Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Diabetis dan gejalanya...



Apakah Penyakit Diabetes?

Diabetes mellitus atau biasa disingkatkan sebagai DM merupakan penyakit yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit kencing manis. Diabetes banyak dideritai oleh warga emas namun tidak terkecuali orang muda. Penghidap diabetes makin dikenal pasti di kalangan dewasa berumur bawah 50 tahun dan selalunya di tahap teruk.

Penghidap diabetes mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah yang disebut sebagai hiperglisemia. Sekitar 20.1% penduduk berumur lebih 30 tahun di Malaysia (Kajian Morbiditi Kesihatan Malaysia 2011) menghidap diabetes. Sayangnya, ramai yang tidak menyedari mereka adalah penghidap diabetes sehingga menjadi kronik dan mempunyai komplikasi jangka panjang.

Mungkin ramai orang yang bertanya, apakah itu penyakit Diabetes mellitus? Apa punca yang menyebabkan diabetes? Mengapa diabetes terjadi?
Pada umumnya, penyakit Diabetes mellitus terjadi disebabkan oleh kegagalan organ pankreas berfungsi secara normal. Pankreas berfungsi merembeskan horman insulin. Hormon insulin bertanggungjawab memudahkan kemasukan gula ke dalam sel untuk sumber tenaga. Jika pankreas gagal berfungsi dengan baik, hormon insulin tidak dihasilkan dengan cukup. Ini menyebabkan terdapat lambakan gula di dalam saluran darah. Gula tidak akan dibekalkan ke dalam sel dengan mencukupi menyebabkan individu berasa kurang tenaga. Maka penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga.
Selain daripada itu, diabetes juga boleh berlaku apabila sel menjadi kurang sensitif dengan insulin walaupun pankreas menghasilkan jumlah insulin yang mencukupi. Ini terjadi apabila terdapat jumlah lemak yang tinggi di dalam badan sehingga mengganggu sensitiviti dan metabolisma sel terhadap insulin. Masalah ini menyebabkan kurang kemasukan gula ke dalam sel untuk tenaga. Situasi ini berlaku di kalangan individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama; penyakit DM yang memerlukan insulin sejurus selepas diabetes dikesan –

Diabetes jenis 1 (Type 1 Diabetes Mellitus) dan  individu ini bergantung dengan insulin sepenuhnya.

Diabetes jenis 2 (Type 2 Diabetes Mellitus) yang memerlukan rawatan ubat-ubatan oral di peringkat awal untuk mengawal paras gula dan hanya memerlukan insulin apabila gula sukar dikawal oleh rawatan oral. 


Di samping itu, ada juga penyakit diabetes yang disebabkan oleh kehamilan, pengambilan ubat steroid tanpa kawalan, masalah penyakit genetik dan lain-lain.
Bagi diabetes jenis 2, kawalan paras gula darah boleh dilakukan melalui perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan. Berdasarkan pelbagai kajian, perubahan tersebut terbukti berkesan mengurangkan risiko diabetes dan membantu mengawal paras gula di kalangan penghidap diabetes. Oleh kerana itu, sangat penting bagi anda untuk mengetahui jika anda menghidap diabetes atau tidak.

 

Apakah Gejala Diabetes?


Ada beberapa tanda dan gejala diabetes yang dapat anda kenali sebagai gejala umum yang terjadi pada penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, tidak semua tanda dan gejala akan dialami oleh pesakit diabetes.





Tanda dan gejala diabetes adalah :
  1. Jumlah air kencing yang dikeluarkan lebih banyak dan kerap kencing (Polyuria)
  2. Sering atau cepat rasa haus/dahaga (Polydipsia)
  3. Lapar yang berlebihan atau makan banyak (Polyphagia)
  4. Urin mengandungi paras gula yang tinggi  (Glycosuria)
  5. Berat badan turun mendadak
  6. Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan & kaki
  7. Cepat penat dan lemah sepanjang masa
  8. Mengalami rabun penglihatan
  9. Luka lambat sembuh
  10. Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit.
Bagi diabetes Jenis 1, gejala utama penyakit ini adalah sakit perut, kehilangan berat badan yang mendadak dan dahaga yang berterusan.
Apakah Yang Patut Dilakukan?
Seseorang dikatakan menghidap diabetes apabila paras gula dalam darahnya melebihi 7.0 mmol/L (berpuasa) atau 11.1 mmol/L (tidak berpuasa). Namun, kebanyakan gejala diabetes hanya berlaku  apabila gula darah melebihi 15 mmol/L.
Jangan tunggu sehingga anda mendapat gejala diabetes untuk mengetahui kehadiran diabetes. Satu-satunya cara yang  tepat untuk mengetahuinya adalah dengan menjalani ujian darah.
Pemeriksaan ujian saringan ini boleh dibuat di mana-mana klinik kesihatan di Malaysia sekurang-kurangnya sekali setahun.
Kesimpulan

Pencegahan amat penting dan anda disarankan untuk mendapatkan rawatan intensif jika ingin mengelakkan berlakunya komplikasi dalam badan anda.
Bagi mereka yang mempunyai faktor risiko diabetes, anda digalakkan agar menjalani pemeriksaan saringan bagi paras gula dalam darah sekurang-kurangnya sekali setahun. 
Jika perkara ini tidak diberi perhatian dari awal,  gangguan pada saluran darah boleh terjadi seperti gangguan pada saluran darah di otak, mata, jantung, ginjal, serta bahagian kaki. Selain itu penghidap diabetes juga sangat mudah mendapat jangkitan kuman pada paru-paru, gigi, serta gusi dan pada saluran kencing.
Mencegah lebih baik daripada mengubati, dengan mengenali tanda-tanda dan gejala diabetes melitus atau kencing manis individu akan lebih berwaspada dan mengambil tindakan dengan menjalani cara hidup sihat. Langkah ini boleh menghindarkan individu daripada mendapat diabetes dan komplikasi yang boleh membawa maut.

Friday, February 27, 2015

Demam Denggi dan rawatannya

Assalamualaikum,

Semalam dah cerita tentang HEAT STROKE dengan Performance Drink kan? Sebenarnya Performance Drink ni sangat bagus bukan untuk mengelak dehidrasi sahaja.

Nak cerita, bulan Januari lepas husben saya admited kat Hospital Melaka, kerana positif denggi. Mula2 dapat tahu memang risau & sedih... tapi pikir positif... memang la kat hospital tiada vaksin tertentu untuk mengubati demam denggi ni tapi aku teringat, kita kan bole usaha dengan Shaklee.

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:




i) Demam denggi klasikal.


Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone fever.




ii) Demam denggi berdarah.


Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

Antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:



Rawatan:




Rawatan demam denggi klasikal:


Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.




Rawatan demam denggi berdarah:


Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.




Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?




Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:


  1. Mudah lebam
  2. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  3. Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

So bagaimana set ni boleh membantu penyakit denggi? seperti yang kita tahu ia disebabkan serangan Virus. Kerana itu platelet darah kita makin menurun.  Platelet ni berfungsi membekukan darah.

[kredit to : freevitamin]





Antara usaha yang saya lakukan demi husben tercinta ialah saya ikut petua & saranan mereka yang berpengalaman..


1. Masak sup ketam... tapi husben dapat hirup 2 hari jek. Sebab dia loya, katanya.
2. Keesokkannya bawakkan buah kiwi dan kurma, Alhamdulillah..dia bole telan.. kalau nak senang blend jek buat jus.
3. Mak mertua datang melawat, dia bawakkan anaknya jus pucuk betik... minum sesudu besar sehari sekali.

Walaubagaimanapun, sejak hari pertama husben dimasukkan ke wad saya dah mula bagi dia VIVIX, Sustained Release Vitamin C dan PERFORMANCE DRINK.

Bagaimana Performance Drink merawat denggi?

Kerana bahan yg bukan lagi RAHSIA - OPTI-LYTE bagi membekalkan tenaga segera, mengelakkan dehidrasi secara optimum, mencegah kehilangan air, mengekalkan gula dalam darah dan mengekalkan suhu badan normal. Biasanya orang minum 100 plus untuk merawat demam denggi tapi.. nak bagitau yang Performance drink memang berkesan dan 10kali ganda lebih baik daripada 100plus tau.


Bagaimana Vitamin C merawat denggi?

Sebagai mmune booster yang mambantu menaikkan semula imuniti badan yang semakin kurang melawan virus kalau ada NUTRIFERON lagi baik, tapi sekarang ni takde stok pulak. Saya bagi husben 2 biji sehari.


Bagaimana VIVIX  merawat denggi?

Vivix pula adalah tonik anti-penuaan semulajadi yang bertindak sehingga ke tahap selular DNA. Bila kita sakit, kebanyakkan DNA kita mengalami kerosakkan. Vivix ni memulihkan DNA sebab tu boleh kata semua penyakit sesuai ambil Vivix kecuali MATI. 

Kalau anda atau keluarga, kawan-kawan yang mengalami demam denggi... jangan berlengah lagi...boleh cuba set denggi Shaklee ni sebagai satu usaha mengurangkan graf korban pesakit demam denggi ni. Kita hanya berusaha, Allah juga Maha Penyembuh. Sekiranya penyakit itu mengancam nyawa orang tersayang.. mana yang lebih penting? berkorban wang ringgit atau berkorban nyawa? sekadar berkongsi rasa... kerana pernah mengalami dan menangis risau memikirkan sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Alhamdulillah..dengan kuasa Allah dan hasil mencuba set denggi Shaklee ini..husben kembali sembuh seperti sediakala.




Lyna Sabran


♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]

♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226

♥ Emel : mummy.beela@gmail.com

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin


Wednesday, December 31, 2014

Promo Januari 2015

2014 yang banyak kenangan PAHIT untuk negara kita.. dah jadi sejarah.. Kita semat sebaiknya dalam memori kita semua dan jadikan pengajaran.
 

So, selamat tahun baru 2015 semua!!!

Kita sambut kedatangan tahun baru dengan Promosi baru Shaklee.

Alfafa [BIG 700 tablets, SMALL 330 tablets] beli 6 botol percuma satu -atau- beli TWIN pack pat less 5%

Vivix beli 6 botol juga percuma 1 -atau- beli TWIN pack pat less 5%

[ Baca Manfaat Alfafa dan Manfaat Vivix kat sini ]


Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Tuesday, December 9, 2014

Penyakit Kronik "autoimmune" atau lebih di kenali SLE

Salah seorang kawan lyna di syaki menghidap SLE ni... kita jarang dengar tentang penyakit ni.. selalunya kita selalu dengar tentang kanser... tapi SLE ni jarang kita dengar..apa kata kalau kita ambil tahu sikit tentang APAKAH SLE ni dan apa GEJALA-GEJALA nya...
  • Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
  • Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
  • Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.
Apakah SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
Terdapat beberapa jenis lupus:
  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Apakah Gejala-gejala SLE?

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut...

Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Bagaimanakah SLE boleh dirawat?

Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.
Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

NSAIDs
Bagi mereka yang mengalami sakit sendi dan otot atau demam, ubat bagi mengurangkan keradangan dipanggil nonsteroidal anti-inflammatory (NSAIDs) biasanya digunakan. NSAIDs sahaja mungkin digunakan atau digabung bersama ubat lain bagi menahan kesakitan, mengawal bengkak dan merawat demam.
Kesan sampingan NSAIDs ialah sakit perut, pedih hulu hati, cirit, dan pengumpulan air seperti kaki bengkak.

Hydroxychloroquine
Ubat anti-malaria yang pada asalnya digunakan untuk merawat malaria didapati amat berkesan untuk merawat SLE. Hydroxychloroquine sahaja boleh diberi atau digabungkan dengan ubat lain. Ianya biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. Kajian klinikal mendapati penggunaan berterusan hydrochloroquine boleh menghalang penyakit SLE dari berulang.
Kesan sampingan ialah sakit perut dan kerosakan pada retina walaupun sangat jarang berlaku.

Kortikosteroid
Merupakan rawatan utama untuk SLE. Jenis kortikosteroid yang biasa digunakan ialah prednisolone. Kortikosteroid boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan, dalam bentuk krim yang disapu pada kulit, atau suntikan. Memandangkan tindakan dan reaksinya yang tersangat kuat dan ketara sekali, penggunaan dalam dos yang rendah adalah diamalkan untuk keberkesanan rawatan.
Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini di hentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilannya dengan secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu doktor akan mengurangkan dos dengan secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan. Kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini.
Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Lagi tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka lagi ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. Doktor akan cuba mengurangkan pengambilannya dengan menggabungkan bersama ubatan yang lain yang kurang kesan sampingan, dan apabila SLE dapat dikawal, dos kortikosteroid akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi.

Immunosuppresif
Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Immunosuppresif boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan atau secara infusi (drip). Kesan sampingannya ialah loya, muntah, gugur rambut, masalah pundi kencing, kurang kesuburan, risiko untuk mendapat kanser, serta senang mendapat jangkitan. Kesan sampingan akan lebih ketara jika penggunaan ubat ini dilanjutkan dalam masa yang lama. Seperti juga penggunaan ubatan SLE yang lain, jika ubatan ini diberhentikan ada kemungkinan serangan SLE akan berulang kembali.

Kerjasama yang rapat antara doktor dan pesakit sangat penting untuk memastikan rawatan yang diterima akan memberi kesan yang baik. Pesakit perlu memberitahu doktor dengan segera sekiranya terdapat gejala baru untuk mengesan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah pesakit tidak boleh menukar ubat dan memberhentikan ubat secara spontan tanpa berbincang dengan doktor mereka terlebih dahulu.


Sumber [lupusmalaysia]
Cadangan Supplemen untuk pesakit SLE

Tuesday, September 2, 2014

Kanser Payudara : Penyakit paling ditakuti oleh wanita!

KANSER PAYUDARA....PEMBUNUH UTAMA WANITA!!!

Itu lah ungkapan sesuai untuk barah payudara. Dianggarkan 95 peratus daripada kes kanser payudara dihidapi oleh golongan wanita. Angka ini jelas menunjukkan ia sebagai kanser utama yang amat ditakuti kaum hawa. Walaupun kajian berpendapat kanser payudara berisiko tinggi terhadap faktor genetik seseorang, namun ia bukanlah ramalan yang tepat kerana ada juga pesakit kanser ini tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidapinya.

Antara faktor lain yang berisiko menghidap kanser ini termasuk :-
1.Umur
2.Jumlah anak
3.Putus haid
4.Kesan radiasi
5.Saiz tubuh


STATISTIK KANSER BAGI WANITA MALAYSIA




Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko menghidap kanser ini. Begitu juga kepada wanita yang sedang mengalami proses putus haid atau menopous di usia 55 tahun ke atas. Kebarangkalian mereka di serang kanser ini meningkat 2 hingga 3 kali ganda.

Ini kerana ia berkait rapat dengan fasa kesuburan dan pendedahan kepada pengaruh hormon estrogen. Bagaimanapun, wanita bawah usia 55 tahun perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana mereka juga terdedah kepada risiko kanser nombor satu ini.

Turut diperkatakan ialah wanita yang tidak pernah hamil selepas usia 30 tahun. Golongan ini berisiko tinggi menghidap kanser payudara. Begitu juga terhadap wanita yang memiliki tubuh badan yang gemuk terutama selepas putus haid. Lebihan lemak dalam badan mereka mempunyai paras estrogen yang tinggi.

Penghidap kanser payudara akan mengalami perubahan berikut:-
  • Perubahan saiz dan bentuk payudara yang mempunyai ketulan
  • Ruam di kawasan puting payudara, cecair keluar daripada puting serta keadaan puting yang tertarik ke dalam. Keadaan barah lebih teruk apabila puting berdarah.
  • Ketulan atau bengkak di bahagian bawah lengan.
Kanser payudara juga boleh dikategorikan kepada 4 tahap iaitu :

TAHAP 1
Pada peringkat awal ini, ketumbuhan barah hanya sebesar 2cm atau kurang. Sasaran serangan pula terhad di kawasan payudara sahaja.

TAHAP 2
Tumbesaran barah meningkat ke 2cm dan 5cm. Dalam peringkat ini, sasaran mula meluas ke bahagian bawah ketiak atau nodus limfa.

TAHAP 3
Mula merebak ke kawasan kulit dan otot-otot bahagian dada.

TAHAP 4
Sel-sel barah terus menjalar ke organ-organ yang lebih jauh daripada kawasan payudara. Antaranya di nodus limfa leher, paru-paru dan tulang.
Sekiranya penghidap tidak diserang kembali kanser terbabit dalam tempoh 5 tahun, ia menunjukkan tanda penyembuhan kepada kanser payudara. Pesakit yang menghidap kanser ini pada tahap 1 mempunyai 80 peratus kadar sembuhan, 50 – 75 peratus di tahap kedua, 30 – 40 peratus di tahap ketiga sementara hanya 10 peratus sahaja kadar sembuhan di tahap keempat.


GAMBARAJAH BAGAIMANA KEADAAN SEL KANSER TERBENTUK



CARA CECAH KANSER: MENGHALANG SEL YANG ABNORMAL BERKEMBANG DENGAN MENYIHATKAN SEL-SEL SIHAT DENGAN NUTRIENTS YANG CUKUP.

TINDAKAN PENCEGAHAN YANG BOLEH DI LAKUKAN UNTUK MENGELAK KANSER...

MEMBERIKAN SEL SIHAT KITA MAKANAN NUTRISI YANG DIPERLUKAN DENGAN MEMAKAN MAKANAN YANG KAYA ZAT, SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN, JIKA TAK SUKA SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN, AMBIL LAH SUPPLEMEN SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN ANDA.

Kanser boleh di cegah dengan membuat sedikit perubahan dalam cara hidup kita., Elakkan menghidu asap rokok yang penuh dengan gas carcinogen, makan buah-buahan yang banyak serta sayuran-sayuran segar, mengamalkan senaman yang konsisten  dan mengamalkan supplemen.


SUPPLEMEN YANG DICADANGKAN UNTUK MENCEGAH KANSER
 
Vitamin ACE ( Caratomax, Vitamin C dan Vitamin E)

  • ANTIOKSIDAN – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser
  • MENINGKATKAN FUNGSI METABOLIK TUBUH
  • MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL.
  • IMUNITI – meningkatkan imuniti
  • MENYINGKIRKAN TOKSIN
  • MEMELIHARA SEL-SEL


VIVIX

- Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi [baca lebih lanjut]

Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Thursday, July 3, 2014

VIVIX : Anti Penuaan Sellular, melawan kanser dan banyak lagi..


Huaaaaaaaaaaah...


Sedaya upaya...mencari masa untuk update blog ni... Kat opis tuu..I bz..bz..bz sesangat.. Pastu balik umah kalau si HERO tak tido memang mahaaap nak UPDATE..dia jek sibuk kang nak menaip..Kakak2 tu ampun lagi..kurang mengaco...

Ok, membebel jek...bagi ALASAN takmo update blog kan??? ampunnn buk... heehee

Jom cerita tentang PROMOSI bulan Julai 2014 nih.. BULAN NI BULAN SIHAT... seiring dengan bulan puasa yang kita sedang lalui sekarang... puasa dan amalkan VIVIX memang 'double thumbs up' la..

Tahu tak bulan ni PROMOSI beli VIVIX 6 botol PERCUMA 1 botol... sape nak bagi ko??? PERCUMA VIVIX 1 botol..dah la harga Rmxxx.xx haahaa...


Apa itu VIVIX ?

Vivix ialah minuman campuran botani revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix begitu unik kerana ia bertindak dalam 4 cara:


1. Memanjangkan tempoh hayat sel
2. memperbaiki sel2 yang hampir musnah (*sel pendek iaitu sel rosak dipanjangkan semula)
3. menguatkan sel2 supaya tak mudah musnah (perlindungan tahap sellular)
4. mempertingkatkan FUNGSI sel. 

Nama pon minuman kan..."rupanya" adalah sejenis cecair pekat berwarna merah mengandungi RESVESTROL dan untuk pengetahuan korang 15 polifenol yang terdapat dalam VIVIX adalah 10 kali ganda lebih hebat dari resvetrol sahaja.

Apa resvestrol??? secara ringkas Resvestrol merupakan agen anti penuaan yang paling kuat dari alam semulajadi. Kesan anti-inflamasi nya juga adalah 60 kali lebih tinggi daripada Aspirin.

Ok, apa bahan2 yang terdapat dalam VIVIX ye???

1) Polygonum Cuspidatum - memperbaiki sel mati dan meningkatkan penghasilan sel hidup.
2) Anngur Muscadine - kuasa ANTIOKSIDAN yang tinggi. Kulit anggur ini terkandung polifenol yang sangat tinggi. Polifenol adalah AGEN PEMANGKIN kepada resvetrol.
3) Elderberry -memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung, memperbaiki penglihatan & penghadaman.
4) Purple Carrot - sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia dan mengandungi anthocyanins iaitu anti oksidan paling mujarab.



Antara 10 FUNGSI Vivix yang perlu diketahui...


1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakkan kesuburan LELAKI



Selain itu Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 KRONIK antaranya :


  • Diabetis/kencing manis
  • Kolestrol tinggi 
  • Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Alzheimer atau nyanyuk
  • Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
  • Gout
  • Letih
  • Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
  • Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
  • Kanser dan tumor
  • Katarak dan masalah mata
  • Masalah saraf
  • Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh
  • SLE dan auto-immune


    Siapa pula yang tak bole ambil VIVIX??

    1. Ibu mengandung kerana ia bersifat anti oksida, boleh menyebabkan keguguran
    2. Bayi dan Kanak2 kurang 18 tahun.. jangan duk bagi kat mereka sebab SEL mereka masih cantik.

    Cara pengambilan pula sangat mudah..

    1. Goncang botol
    2. 1 sudu teh sehari sekali
    3. Ambil selepas makan ye

    Biasanya, 1 botol 150 ml boleh guna sehingga 1 atau 1 1/2 bulan.

    Harga memang SETARAF dengan keBERKESANANnya...RM 475.00 mahal ke??? kalau dah sakit sana sini terpaksa la 'melabur' kan??? tapi kalau korang jenis suka jaga kesihatan... memang tak kisah berhabis untuk jaga kesihatan.. harga tu OK sangat. Ramai juga yang membeli VIVIX sebenarnya walaupon mahal...heehee.. nampak tak kenapa??? Orang percaya dengan VIVIX nih.

    JOM BACA TESTIMONI VIVIX.. banyak sangat testimoni pengguna... ni cuma beberapa sahaja... 







Selamat mencuba VIVIX.. untuk ORDER... contact saya seperti 

berikut...


Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/