Apakah Kolesterol?
Ketika mendengar perkataan kolesterol, kebanyakan dari kita pasti sudah membayangkan efek negatif terhadap kesihatan dan bahkan ia mampu membunuh!Namun, ada juga yang mengatakan bahawa kolesterol itu sangat penting dan diperlukan tubuh. Tanpa kolesterol, tubuh akan menjadi tidak sihat. Kalau begitu, mana yang betul ni?
Apa sebenarnya kolesterol itu?
Kolesterol berasal dari bahasa Yunani, Chole yang bererti empedu, dan Stereo yang bererti padat. Dinamakan seperti itu, kerana ketika pertama kali di abad ke-18, kolesterol ditemukan pada batu hempedu.
Kolesterol dalam kadar tertentu bermanfaat bagi tubuh. Namun, jika tidak dikawal dan berlebihan di dalam tubuh, kolesterol akan menyebabkan berbagai gangguan kesihatan seperti darah tinggi, penyakit jantung, stroke, batu hempedu dan kegagalan ginjal.
Apakah perbezaan kolestrol dan lemak?
Kolesterol seringkali disamakan dengan lemak. Memang ada persamaan di antara keduanya, tetapi sebenarnya, keduanya tidak sama. Dari struktur kimia, kolesterol digolongkan ke dalam keluarga lemak. Namun, lemak sendiri tidak hanya berupa kolesterol, Ia terdiri daripada pelbagai komponen misalnya, lemak yang berasal dari tumbuhan (lemak nabati) bukanlah kolesterol melainkan fitosterol.
Fitosterol memang memiliki struktur kimia yang mirip dengan kolesterol tetapi dia berbeza dengan kolesterol.
Ramai orang berpikir bahawa kolesterol sama dengan lemak, banyak juga yang berpikir orang gemuk banyak kolesterol dan orang kurus-sedikit kolesterol. Pandangan tersebut jelas tidak tepat. Ingat, kolesterol termasuk dalam keluarga lemak. Tapi lemak belum tentu berupa kolesterol.
Sebagai salah satu keluarga dari jenis lemak, kolesterol sangat susah larut dalam air dan sangat sukar diedarkan ke seluruh jaringan tubuh yang memerlukan. Oleh kerana itu, peredaran tersebut dibantu oleh sistem metabolisme tubuh. Di dalam proses tersebut, kolesterol bekerja sama dengan protein, membentuk kompaun yang dikenali sebagai lipoprotein.Dalam bentuk ini, kolesterol boleh dengan mudah diedarkan ke seluruh tubuh melalui pembuluh darah.Kolesterol boleh didapati pada setiap sel di dalam tubuh. Kolesterol merupakan komponen utama pada struktur membran sel dan merupakan komponen utama sel otak dan saraf serta merupakan salah satu komponen penting dalam semua rangkaian tubuh dan bagi pembentukan organ-organ dalam tubuh.Tak hanya itu, kolesterol juga memegang peranan besar dalam pembentukan sel-sel tubuh yang sihat sebagai contoh, untuk membina membran sel, membentuk hormon, dan asid hempedu yang membantu proses pencernaan dan penyerapan lemak dalam tubuh.Tanpa kehadiran kolesterol dalam sel-sel tubuh, rangkaian-rangkaian yang ada dalam tubuh akan terbentuk dalam keadaan kurang kuat dan kurang stabil. Tentu saja hal ini boleh membahayakan tubuh. Bila sel tubuh lemah, tubuh menjadi terdedah kepada serangan pelbagai penyakit dan jangkitan.Walaupun sering digembar gemburkan orang sebagai zat yang membahayakan tubuh dan berisiko tinggi untuk kesihatan, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kolesterol ternyata bermanfaat bagi tubuh.
Apa saja manfaat kolesterol di dalam tubuh?Manfaat kolesterol antara lain membantu pembentukan dinding sel tubuh, pembentuk hormon-hormon, pembentuk vitamin D yang penting bagi kesihatan tulang, membantu proses pembentukan asid dan garam hempedu dalam proses emulsi lemak dalam tubuh, dan merupakan sumber tenaga bagi tubuh.Sehubungan dengan peranannya dalam pembentukan hormon-hormon dalam badan, kolesterol memegang peranan yang besar dalam hal ini. Di dalam tubuh, hormon yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin, akan masuk dalam peredaran darah dan berpengaruh besar pada rangkaian serta aktiviti pelbagai organ dalam tubuh.Kolesterol merupakan bahan penting yang diperlukan tubuh untuk pembentukan hormon-hormon seperti testosteron, estrogen, dan progesteron. Pada lelaki, kurangnya kadar hormon testosteron dalam tubuh sangat berpengaruh pada fungsi seksual, pengeluaran sperma, dan pembentukan otot. Rendahnya kadar hormon ini dalam tubuh manusia akan menyebabkan keletihan kronik, gangguan ereksi, dan juga kemurungan.Pada wanita, kekurangan hormon ini boleh menyebabkan risiko osteoporosis. Estrogen yang terdapat dalam kadar yang besar pada wanita, sangat besar pengaruhnya pada perkembangan ciri kelamin sekunder wanita seperti payudara, tetapan kitaran haid, serta pembentukan sel-sel telur.Kekurangan hormon ini boleh menyebabkan gangguan pembiakan pada wanita. Hormon lain pada wanita, progesteron, sangat penting untuk mengekalkan kehamilan. Kekurangan hormon ini berisiko menyebabkan keguguran. Memandangkan peranan penting hormon bagi tubuh dan manfaat lain yang dihasilkannya dalam tubuh, maka kewujudan kolesterol pun, sangat penting dan bermanfaat bagi tubuh.
Apakah fungsi lemak?
Lemak adalah komponen pemakanan yang diperlukan oleh badan kita untuk:
- Membekalkan tenaga dan asid lemak kepada badan supaya kita dapat melakukan kerja harian yang memerlukan pembakaran tenaga yang banyak.
- Lemak membantu penyerapan vitamin A, D, E, dan K (dipanggil vitamin larut lemak) dalam tubuh agar tubuh kekal sihat.
- Penebat suhu sejuk kepada badan supaya badan kekal dalam suhu yang normal.
- Sel berperanan didalam regulasi hormon tubuh seperti prostaglandin yang berperanan mengatur fungsi tubuh yang penting seperti tekanan darah, sistem saraf, denyutan jantung, pembuluh darah dan pembekuan darah.
Jenis-jenis lemak
1. Lemak Tepu
Sejenis lemak yang akan menjadi beku dan
mengeras pada suhu bilik. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh
meningkatkan paras kolestrol dalam pembuluh darah.
Contoh: daging berlemak, kulit ayam, keju, krim, minyak sapi dan aiskrim.
Bagaimanapun sesetengah lemak daripada
tumbuh- tumbuhan juga dikelaskan sebagai lemak tepu seperti minyak
kelapa, santan kelapa dan isi rong kelapa sawit. Kesannya, ia akan
meninggikan paras kolesterol buruk dan tahap kolesterol keseluruhan jika
diambil berlebihan.
2. Lemak Tak Tepu
Sejenis lemak yang lembut dan cair pada
suhu yang rendah. Lemak jenis boleh diperoleh daripada sumber haiwan dan
tumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lemak poli tak tepu,
lemak mono tak tepu dan asid lemak trans.
i) Lemak poli tak tepu –
Sumber lemak jenis ini ialah bijian, kekacang dan ikan laut dalam.
Contohnya minyak bunga matahari, jagung, soya, bijan dan kekacang. Lemak
jenis ini dikategorikan sebagai lemak baik kerana ia boleh mengurangkan
paras kolesterol buruk (LDL), trigliserida dan jumlah kolesterol
keseluruhan.
ii) Lemak mono tak tepu
– Sumbernya ialah bijian dan kekacang seperti minyak kanola, kacang
tanah dan zaitun . Ia juga dianggap lemak baik kerana boleh mengurangkan
jumlah kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik
(HDL).
iii) Lemak trans –
Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke
bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang
digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee).
Proses penukaran ini dipanggil
hidrogenasi. Ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (dua
hingga lima kali lebih teruk daripada lemak tepu) kerana asid lemak
trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan
kolesterol baik.
Lemak trans digunakan untuk memperbaiki
kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa
makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama. Bahayanya
ialah, lemak trans meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan
paras kolesterol baik; sekali gus meninggikan risiko untuk mendapat
penyakit jantung, strok, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik.
Kesimpulannya,
lemak adalah penting kepada badan kita tetapi jika tidak dikawal dan
tidak dipantau akan berlaku obesiti (lemak berlebihan) dan mungkin akan
meningkatkan lagi peratusan risiko serangan angin ahmar atau serangan
jantung. Jadi kita haruslah mengawal pengambilan lemak dengan
mengamalkan diet yang sihat serta selalu melakukan senaman. Kalau kita
perhatikan masyarakat kita sekarang, obesiti juga bermula dikalangan
kanak-kanak hinggalah ke peringkat remaja dan dewasa.
Saya juga tidak terlepas daripada
perkara ini, makanan berlemak seperti daging lembu atau kambing menjadi
kegemaran saya dan saya juga tahu bahawa ia mempunyai peratusan lemak
tepu yang banyak tetapi telah menjadi kebiasaan masyarakat kita bahawa
makanan berlemak itu adalah makanan yang sedap. Di bawah ni ada beberapa
tips yang biasa kita boleh jumpa tetapi mampukah kita melakukannya?.. Tepuk dada tanya selera!
Tips Menggurangkan Lemak & Kolesterol
- Pilih bahagian ayam atau daging tanpa lemak dan buang lemak yang ada sebelum memasak
- Rebus dan bakar tanpa lemak/santan/minyak/menggunakan rempah-ratus
- Goreng tanpa menggunakan lemak/minyak dengan kuali ‘tak melekat’
- Kurangkan penggunaan santan. Gantikan dgn susu rendah lemak/susu skim/susu soya (tanpa gula)/pekatkan dgn menggunakan kentang di awal masakan.
- Gantikan produk tinggi lemak dengan produk rendah/tanpa lemak cth: susu penuh krim dengan susu skim/rendah lemak
- Gantikan snek berlemak dengan snek ‘sihat’ seperti kek/kuih manis dengan buah-buahan/sandwich/jagung rebus (tanpa marjerin)
- Buang lebihan lemak dari sup sebelum menambah sayuran dengan cara menyejukan sup terlebih dahulu dan kemudian buangkan lapisan lemak beku di permukaan atasnya
- dan yang penting selitkan aktiviti senaman walaupun tidak kerap.
Shaklee juga ada menawarkan produk yang
boleh membantu anda mencegah serta mengurangkan kadar kolestrol iaitu Phytocol-ST dan Omega Guard jika
Sekiranya anda berminat untuk
mendapatkan produk Shaklee sebagai supplemen untuk kesihatan yang
berpanjangan, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Setiap pembelian daripada saya melayakkan anda untuk mendapat konsultasi secara percuma dan tawaran harga terbaik. Jadi, tunggu apa lagi, cepat dapatkan produk Shaklee sebagai pelengkap kesihatan anda sepanjang masa.
Setiap pembelian daripada saya melayakkan anda untuk mendapat konsultasi secara percuma dan tawaran harga terbaik. Jadi, tunggu apa lagi, cepat dapatkan produk Shaklee sebagai pelengkap kesihatan anda sepanjang masa.
Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226 ♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226 ♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment