Showing posts with label GLA comp. Show all posts
Showing posts with label GLA comp. Show all posts

Sunday, April 12, 2015

Promosi SHAKLEE April 2015

Assalamualaikum,

Hari ini dah pertengahan bulan..lambat UPDATE uols promo bulan nih...hikhikhik.. almaklum..sibuk sambut GST. Jangan panik-jangan panik... harga produk Shaklee masih berbaloi dan tidak membebankan.
Ini lah peluang penggemar Shaklee untuk menikmati 'special price promotion'. Banyak sangat Promo bulan ni. Jom scroll down.....

1) DTX COMPLEX 
Harga pasaran: RM 155 (90 tablets)

2) VITALEA FOR CHILDREN
Harga pasaran: RM 111 (60 tablets)

3) CINCH SHAKE MIX CHOCOLATE
Harga pasaran: RM 173

4) CINCH SHAKE MIX CAFE LATTE
Harga pasaran: RM 173


5) GLA COMPLEX
Harga pasaran: RM 91.25 (60 softgel)

6) LECITHIN
Harga pasaran: RM 52.50 (180 softgel)


Anda juga akan mendapat 5% discount jika anda membeli 2 botol GLA Complex atau 2 botol Lecithin.


Harga promo Shaklee April 2015 berapa??

Sebelum tu, jom baca sikit... kelebihan supplemen2 yang tengah promo sekarang.





Hubungi saya untuk mendapatkan harga promosi anda!


Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Saturday, April 11, 2015

Kesuburan VS Senggugut!


Senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ni menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan 'endometriosis' atau lain-lain.

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS

Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID

Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK

Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.

'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'

Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.

TANDA-TANDA SENGGUGUT:

  • kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek.Kadangkala, ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.
  • sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid.
  • terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.
  • mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.
  •  
  • kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.

    Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala iaitu:
  • sakit kepala
  • rasa loya
  • muntah-muntah
  • masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
  • mudah pitam atau pengsan.
  • simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.
  • kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.

UBAT TAHAN KESAKITAN

Kesakitan dengan mudah boleh dihilangkan dengan pelega kesakitan biasa atau mengamalkan makan ubat perancang keluarga yang menghalang ovulasi. Contoh ubat penawar sakit yang sesuai untuk melegakan kesakitan senggugut ialah Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain-lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon 'Norethisterone'. Namun begitu, sukar untuk melegakan kesakitan dan sakit menjadi punca berjumpa doktor. Gejala berkaitan termasuk ketidaksuburan. Kadangkala doktor hanya mengesan penyakit tersebut ketika pesakit membuat ujian untuk rawatan ketidaksuburan. Sakit senggugut yang teruk tidak bermakna penyakit penyebab juga teruk dan peluang hamil makin tipis. Ini hanya akan ditentukan selepas doktor membuat penilaian sepenuhnya. Keperluan mengambil ubat penahan sakit menunjukkan tahap seriusnya kesakitan dan keperluan mendapat cuti sakit menjadikan keadaan ini kontroversi. Kesan ubat penahan sakit terutamanya dari kategori 'non steroidal anti inflammatory' boleh mendatangkan ulser pada dinding perut.

[sumber rujukan - majalah rapi 1 sept 05]
Pilihan lain selain ubat Tahan Sakit ialah :



1) GLA complex : membantu menyeimbangkan hormon dlm badan. Ketidakseimbangan progesteron & estrogen boleh mencetuskan kesakitan & PMS 

2) Ostematrix : kalsium membantu & mengawal pengecutan otot yang terkawal. Abdomen & vagina adalah otot yang kuat mengecut ketika haid berlaku

3) B complex : menambah aliran oksigen kepada organ wanita, meringankan simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan panas baran selain meringakan tekanan.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/






Wednesday, September 10, 2014

Masalah jerawat DEGIL???



Baik perempuan atau lelaki dewasa..mesti risau kalau muka dipenuhi jerawat...betul ke tak? Masalah jerawat biasa dikaitkan dengan RESDUNG, ALAHAN, BANYAK TOKSIN DALAM BADAN yang perlu disingkirkan, KETIDAKSEIMBANGAN HORMON & STRESS!!

Untuk yang mempunyai masalah banyak toksin cadangan produk yg disarankan iaitu:
Alfalfa -  bantu membersihkan darah & mengurangkan toksin.
Untuk masalah ketidakseimbangan hormon,dicadangkan pula : GLA complex - kaya dengan omega -6 yang membantu menstabilkan hormon dan melembabkan kulit.
Untuk masalah alahan & resdung, dicadangkan mengambil : zinc complex - mengurangkan radang gatal jerawat & membantu menguatkan sistem imun
Vitamin C - bantu atasi alahan , menguatkan sistem imun & membantu membina kolagen semulajadi...

Ada yg naik jerawat sebab stress?? Haaa...ambil Vit B com ye..memang baik utk bantu atasi stress...B complex juga bantu vit C menjalankan fungsinya dengan baik...
Apa lagi VITAMIN yg elok utk muka berjerawat??
Vit E com» bantu pudarkan parut!
ESP » kaya dengan protein yang bantu bina tisu-tisu muka yang rosak akibat jerawat tadi...
Pening nak pilih??? Kalau pening... contact lyna nanti bole la lyna cadangkan samada SET LENGKAP atau set mengikut BAJET anda...





Lyna sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Saturday, August 2, 2014

[PROMO OGOS 2014] GLA Complex bukan sahaja untuk wanita...

Assalamualaikum,

Masih mood beraya??? OPKOS la kan... Orang kitakan beraya selama sebulan katanya..hikhik..arini baru 7 Syawal atau 3 OGOS 2014. Bulan baru beb, so..promo Shaklee terbaru ialah GLA complex. Kena amik taw tentang ni..

Ramai orang salah anggap..ingatkan GLA untuk wanita jer. Sebenarnya, GLA tak boleh dihasilkan oleh badan, hanya boleh diperolehi dari makanan. Jom berkenalan dengan GLA complex ni...


RM 91.25
60 kapsul
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Apa kebaikan GLA Complex Shaklee?

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

"GLA boleh diambil oleh LELAKI & WANITA"
Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, andropaus (lelaki) & menopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

Tapi mesti ramai yang hanya tahu EPO berbanding GLA kan??? Apa bezanya? apa bagusnya GLA???

Perbezaan English Primrose Oil dengan Borage Oil?


Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.
Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.
Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).
Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.





Siapakah yang memerlukan GLA-COMPLEX?
  • Kencing Manis
  • Ingin hamil [baca sini SET KESUBURAN]
  • Haid tidak teratur (untuk kesuburan)
  • Pesakit kencing manis
  • Arthritis
  • GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak, dan kekejangan pada waktu pagi
  • Payudara fibrocystic
  • Bermasalah kulit
  • Osteoporosis
  • PMS (meredakan senggugut)
  • Alahan.
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD).
  • Ketagihan lkohol.
  • Kanser (cyst dan fyboid)
  • Tekanan Darah Tinggi dan Penyakit Jantung.
  • Ulser
  • Kuruskan badan
  • lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)
  • orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus
  • untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan),
  • remaja yang membesar,
  • ibu menyusu
Siapa Tidak Perlu GLA-COMPLEX
  • IBU YANG HAMIL - GLA tidak boleh diamalkan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
  • SAWAN - Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.


Cadangan pengambilan GLA


Untuk betulkan period


- ambil 1 atau 2 atau 3 biji sehari sehingga kitaran haid tetap [ikut bajet masing2 nak makan sehari brape biji..maksimum 3 kapsul sehari je taw.. sebotol ada 60 kapsul]

Untuk meningkatkan kesuburan wanita
- ambil 1 atau 2 atau 3 biji setiap hari bermula hari pertama period [perlu tahu kitaran haid samaada 28 hari atau 30 hari atau 35 hari bahagi kepada 2 ] Jika kitaran haid normal 30 hari bermakna 30/2 =15hari ... bermula hari pertama period sehingga hari ke 15 [anggaran waktu subur] perlu ambil GLA. Jika cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil. Jika tidak, ulangi proses tersebut. Sehingga berjaya.

Untuk pelangsingan, kencing manis, menopaus dan lain2 masalah...
- Boleh ambil GLA 1 kapsul 1 hari sekali selepas makan.





Seperti yang telah diceritakan di atas.. GLA bukan untuk wanita sahaja... maka SET KENCING MANIS @ DIABETIS mengandungi GLA Complex


GLA mempunyai asid lemak Omega-6 yang sebenarnya sangat diperlukan oleh tubuh kita melalui pemakanan untuk menyempurnakan fungsinya. GLA telah terbukti secara klinikal boleh membantu meringankan dan mengurangkan simptom2 yang dialami oleh pesakit diabetic neuropathy seperti rasa kebas2 dan sakit2 pada bahagian anggota tubuh, dapat menurunkan kadar glukosa darah seterusnya memperbaiki saraf. GLA dapat memperbaiki sensasi, refleks dan kekuatan dalam pesakit diebetes.


Berikut adalah TESTIMONI pengguna GLA complex ANTARAnya untuk kulit sihat & ingin hamil.







Dapatkan GLA Complex dengan pembelian 6 botol percuma 1 botol hanya bulan OGOS ni...



Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/


Wednesday, July 16, 2014

Set paling asas KESUBURAN Shaklee


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,




Dah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan rezeki anak.. Atau baru dapat sorang anak..dah sepuloh tahun tunggu anak no 2?? Ye, pandang dari sudut positif.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan terus menunding jari pada si Isteri atau si Suami... macam2 faktor menyumbang kepada masalah ni...

Haid Tak Teratur...
Sperma Lemah..
Stress..
Letih..

macam2 lagi..



Set BAJET KESUBURAN InsyaAllah dapat membantu mengatasi masalah anda.





GLA Complex ( Isteri )
-Membantu menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid yang teratur
-Membantu menghasilkan mukus serviks yang berkualiti bahkan meningkatkan kuantitinya juga.Tugas mukus serviks ialah membantu pergerakan sperma berenang ke ovum dan memanjangkan jangka hayat sperma didalam ovum selama 5 hari maka peluang untuk persenyawaan lebih tinggi...
-Membantu mengatasi masalah senggugut
-Menguatkan placenta dan meningkatkan lapisan uterus-memoptimumkan persekitaran rahim bagi meningkatkan peluang persenyawaan berlaku
-GLA boleh ditukarkan kepada prostaglandine yang berperanan untuk mengurangkan keradangan (imflammation) yang mungkin menghalang persenyawaan berlaku

Zinc Complex ( suami )

- Menggalak pengeluaran sperma

- zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma

- pengambilan zinc complex dapat mengurangkan pembengkakkan prostat sebanyak 70%.

Mencuba supplemen adalah salah satu USAHA yang tak patut di pandang remeh... Apa pon rezeki daripada Allah, jangan jemu berdo'a...Allah mahu menguji hambaNya pelbagai cara kan. Yakin..kalau ada rezeki tak kemana.. ;)

Meh, contact2 kita kalau nak cuba SET BAJET ni..atau nak cuba FULL SET kesuburan kat sini....


Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]

♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226

♥ Emel : mummy.beela@gmail.com

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/