Monday, May 25, 2015

3 jenis hormon mengakibatkan STRESS






Biasanya, aku akan rasa perasaan STRESS bila masa 'kewanitaan' tu nak datang [tapi bukan setiap bulan, setiap bulan simptomnya berbeza-beza]. Mula la rasa nak marah, tension, geram dan ada je tak kena dengan mata & hati ni. Tapi sebolehnya, I'll try to think & be patient... Istigfar yang penting sekali, minum air banyak2, B COMPLEX serta tidur is my best friend!

Semua orang mesti pernah merasakan stress, kemarahan atau perasaan negatif yang lain kan? Namun tak ramai yang tahu bagaimana proses dalam tubuh yang menyebabkan perasaan negatif tersebut muncul. Perasaan negatif, baik stres, kemarahan dan lain-lain bisa muncul akibat kerja 3 hormon dalam tubuh. Berikut ini 3 hormon yang bertanggungjawab atas stress yang kita rasakan, seperti ditafsir oleh The Huffington Post (19/04).

1. Adrenalin
Adrenalin adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal setelah mendapatkan signal dari otak ketika situasi yang tegang.
Adrenalin bekerjasama dengan hormon stres lain, iaitu norepinephrine bertanggungjawab untuk memutuskan reaksi anda ketika stres muncul. Contohnya, ketika anda sedang memandu, kemudian ada kereta lain yang dipandu laju kemudian melanggar anda. Anda akan berhenti dan merasakan detak jantung anda meningkat. Otot anda menegang, anda bernafas dengan lebih cepat, dan berkeringat. Itulah yang dilakukan oleh adrenalin.
Selain meningkatkan detak jantung, adrenalin juga meningkatkan energi (tenaga) yang memungkinkan anda melakukan sesuatu untuk mengelak dari bahaya, serta membuat anda semakin fokus.

2. Norepinephrine
Hormon ini sama dengan Adrenalin yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal dan berasal dari otak. Fungsi hormon Norephnephryne adalah untuk membuat anda tetap fokus dan terjaga selama mengalami stress. Anda akan menjadi lebih berhati hati, tak boleh tidur dan fokus pada masalah.
Norepinephrine membantu mengalihkan aliran darah pada tempat yang tak terlalu memerlukan untuk bahagian tubuh lain yang lebih penting, contohnya kepada otot atau otak yang membuat anda boleh menghadapi bahaya dengan baik.

3. Kortisol
Hormon kortisol juga dihasilkan oleh kelenjar adrenal dan disebut juga sebagai hormon stres. Hormon ini yang menentukan respon anda terhadap situasi yang menegangkan dan yang boleh membuat stres.
Dibandingkan dengan hormon lainnya, hormon ini bekerja lebih lambat. Pertama, bahagian otak yg disebut sebagai 'amygdala' akan menentukan ancaman atau situasi yang boleh menyebabkan stress. Kemudian signal dikirimkan pada hypotalamus. Hypotalamus memproduksi hormon CRH yang berhubung dengan ACTH. ACTH kemudian mengirim sinyal pada kelenjar adrenal untuk melepaskan kortisol.
Wow, perjalanannya cukup panjang bukan. Dalam banyak keadaan bahaya, hormon kortisol bisa menyelamatkan nyawa manusia. Meski begitu terlalu banyak produksi hormon kortisol juga tak baik untuk tubuh. Hormon ini menekan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan tekanan darah dan gula dalam darah, menyebabkan jerawat, obesiti dan lain lain.



3 hormon di atas bertanggung jawab terhadap stres yang anda rasakan dan cara tubuh anda menghadapinya. Dalam beberapa kes, hormon di atas menjadi bermanfaat. Namun terlalu banyak memproduksi hormon stres juga tak baik untuk kesihatan.

Next entry, kita cerita.. kenapa STRESS berpanjangan tak bagus untuk kesihtan diri kita dan sebagainya.

Lyna Sabran ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

2 comments:

  1. Si kecil cili padi B.Complex memang jadi pilihan saya setiap hari.Bukan aje membantu sebagai anti-stress, malah baik utk kulit juga.

    ReplyDelete