Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts
Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

PERBEZAAN KOLESTROL 'VS' LEMAK

Apakah Kolesterol?

Ketika mendengar perkataan kolesterol, kebanyakan dari kita pasti sudah membayangkan efek negatif terhadap kesihatan dan bahkan ia mampu membunuh!

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa kolesterol itu sangat penting dan diperlukan tubuh. Tanpa kolesterol, tubuh akan menjadi tidak sihat. Kalau begitu, mana yang betul ni?

Apa sebenarnya kolesterol itu?

Kolesterol berasal dari bahasa Yunani, Chole yang bererti empedu, dan Stereo yang bererti padat. Dinamakan seperti itu, kerana ketika pertama kali di abad ke-18, kolesterol ditemukan pada batu hempedu.

Kolesterol dalam kadar tertentu bermanfaat bagi tubuh. Namun, jika tidak dikawal dan berlebihan di dalam tubuh, kolesterol akan menyebabkan berbagai gangguan kesihatan seperti darah tinggi, penyakit jantung, stroke, batu hempedu dan kegagalan ginjal.

Apakah perbezaan kolestrol dan lemak?


Kolesterol seringkali disamakan dengan lemak. Memang ada persamaan di antara keduanya, tetapi sebenarnya, keduanya tidak sama. Dari struktur kimia, kolesterol digolongkan ke dalam keluarga lemak. Namun, lemak sendiri tidak hanya berupa kolesterol, Ia terdiri daripada pelbagai komponen misalnya, lemak yang berasal dari tumbuhan (lemak nabati) bukanlah kolesterol melainkan fitosterol.

Fitosterol memang memiliki struktur kimia yang mirip dengan kolesterol tetapi dia berbeza dengan kolesterol.

Ramai orang berpikir bahawa kolesterol sama dengan lemak, banyak juga yang berpikir orang gemuk banyak kolesterol dan orang kurus-sedikit kolesterol. Pandangan tersebut jelas tidak tepat. Ingat, kolesterol termasuk dalam keluarga lemak. Tapi lemak belum tentu berupa kolesterol.

Sebagai salah satu keluarga dari jenis lemak, kolesterol sangat susah larut dalam air dan sangat sukar diedarkan ke seluruh jaringan tubuh yang memerlukan. Oleh kerana itu, peredaran tersebut dibantu oleh sistem metabolisme tubuh. Di dalam proses tersebut, kolesterol bekerja sama dengan protein, membentuk kompaun yang dikenali sebagai lipoprotein.
Dalam bentuk ini, kolesterol boleh dengan mudah diedarkan ke seluruh tubuh melalui pembuluh darah.Kolesterol boleh didapati pada setiap sel di dalam tubuh. Kolesterol merupakan komponen utama pada struktur membran sel dan merupakan komponen utama sel otak dan saraf serta merupakan salah satu komponen penting dalam semua rangkaian tubuh dan bagi pembentukan organ-organ dalam tubuh.Tak hanya itu, kolesterol juga memegang peranan besar dalam pembentukan sel-sel tubuh yang sihat sebagai contoh, untuk membina membran sel, membentuk hormon, dan asid hempedu yang membantu proses pencernaan dan penyerapan lemak dalam tubuh.Tanpa kehadiran kolesterol dalam sel-sel tubuh, rangkaian-rangkaian yang ada dalam tubuh akan terbentuk dalam keadaan kurang kuat dan kurang stabil. Tentu saja hal ini boleh membahayakan tubuh. Bila sel tubuh lemah, tubuh menjadi terdedah kepada serangan pelbagai penyakit dan jangkitan.Walaupun sering digembar gemburkan orang sebagai zat yang membahayakan tubuh dan berisiko tinggi untuk kesihatan, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kolesterol ternyata bermanfaat bagi tubuh. 

Apa saja manfaat kolesterol di dalam tubuh?
Manfaat kolesterol antara lain membantu pembentukan dinding sel tubuh, pembentuk hormon-hormon, pembentuk vitamin D yang penting bagi kesihatan tulang, membantu proses pembentukan asid dan garam hempedu dalam proses emulsi lemak dalam tubuh, dan merupakan sumber tenaga bagi tubuh.Sehubungan dengan peranannya dalam pembentukan hormon-hormon dalam badan, kolesterol memegang peranan yang besar dalam hal ini. Di dalam tubuh, hormon yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin, akan masuk dalam peredaran darah dan berpengaruh besar pada rangkaian serta aktiviti pelbagai organ dalam tubuh.Kolesterol merupakan bahan penting yang diperlukan tubuh untuk pembentukan hormon-hormon seperti testosteron, estrogen, dan progesteron. Pada lelaki, kurangnya kadar hormon testosteron dalam tubuh sangat berpengaruh pada fungsi seksual, pengeluaran sperma, dan pembentukan otot. Rendahnya kadar hormon ini dalam tubuh manusia akan menyebabkan keletihan kronik, gangguan ereksi, dan juga kemurungan.Pada wanita, kekurangan hormon ini boleh menyebabkan risiko osteoporosis. Estrogen yang terdapat dalam kadar yang besar pada wanita, sangat besar pengaruhnya pada perkembangan ciri kelamin sekunder wanita seperti payudara, tetapan kitaran haid, serta pembentukan sel-sel telur.Kekurangan hormon ini boleh menyebabkan gangguan pembiakan pada wanita. Hormon lain pada wanita, progesteron, sangat penting untuk mengekalkan kehamilan. Kekurangan hormon ini berisiko menyebabkan keguguran. Memandangkan peranan penting hormon bagi tubuh dan manfaat lain yang dihasilkannya dalam tubuh, maka kewujudan kolesterol pun, sangat penting dan bermanfaat bagi tubuh.


Apakah fungsi lemak?


Lemak adalah komponen pemakanan yang diperlukan oleh badan kita untuk:

  1. Membekalkan tenaga dan asid lemak kepada badan supaya kita dapat melakukan kerja harian yang memerlukan pembakaran tenaga yang banyak.
  2. Lemak membantu penyerapan vitamin A, D, E, dan K (dipanggil vitamin larut lemak) dalam tubuh agar tubuh kekal sihat.
  3. Penebat suhu sejuk kepada badan supaya badan kekal dalam suhu yang normal.
  4. Sel berperanan didalam regulasi hormon tubuh seperti prostaglandin yang berperanan mengatur  fungsi tubuh yang penting seperti tekanan darah, sistem saraf, denyutan jantung,  pembuluh darah dan pembekuan darah.

Jenis-jenis lemak


1. Lemak Tepu


Sejenis lemak yang akan menjadi beku dan mengeras pada suhu bilik. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh meningkatkan paras kolestrol dalam pembuluh darah.

Contoh: daging berlemak, kulit ayam, keju, krim, minyak sapi dan aiskrim.

Bagaimanapun sesetengah lemak daripada tumbuh- tumbuhan juga dikelaskan sebagai lemak tepu seperti minyak kelapa, santan kelapa dan isi rong kelapa sawit. Kesannya, ia akan meninggikan paras kolesterol buruk dan tahap kolesterol keseluruhan jika diambil berlebihan.

2. Lemak Tak Tepu


Sejenis lemak yang lembut dan cair pada suhu yang rendah. Lemak jenis boleh diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lemak poli tak tepu, lemak mono tak tepu dan asid lemak trans.

i) Lemak poli tak tepu – Sumber lemak jenis ini ialah bijian, kekacang dan ikan laut dalam. Contohnya minyak bunga matahari, jagung, soya, bijan dan kekacang. Lemak jenis ini dikategorikan sebagai lemak baik kerana ia boleh mengurangkan paras kolesterol buruk (LDL), trigliserida dan jumlah kolesterol keseluruhan.

ii) Lemak mono tak tepu – Sumbernya ialah bijian dan kekacang seperti minyak kanola, kacang tanah dan zaitun . Ia juga dianggap lemak baik kerana boleh mengurangkan jumlah kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).

iii) Lemak trans – Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee).

Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi. Ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (dua hingga lima kali lebih teruk daripada lemak tepu) kerana asid lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan kolesterol baik.

Lemak trans digunakan untuk memperbaiki kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama. Bahayanya ialah, lemak trans meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan paras kolesterol baik; sekali gus meninggikan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik.

Kesimpulannya, lemak adalah penting kepada badan kita tetapi jika tidak dikawal dan tidak dipantau akan berlaku obesiti (lemak berlebihan) dan mungkin akan meningkatkan lagi peratusan risiko serangan angin ahmar atau serangan jantung. Jadi kita haruslah mengawal pengambilan lemak dengan mengamalkan diet yang sihat serta selalu melakukan senaman. Kalau kita perhatikan masyarakat kita sekarang, obesiti juga bermula dikalangan kanak-kanak hinggalah ke peringkat remaja dan dewasa.

Saya juga tidak terlepas daripada perkara ini, makanan berlemak seperti daging lembu atau kambing menjadi kegemaran saya dan saya juga tahu bahawa ia mempunyai peratusan lemak tepu yang banyak tetapi telah menjadi kebiasaan masyarakat kita bahawa makanan berlemak itu adalah makanan yang sedap. Di bawah ni ada beberapa tips yang biasa kita boleh jumpa tetapi mampukah kita melakukannya?.. Tepuk dada tanya selera!

 Tips Menggurangkan Lemak & Kolesterol


  1. Pilih bahagian ayam atau daging tanpa lemak dan buang lemak yang ada sebelum memasak
  2. Rebus dan bakar tanpa lemak/santan/minyak/menggunakan rempah-ratus
  3. Goreng tanpa menggunakan lemak/minyak dengan kuali ‘tak melekat’
  4. Kurangkan penggunaan santan. Gantikan dgn susu rendah lemak/susu skim/susu soya (tanpa gula)/pekatkan dgn menggunakan kentang di awal masakan.
  5. Gantikan produk tinggi lemak dengan produk rendah/tanpa lemak cth: susu penuh krim dengan susu skim/rendah lemak
  6. Gantikan snek berlemak dengan snek ‘sihat’ seperti kek/kuih manis dengan buah-buahan/sandwich/jagung rebus (tanpa marjerin)
  7. Buang lebihan lemak dari sup sebelum menambah sayuran dengan cara menyejukan sup terlebih dahulu dan kemudian buangkan lapisan lemak beku di permukaan atasnya
  8. dan yang penting selitkan aktiviti senaman walaupun tidak kerap.


Shaklee juga ada menawarkan produk yang boleh membantu anda mencegah serta mengurangkan kadar kolestrol iaitu Phytocol-ST dan Omega Guard jika

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee sebagai supplemen untuk kesihatan yang berpanjangan, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 

Setiap pembelian daripada saya melayakkan anda untuk mendapat konsultasi secara percuma dan tawaran harga terbaik. Jadi, tunggu apa lagi, cepat dapatkan produk Shaklee sebagai pelengkap kesihatan anda sepanjang masa.


Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Monday, July 7, 2014

PHYTOCOL-ST 'vs' KOLESTROL

Bismillahirrahmanirrahim...

Wah!!! Sedap korang makan bulan puasa ni ek? Korang dah kenapa? Bulan ni kan bulan DETOKS.."membersihkan perut" Jangan la bedal semacam...

Macam ni ke korang makan TIME bebuka puasa???




Haahaa...Melampau la tu kan!! Please...Eat Clean, banyakkan minum air masak & kurma ketika berbuka, Jangan ambil air bergas, kurangkan makanan berminyak, makanan yang dibakar, berkrim, berlemak dan sebagainya... Sayangi la 'badan' anda..Sayangi la jantung anda... Bila ia berhenti bekerja sbb penat layan perangai korang.. Korang dah tak boleh buat apa dah... Nak nangis pon dah tak bole.. sebab dah KAKU!

Hari ini bukan nak cerita tentang JANTUNG.. tapi nak cerita penyebab sakit jantung... si kolestrol! Dengan KOLESTROL ni kita boleh dapat macam2 penyakit... bukan yang berbadan 'COMEL' je boleh 'dapat' kolestrol..kalau si SLIM yang nak sangat GEMUK..makan makanan tak sihat..pon kemungkinan besar boleh diserang kolestrol...

Tak percaya???

6 JUTA rakyat Malaysia mengalami masalah kolestrol tinggi!

Kolestrol terdiri daripada yang sihat dan tidak sihat.



APA ITU KOLESTROL?
Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan bahagian penting dalam badan yang sihat kerana ia digunakan untuk mengeluarkan membran sel dan sesetengah hormon, serta membantu melicinkan fungsi badan lain yang memerlukannya.
Namun, terlampau banyak kolesterol dalam darah akan mengundang risiko besar untuk diserang penyakit jantung koronari (seterusnya akan membawa kepada serangan jantung) dan angin ahmar.




PUNCA?
  • Keturunan- risiko 6 kali lebih besar anak menghidap kolesterol
  • Umur- Zaman sekarang umur 28 tahun keatas dah boleh kena kolesterol. Kebanyakkan lelaki berumur 50 tahun keatas mempunyai risiko lebih tinggi dan Wanita yang telah menopause mempunyai risiko tinggi
  • Obesiti
  • Makanan- makan mengikut nafsu.
  • Diabetes 'melitus'
  • Merokok
  • Diet yang salah
  • Gaya hidup yang tidak sihat

    Pemakanan Orang Malaysia...

Akibat Kolestrol Tinggi


CARA MENGATASI?


Anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung & angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan... membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

Kajian terkini membuktikan empat produk berasaskan sumber semula jadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

  1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus. 

  2. Oat - bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya. Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah. 

  3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

  4. Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus. Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Hasil kajian dijalankan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan produk itu jika digunakan bersama bahan makanan, berkesan untuk mengurangkan glukosa dalam darah.

    Supplemen Semulajadi Shaklee InsyaAllah dapat membantu menurunkan paras KOLESTROL...
PHYTOCOL-ST menurunkan kolestrol secara semulajadi


Phytocol-ST -  membantu menghalang penyerapan kolestrol dan merendahkan tahap kolestrol LDL (kolestrol tak sihat). Mengandungi 2000mg fitostrol daripada tumbuhan yang diperlukan badan setiap hari.

Garlic – Allisin adalah sebatian yang terdapat di dalam "bawang putih" (garlic). Sertiap tablet mengandungi 500mg bawang putih.
Ia dapat merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah.
Bawang putih telah digunakan sejak turun-temurun untuk menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi.

Omega Guard [baca sini] – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL. Omega Guard adalah minyak ikan yang kaya dengan EFA (essential fatty acid) atau asid lemak perlu. Asid lemak jenis Omega-3 membantu meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik). Kolesterol baik ini akan mengeluarkan kolesterol dalam pembuluh darah agar tidak terjadi pengenapan kolesterol di situ.

Kalau korang ada mengalami masalah kolestrol tinggi dan sedang menjalani rawatan dengan doktor, saya nasihatkan rujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang supplemen. Ini di khuatiri pengambilan supplemen mempunyai tidak balas dengan ubat yang diambil.
Supplemen bukan 'ubat magic' yang bole menyembuhkan kesihatan sekelip mata yer. Pengambilan supplemen secara konsisten dan gaya hidup yang sihat perlu untuk membantu anda lebih sihat.



Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]

♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226

♥ Emel : mummy.beela@gmail.com

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/