Sejak 2-3 hari ni [09/09/2015] cuaca kurang elok ditambah dengan keadaan jerebu, dimana tahap IPU persekitaran saya iaitu sekitar muar ke melaka..bacaan IPU adalah 111 hingga 113. Tahap tak sihat tu. Apa langkah-langkah yg perlu kita lakukan dalam keadaan begini untuk menjaga kesihatan kita?
Apa itu jerebu?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan
kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan
jarak penglihatan.Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?
Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:- Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
- Ozon
- Gas karbon monoksida
- Gas nitrogen dioksida
- Sulfur dioksida
Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan
Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar
udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan
hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil
tindakan seterusnya.Nilai IPU:
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status
kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya
kepada kesihatan.Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
- Kesukaran untuk bernafas
- Serangan jantung
- Gatal–gatal pada tekak
- Gatal–gatal pada mata
- Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
- Gatal–gatal pada kulit
Kumpulan yang berisiko
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau
bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk
mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;- Kanak–kanak
- Warga emas
- Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
- Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
- Perokok
Pencegahan :
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tips kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
- Kurangkan aktiviti luar.
- Jangan merokok.
- Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari (juga boleh amalkan Performance Drink bagi yang kurang suka minum air masak)
- Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
- Dapatkan nasihat perubatan.
- Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
- Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
- Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
- Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
-
Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.
Siapakah yang perlu saya rujuk?
Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada doktor anda di:Unit Kesihatan Persekitaran
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia [sumber]
No comments:
Post a Comment