Selain mengamalkan supplemen set kurus Shaklee [klik sini] dan minum air masak secukupnya mengikut berat badan (setiap 25kg kita perlu ambil 1 liter air setiap hari) anda amat digalakkan bergerak aktif/bersenam untuk memastikan kesihatan anda dijamin dari luaran hingga dalaman. Bagi yang dah mula bersenam samada setiap hari atau 2 hari sekali atau seminggu 2kali (hujung minggu sahaja) atau paling malas seminggu sekali! Dah cukup bagus la tuu. Cuba cek... adakah anda melakukan 3 pekara dibawah ketika bersenam?
Kesilapan #1: Melakukan latihan senaman yang sudah terlalu biasa anda buat.
Apabila anda melakukan senaman yang sama setiap hari dalam setiap
minggu, bukan minda anda sahaja yang membuat anda berasa bosan, malah
otot-otot anda juga turut sama ‘bosan’. Samada anda berjalan 30 minit
sehari di kawasan perumahan anda atau membuat beberapa set latihan
kekuatan yang sama setiap hari seperti latihan mengangkat dumbbell,
selepas beberapa ketika, badan anda akan berhenti bekerja kerana sudah
terlalu biasa membuat latihan yang sama, dan hasilnya akan sukar untuk
dilihat.
Betulkan kesilapan: Cuba ubah bentuk latihan. Sesekali apa kata anda pergi mendaki bukit atau gunung pada hujung minggu daripada anda melakukan jogging atau berlari di atas treadmill yang anda telah biasa lakukan. Selain itu, cuba cari bentuk latihan kekuatan yang baru. Anda boleh dapat kebanyakan jenis latihan senaman daripada majalah, DVD, atau Youtube. Sebarang perubahan yang anda cuba lakukan dalam mencabar fizikal anda adalah sesuatu yang dapat memperbetulkan kesilapan anda itu.
Kesilapan #2: Anda menjadi obses terhadap latihan kardio.
Benar senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan anda, tetapi jika
anda tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia
bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan anda perolehi, tetapi juga
komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan anda akan hilang.
Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan adalah
satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak
degil. Itu adalah sangat penting terutamanya bagi anda yang sudah
meningkat usia.
Bermula pada usia 30-an, wanita kebanyakannya akan hilang berat badan
dan otot (muscle) sebanyak kira-kira 0.23kg (0.5 pound) setiap tahun.
Lelaki pula biasanya akan mempunyai otot lebih lama, tetapi akan mula
kehilangan otot dengan kadar yang tinggi bermula usia 60 tahun. Oleh
kerana otot biasanya dibakar melalui pembakaran kalori walaupun ketika
sedang berehat, kehilangan otot ini akan menyebabkan penurunan
metabolisme. Inilah salah satu sebab utama mengapa kita dapat melihat
simptom penuaan bermula pada usia 40 tahun.
Betulkan ia: Cuba sertakan latihan kekuatan pada hari anda melakukan kardio. Angkat berat sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Kesilapan #3: Anda stuck di zon pembakaran lemak.
Jika anda menggunakan treadmill, eleptical, atau mana-mana machine
kardio di gim, anda mungkin dapat melihat satu programming di mana ia
mempunyai option untuk memilih zon ‘fat-burning’. Berdasarkan fakta,
pada intensiti yang lebih rendah, tubuh anda akan membakar peratus lemak
yang tinggi! Sounds great, right? Anda tidak perlu bekerja lebih dan
anda dapat mengurangkan lemak di perut, pinggul dan peha anda dengan
cepat.
Tapi jika anda fikir bentul-betul, pada penggunaan tenaga badan yang
rendah, badan anda akan membakar lemak dengan peratus yang lebih tinggi
berbanding karbohidrat, tetapi secara keseluruhan ia masih membakar
kalori dengan jumlah yang sedikit.
Contohnya, seorang wanita yang mempunyai berat badan 68kg yang
berjalan di atas treadmill pada kelajuan 5km/sejam, sebanyak 112 kalori
akan dibakar dalam masa 30 minit. Pada kadar penggunaan tenaga yang
sederhana ini, wanita itu telah membakar separuh kalori yang didapati
dari lemak atau sebanyak 56 kalori lemak. Sebaliknya, jika dia melakukan
workout selama 30 minit pada kadar 6km/sejam, hanya sebanyak 40% kalori
berkemungkinan dari lemak yang akan dibakar. Tetapi perlu diingat,
secara keseluruhannya dia akan dapat membakar sejumlah 170 kalori dalam
masa 30 minit. Oleh itu sebanyak 68 kalori dari lemak yang akan
terbakar. Ini bermaksud, jumlah pembakaran kalori dari lemak adalah
lebih tinggi pada intensiti latihan yang lebih tinggi.
Betulkan ia: Bakar lebih banyak kalori dan jadikan kalori yang dibakar itu adalah kalori daripada lemak di dalam badan dengan menambah kesuluruhan usaha dan intensity latihan. Cara yang terbaik adalah melakulan latihan yang berintensity tinggi berselang seli dengan intensity atau kelajuan yang perlahan.[sumber : kevinzahri.com]
Lyna Sabran♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226♥ Emel : mummy.beela@gmail.com♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment