalkan Ostematrix...sebelum tido amik 4 biji =1000mg calcium Alhamdulillah..bila bangun tido badan rasa segar...lenguh2 pon tak kronik sangat.So, nak bagi mak mertua cuba jugak lah sebab dia selalu sakit lutut.


    Untuk ibu2 menyusukan anak macam say [heehee] bole ambil kalsium demi kesihatan diri sendiri dan bayi. So, apa tunggu lagi??? RM61 je sebotol ada 120 caplets. Tak rugi mencuba untuk kebaikan...


    OSTEMATRIX dengan kawan2 set sendi...**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, merawat dan
    mencegah sebarang penyakit
    **



    Untuk keterangan lanjut;
    Lyna sabran
    ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
    ♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
    ♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
    ♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/


Sunday, April 20, 2014

KESAN KEKURANGAN AIR DALAM BADAN


Salam,

Ari ni nak becerita tentang AIR... "AIR PUTIH KOSONG"

Kenapa AIR??? heyyy...air tersangatlah penting dalam kehidupan manusia katanya....

Sedangkan
70% daripada permukaan bumi adalah air..

So badan pon memerlukan air yang cukup demi kesihatan kita... [ada gaya doktor takkk?]
Korang nak taw tak? Ramai komplen... tak serasi katanya...dengan supplemen Shaklee ni..pada hal minum air tak cukup...MALAS nak ke toilet ar tu..atau pon kata dah minum bertong..bergelen air... tapi tak sukat banyak mana minum...

TIPS untuk memastikan 2-3 liter air sehari cukup...

^^ Sediakan botol 2 liter [Botol PeelFresh ke..Botol Susu segar Goodday ke] pastu antara kul 8 hingga kul 12 habis seliter... kul 12 hingga kul 4ptg abis seliter... 4ptg hingga 8 malam abiskan antara 500 ml atau seliter air masak kosong...bukan air manis...^^

 

Tahu tak anda kalau kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak???

Tahu tak anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal adalah sangat besar....

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah. Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.

Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai filter atau alat untuk menyaring racun dari darah. Ginjal memiliki saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menyaring darah yang kental maka ginjal harus bekerja lebih ekstra keras. Kemungkinan besar ginjal akan rosak dan juga berkemungkinan besar kelak akan mengalami “cuci darah” atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis.

Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah. Sehingga fungsi sel-sel otak tidak mampu berjalan dengan optimal dan bahkan sel-sel otak akan cepat mati. Kondisi tersebut akan semakin memicu timbulnya masalah strok. Kerana itu jangan sampai kekurangan air!!!


Kesan Kekurangan Air Dalam Badan
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan : -----

1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.
4. Tekanan darah menurun.
5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.
6. Lesu pada waktu siang.
7. Sakit belakang.
8. Dehidrasi.
9. Sakit kepala.
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.
14. Meningkatkan keinginan untuk makan.
15. Darah menjadi lebih pekat .
16. Mudah keliru.
17. Degupan jantung semakin meningkat.
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.
22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dll.
24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
Jadi apa alasan anda untuk tidak menggantikan air manis dengan air putih?
Ramai yang tahu bahawa air putih begitu berharga tetapi tak ramai yang memanfaatkannya.
Malas untuk selalu ke tandas kottt...

Begitulah natijahnya jika kita kurang ambil air..nak-nak kalau makan supplemen..Supplemen penting jugak untuk menampung kekurangan NUTRISI tubuh...Kalau nak supplemen mudah di proses..nak memudahkan badan bekerja...Sila pastikan ambil air yang mencukupi...tapi tidak berlebihan..Kalau lebih pon masalah gak..Nanti kita cerita...

So sekarang................

JOM didik anak-anak kita pulak untuk manfaatkan sepenuhnya keajaibannya AIR PUTIH KOSONG!!!


♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/