Selalu kita dengar tentang penyakit Gout ni.. seolah-olah sakit ni 'biasa' di kalangan kita. Pilihan utama kita untuk mengubatinya mestilah ke klinik/hospital berhampiran sebab tak tertanggung sakitnya. Tapi kadang-kadang kita cuma hendak merawatnya dan tak pernah terfikir untuk mencegahnya mahupun mengambil tahu apakah itu gout dan apakah puncanya?
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG GOUT?
- Gout adalah sejenis arthritis yang menyebabkan keradangan, biasanya berlaku dalam satu sendi secara tiba-tiba seperti sendi besar di ibu jari kaki. Ia disebabkan oleh pemendapan kristal asid urik di dalam sendi.
- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
- Kristal asid urik ini merengsakan tisu di dalam sendi yang menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan. Walau bagaimanapun, kadang-kala gout yang teruk boleh menjejaskan banyak sendi pada satu-satu masa. Ini dikenali sebagai gout polyarticular. Kesakitan ini mungkin berlarutan untuk tempoh 12 hingga 24 jam selepas ia bermula.
- Pencetus untuk serangan gout ialah termasuk pembedahan, dehidrasi, minuman manis dengan gula atau sirap tinggi fruktosa, minuman keras, daging merah dan makanan laut.
- Gout kronik dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang merendahkan tahap asid urik di dalam badan. Jika tidak dirawat, gout boleh menyebabkan kerosakan kekal dengan masalah buah pinggang dan pemendapan asid urik dalam tisu.
- Lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita tetapi wanita menjadi semakin mudah terdedah kepada gout selepas menopaus.
- Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
- Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
TANDA-TANDA GOUT
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
KOMPLIKASI LAIN
- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin :
|
PENCEGAHAN YANG BOLEH DILAKUKAN...
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan
keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti
sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan
sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
- Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika
penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain.
Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
- Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
- Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
- Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
- Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
- Minum banyak air
- Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
- Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
- Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Lyna Sabran ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment