Saturday, May 23, 2015

Tips Elak Rambut Gugur Selepas Bersalin


 Assalamualaikum W.B.T,

sebelum ni.. aku pernah share punca terjadinya keguguran rambut selepas bersalin. Kebanyakkan ibu akan mengalaminya. Ada ke yang tak pernah? tak tau la tu... meh share petua sikit..heheheh..
Cakap pasal petua..ni nak bagi TIPS atau PETUA untuk elak rambut gugur terutamanya kepada ibu-ibu lepas bersalin. Jom kita amalkan sama-sama.

Scroll down...



1. ELAK IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Perasan tak, kita ni kalau rambut panjang, suka ikat rambut ketat-ketat, tarik rambut kuat-kuat. Ini boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur terutamanya sewaktu tempoh lepas 3, 4 bulan kita melahirkan anak. Dahlah masa tu memang fasa rambut sedang gugur, ditambah pula kita tarik dan ikat rambut sampai terik kulit kepala, lagilah banyak yang gugur.

2. AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG
Masa berpantang, ramai lagi ibu-ibu yang ‘menyekat’ makanan..memang mengikut tradisi orang zaman dahulu, air tak boleh minum banyak, buah tak boleh makan, sayur pun kena pilih-pilih..sudahnya ibu makan nasik putih dengan ikan bakar je selama 40 hari. Ini boleh menyebabkan ibu kekurangan nutrisi ye..bukan sahaja mengganggu penyusuan, malah mengganggu proses baik luka, sistem badan dan keguguran rambut tadi. Amalkan makan lebih banyak buah dan sayur kerana ianya mempunyai flavinoid dan antioksidan yang membantu kesihatan folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

3. PENGAMBILAN VITAMIN
Tubuh kita memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menjalankan sistem badan yang optimum. Pastikan kita mengambil Protein [seperti ESP] dan Zinc [Zinc Complex Shaklee] bagi menjamin kekuatan dan kesihatan rambut kita.

4. PEMILIHAN SYAMPU
Pilih syampu dengan kandungan bebas kimia dan bahan-bahan yang berkualiti seperti biotin yang menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat seperti Pro Sante Purifying Shampoo adalah disyorkan.

5. SIKAT/BERUS RAMBUT
Gunakan sikat yang jarang dan tidak terlalu rapat bagi mengelakkan ianya menarik rambut kita. Atau lebih baik gunakan berus rambut yang lembut.

6. ELAKKAN PENGGUNAAN ALATAN PENGGAYAAN RAMBUT
Alat seperti ‘hair dryer’, ‘curling iron’, ‘hot rollers’, itu semua boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur. Sebolehnya, biarkan rambut kering secara semulajadi.

SCHA POTONG RAMBUT PENDEK SELEPAS BERSALIN


7. GUNTING RAMBUT
Jika ada rambut bercabang, trim dihujung rambut untuk membuang rambut bercabang yang tidak sihat. Rambut yang tidak sihat menghalang pertumbuhan rambut.
Cuba berambut pendek :)
Bila rambut kita panjang, ianya akan lebih berat dan menarik kulit kepala kita seterusnya menyebabkan rambut gugur. Jadi, lebih baik potong pendek rambut kita untuk elak rambut gugur selain menampakkan rambut lebih lebat.


8. ELAK STRESS
Stress boleh menyebabkan keguguran rambut. Jadi, ceriakan diri dan amalkan pengambilan vitamin B complex untuk elak stress.

Ok, dah bg TIPS yg mudah-mudah je... kalau dapat follow 8 TIPS ni, InsyaAllah berkurangan rambut gugur kita. Rambut kan mahkota wanita, walaupun berhijab.. orang lain tak dapat tengok.. jangan lupa yang suami kita nak tengok kita cantik tiap-tiap hari. Cantik2 la untuk suami.


Lyna Sabran ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment