Showing posts with label STRESS. Show all posts
Showing posts with label STRESS. Show all posts

Monday, June 1, 2015

1 simple step untuk rajin bersenam!

Assalamualaikum w.b.t,
Hari ni nak cerita tentang macamana nak bermotivasi untuk bersenam.
Jangan kata.."ahh! Aku dah kurus.. tak payah la bersenam..."
Atau..
"Penat la..tak de masa nak senam.."
Dengan kesibukan kita bekerja, menjaga keluarga..aku minta jangan abaikan kesihatan yang bermula dari dalam.Perasan atau tak.. zaman sekarang, muda-muda dah banyak penyakit? Tu belum jadi warga emas lagi.. heeheehee. Apa faktor nya? Selain pemakanan yang tidak seimbang, kurang aktif dan tidak bersenam juga penyumbang kepada masalah kesihatan.
Kalau anda jenis bersenam tahniah! Jom teruskan..
Bagi si kurus.. kita perlu bersenam untuk membina otot-otot.. bak kata KEVIN ZAHRI, nak tambah berat lagi sukar dari nak kurangkan berat badan. Geram jugak bila orang yang pandai-pandai mengajar kita "makan la banyak sikit kalau nak gemuk" haiyaaa! Kalau gemuk sihat takpe.. kalau gemuk tak sihat?? Sape mau tanggung???
Tu bagi yg kurus, bagi yang montel@gemuk is awesome??? Lagi la perlu bersenam..selain untuk membakar kalori, senaman juga membantu anda membina otot supaya tidak menggeleber apabila kurus nanti. Set slimming consume jugak, tapi bersenam jangan culas!
Ok, apa idea aku supaya kita semua ni rajin sangat bersenam???
Senang jekkk... semua ada smartphone betul tak? Ada playstore atau appstore kan?
Meh kita download application exercise... macam aku ada 2.. 10 daily exercise & 7 minutes (color firus). Tapi fevret aku 7 minutes ni sebab bole bersenam tanpa perlu tengok skrin hp.. siap ada suara instructor!
        

Ada juga application HOME EXERCISE yang tak memerlukan kita pi gym.Workout ni sangat fun sebab dengan anak2 pon bole join..dorang hepy sangat :D
Mula-mula memang semput & 'pecah' otot (istilah bila otot yg tak bekerja..mula sakit) tapi bila dah biasa.. otot2 dah mula bekerja, badan rasa ringan nak buat workout... bila tak buat workout rasa badan berat, malas, letih.. tapi bila biat workout.. badan rasa ringan, tidur nyenyak yang penting dapat 'reduce' stress.
Apa lagi, jom 'download' & mula bersenam hari ni.. ada lebih kurang 1 bulan setengah sebelum hari raya.. kalau rajin, InsyaAllah slim melim raya nanti tambahan lagi kalau serentak makan set slimming pada bulan puasa ni dan yang paling penting gaya hidup sihat sepanjang hayat! :)

Lyna Sabran 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
 

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Monday, May 25, 2015

3 jenis hormon mengakibatkan STRESS






Biasanya, aku akan rasa perasaan STRESS bila masa 'kewanitaan' tu nak datang [tapi bukan setiap bulan, setiap bulan simptomnya berbeza-beza]. Mula la rasa nak marah, tension, geram dan ada je tak kena dengan mata & hati ni. Tapi sebolehnya, I'll try to think & be patient... Istigfar yang penting sekali, minum air banyak2, B COMPLEX serta tidur is my best friend!

Semua orang mesti pernah merasakan stress, kemarahan atau perasaan negatif yang lain kan? Namun tak ramai yang tahu bagaimana proses dalam tubuh yang menyebabkan perasaan negatif tersebut muncul. Perasaan negatif, baik stres, kemarahan dan lain-lain bisa muncul akibat kerja 3 hormon dalam tubuh. Berikut ini 3 hormon yang bertanggungjawab atas stress yang kita rasakan, seperti ditafsir oleh The Huffington Post (19/04).

1. Adrenalin
Adrenalin adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal setelah mendapatkan signal dari otak ketika situasi yang tegang.
Adrenalin bekerjasama dengan hormon stres lain, iaitu norepinephrine bertanggungjawab untuk memutuskan reaksi anda ketika stres muncul. Contohnya, ketika anda sedang memandu, kemudian ada kereta lain yang dipandu laju kemudian melanggar anda. Anda akan berhenti dan merasakan detak jantung anda meningkat. Otot anda menegang, anda bernafas dengan lebih cepat, dan berkeringat. Itulah yang dilakukan oleh adrenalin.
Selain meningkatkan detak jantung, adrenalin juga meningkatkan energi (tenaga) yang memungkinkan anda melakukan sesuatu untuk mengelak dari bahaya, serta membuat anda semakin fokus.

2. Norepinephrine
Hormon ini sama dengan Adrenalin yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal dan berasal dari otak. Fungsi hormon Norephnephryne adalah untuk membuat anda tetap fokus dan terjaga selama mengalami stress. Anda akan menjadi lebih berhati hati, tak boleh tidur dan fokus pada masalah.
Norepinephrine membantu mengalihkan aliran darah pada tempat yang tak terlalu memerlukan untuk bahagian tubuh lain yang lebih penting, contohnya kepada otot atau otak yang membuat anda boleh menghadapi bahaya dengan baik.

3. Kortisol
Hormon kortisol juga dihasilkan oleh kelenjar adrenal dan disebut juga sebagai hormon stres. Hormon ini yang menentukan respon anda terhadap situasi yang menegangkan dan yang boleh membuat stres.
Dibandingkan dengan hormon lainnya, hormon ini bekerja lebih lambat. Pertama, bahagian otak yg disebut sebagai 'amygdala' akan menentukan ancaman atau situasi yang boleh menyebabkan stress. Kemudian signal dikirimkan pada hypotalamus. Hypotalamus memproduksi hormon CRH yang berhubung dengan ACTH. ACTH kemudian mengirim sinyal pada kelenjar adrenal untuk melepaskan kortisol.
Wow, perjalanannya cukup panjang bukan. Dalam banyak keadaan bahaya, hormon kortisol bisa menyelamatkan nyawa manusia. Meski begitu terlalu banyak produksi hormon kortisol juga tak baik untuk tubuh. Hormon ini menekan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan tekanan darah dan gula dalam darah, menyebabkan jerawat, obesiti dan lain lain.



3 hormon di atas bertanggung jawab terhadap stres yang anda rasakan dan cara tubuh anda menghadapinya. Dalam beberapa kes, hormon di atas menjadi bermanfaat. Namun terlalu banyak memproduksi hormon stres juga tak baik untuk kesihatan.

Next entry, kita cerita.. kenapa STRESS berpanjangan tak bagus untuk kesihtan diri kita dan sebagainya.

Lyna Sabran ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Saturday, May 23, 2015

Bahaya stress berpanjangan

Assalamualaikum w.b.t,

Nak sambung sikit tentang entry lepas..kalau belum baca [klik sini

STRESS lama-lama ni tak bagus..Ia juga salah satu gaya hidup tidak sihat dan negatif yang boleh mendatangkan macam-macam penyakit termasuk Hypertension (darah tinggi), Depression, Sakit jantung & juga kanser.
Sebenarnya hormon-hormon dalam tubuh bekerja dengan sangat seimbang. Jumlah yang tepat dari setiap hormon akan menghasilkan hal yang positif.  Jika stress itu hanya seketika, sedikit aliran adrenalin itu baik dan tak membahayakan. Tetapi jika stress jangka panjang dan tetap ia bakal mendatangkan  masalah.

Misalnya, jika seseorang hidup bertahun-tahun dalam kemarahan yang tak diselesaikan contoh bersama pasangannya, aliran adrenalin akan menjadi berlebihan atau jika seseorang yang bekerja selama bertahun-tahun di bawah seorang bos atau sistem yang membuat dia merasa tak larat dan tak gembira, orang tersebut akan mengalami kemarahan berpanjangan. Stress (emosional) jangka panjang ini menyebabkan aliran hormon adrenalin dan kortisol secara terus-menerus masuk ke dalam darah dan aliran tersebut memberi impak bahaya kepada tubuh.
  • Hypothalamus (Hypothalamus, organ kecil yang berada di pusat otak)  memberi signal kepada kelenjar adrenal untuk memproduksi lebih banyak hormon adrenalin dan kortisol untuk dilepaskan ke dalam pembuluh darah. Hormon-hormon ini mempersiapkan seseorang untuk bereaksi lebih cepat dan efektif dalam mengatasi tekanan pada saat itu.
  • Hormon-hormon ini meningkatkan kerja jantung, bernafas lebih cepat, tekanan darah dan metabolisme. Pembuluh darah melebar agar lebih banyak darah yang mengalir ke otot, sehingga otot tubuh kita bersedia & berjaga-jaga.
  • Liver melepaskan glukosa yang disimpannya untuk meningkatkan energi tubuh.
  • Manakala,peluh diproduksi untuk menyejukkan tubuh. Reaksi natural ini dikenal dengan nama respon stress. Apabila stress juga akan meningkatkan kemampuan seseorang untuk tampil lebih baik di bawah tekanan. Contohnya, seseorang dalam keadaan stres dan panik dapat mengangkat beban berat yang dalam keadaan biasa dia tidak kuat melakukannya. 

Apakah kadar adrenalin yang tinggi berbahaya?
  • Kadar adrenalin yang tinggi dan berkepanjangan dapat meningkatkan detak jantung dan tekanan darah sehingga detak jantung menjadi lebih cepat dan tekanan darah tinggi. Hal ini tidak baik.
  • Kadar adrenalin yang tinggi dan berpanjangan juga dapat menyebabkan peningkatan trigliserida yang adalah lemak di dalam darah dan peningkatan gula darah. Ini juga tidak baik.
  • Kadar adrenalin yang tinggi dan berkepanjangan dapat juga menyebabkan darah membeku lebih cepat (yang menyebabkan terjadinya plak), tiroid menjadi terlalu dirangsang, dan tubuh menghasilkan lebih banyak kolesterol. Semua pengaruh ini, jika berpanjangan, akan membawa maut.
Bagaimana dengan hormon kortisol yang berlebihan?
  • Ketika tubuh melepaskan adrenalin ke dalam sistem, tubuh juga melepas hormon yang disebut kortisol. Kadar kortisol yang tinggi dan berpanjangan dapat menyebabkan kadar gula darah dan insulin meningkat dan tetap bertahan pada tingkat tinggi. 
  • Kadar trigliserida meningkat dalam aliran darah dan dapat bertahan pada tingkat tinggi.  Kadar kolesterol juga akan meningkat.
  • Terlalu banyak kortisol dapat meningkatkan berat badan dan menghasilkan kegemukan khususnya bahagian tengah tubuh.
  • Terlalu banyak kortisol dalam tubuh dapat mengurangi kalsium, magnesium dan potasium dalam tulang.  Itu dapat menyebabkan kerapuhan tulang (osteoporosis).
  • Sebagai tambahan terlalu banyak kortisol dapat menyebabkan tubuh menahan sodium (garam) yang menyebabkan peningkatan tekanan darah.
  • Peningkatan kadar kortisol secara mendadak akan menyebabkan gangguan fungsi imun tubuh, dan ia dikaitkan dengan berbagai macam penyakit.

Mengandungi 8 vitamin - b1, b2, b3, b5, b6, b12 asid folik dan biotin kesemuanya peelu dianbil serentak seperti yg dinyatakan dalam RDA.
Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.


Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalak tidur lebih selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, menperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala serta pitam.

Jom hidup lebih sihat, lebih baik mencegah penyakit dari mengubatinya..selagi kita masih ada peluang jom perbaiki amalan kita seharian.

Untuk sebarang pertanyaan 'contact' SID anda,
NORAZLINA SABRAN [Id : 1109279]

Wednesday, May 21, 2014

Mengubati kemurungan akibat stress!


Haaa..tengok gambar kat bawah..tau tak nak cerita apa hari ni?

Zaman sekarang orang panggil depression atau kemurungan. Orang dulu2 panggil meroyan. Kebiasaannya terjadi pada wanita selepas melahirkan anak. Tapi ada jugak yang mengalaminya bukan kerana melahirkan pun tapi mungkin sebab penat & stress tetang kehidupan harian. Kita ni orang perempuan memang banyak pekara nak dibuat dan banyak sangat berpikir tu yang jadi gitu.

Tambah2 lagi jika mula-mula jadi ibu atau kehamilan seterusnya yang tidak di rancang. Boleh menambah stress dalam hidup dan mengheret kita masuk ke dalam masalah KEMURUNGAN nih.
Meroyan atau kemurungan 'posnatum' ialah satu masalah yang biasa. Dulu, pendapat umum ialah bahawa 1 dalam 10 orang ibu menghidapnya. Pendapat sekarang ialah 1 dalam 4 ibu menghidap penyakit ini. Semakin ramai nampaknya kan??? (aku salah seorang daripadanya) Hmmmmmmmh..

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, kita akan merasa seperti....
  • perasaan putus asa;
  • bersalah;
  • amat letih, penat;
  • muram;
  • sering menangis;
  • sunyi;
  • gelisah;
  • terperangkap
  • rasa hidup akan berakhir
  • jantung berdegup kencang
  • ketakutan, kerisauan

Dah stress duk dapur...

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan tersebut pada masa-masa tertentu. Tapi, jika kita merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara 4 hingga 6 minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu kita rasa gembira sangat menjaga bayi,  kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda.

Aku menghadapi masalah ni selepas 3 bulan melahirkan anak no 3. Sampai terpaksa cek dada@jantung kat doktor tau..doktor bagi multivitamin sebab dia kata mungkin Anemia & Anxiety disorder gtu.. truk gak la aku kena..Aku mengadu jugak kat kawan2 baik. Sampai satu hari jalan2 dengan hubby kt Mahkota parade husben aku belikan multivitamin khusus untuk breastfeeding mummy. Hampir setengah botol guna multivitamin tu...aku PM2 semula dengan kawan online yang dah lama aku kenal.. Aynies Anies (sekarang mak SHAKLEE aku) Dia la suggest Vitalea kat aku..Aku memang pernah amik masa pregnant...tapi masa tu lom ada kesedaran tentang kesihatan.. Takde la konsisten...tak kisah pon..Pas makan multivitamin jenis XXX ni kurang la ckit masalah aku tu..bertenaga semula..tapi lom setle sepenuhnya. Aku asik demam & selesema...see? nampak sangat antibodi lemah.. Aku pon stat order Sustained Release Vitamin C memandangkan aku memang percaya sangat dengan Shaklee walaupun sebelum ni makan ON-OFF jek kan.. (sekarang tak culas lagi). Pas Anies offer masuk ahli..sume vitamin aku amalkan untuk kesihatan aku..aku stat amik ESP, Mealshake, B COMPLEX, Ostematrix dan Vitalea (multivitamin) yang paling penting...ni sume untuk ibu2 yang menyusu atau tak...ibu2 yang aktif..bapa2 yang sibuk..Sebab kalau kita kekurangan nutrien dalam badan mudah je penyakit nak datang. Betul tak? ke korang memang betul2 sihat?


 

Haahaa...panjang pulak ceritaku.. Padahal nak share je macamana aku selesaikan masalahku.. salah satunya memang amik VITAMIN la.

Vitamin yang paling penting untuk menangani masalah stress dan kemurungan adalah vitamin B. Tapi tahu tak? Vitamin B ni takleh disimpan kat dalam tubuh badan kita. Kita mesti dapatkan mikronutrien yang penting ni daripada diet dan supplement. Vitamin B ni boleh dirosakkan oleh gula halus, nikotin, pengambilan alkohol yang berlebihan dan kafein. Selain tu, vitamin yang baik untuk stress dan kemurungan juga adalah vitamin antioksidan iaitu Vitamin C dan Vitamin E.

Vitamin B juga telah dibuktikan untuk membantu meningkatkan mood. Vitamin B yang mengandungi 8 keluarga Vitamin B semestinya adalah Shaklee B-Complex.


Khasiat utama vitamin B-Complex

1. Menukar makanan kepada tenaga
Membantu penghadaman
Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan

2. Melawan tekanan
Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Membantu tumbesaran
menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

4. Rambut beruban dan gugur
membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
mengekalkan kesihatan rambut

5. Baik untuk mata
mengurangkan masalah keletihan mata
mencegah katarak
meningkatkan kualiti penglihatan
perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus

6. Mencegah anemia
membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut

7. Meredakan senggugut
baik untuk masalah senggugut (PMS),
meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

8. Mencegah perlcche
dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
mencegah jangkitan lidah (glossitis)
nafas berbau

9. Detoksifikasi
meredakan alahan
Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik
  • mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besar
  • elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)
 B-Complex Shaklee mengandungi 120 biji yang boleh diamalkan selama 4 bulan.
Harga pasaran hanya RM 53.75

Ok, selain mengamalkan vitamin masalah kemurungan akibat stress ni jugak boleh diatasi dengan memperbanyakkan amalan2 rohani..seperti SOLAT 5 WAKTU wajib penuhi, solat2 sunat malam seperti solat taubat, hajat, dan Tahajud..Zikrullah sentiasa..bibir harus di basahi dengan nama-nama Allah untuk mengelak dari gangguan2 syaitan. Bacalah AlQur'an selalu..dekatkan diri dengannya nescaya hati kita lapang & tenang. Kalau ada apa2 yang merungsingkan bacalah "la illah hailla anta subhanaka inni kuntu minalzolimn " Insya-Allah... semua akan OK.

Jika berminat jom 'contact'
Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/