Showing posts with label Senaman. Show all posts
Showing posts with label Senaman. Show all posts

Monday, June 1, 2015

1 simple step untuk rajin bersenam!

Assalamualaikum w.b.t,
Hari ni nak cerita tentang macamana nak bermotivasi untuk bersenam.
Jangan kata.."ahh! Aku dah kurus.. tak payah la bersenam..."
Atau..
"Penat la..tak de masa nak senam.."
Dengan kesibukan kita bekerja, menjaga keluarga..aku minta jangan abaikan kesihatan yang bermula dari dalam.Perasan atau tak.. zaman sekarang, muda-muda dah banyak penyakit? Tu belum jadi warga emas lagi.. heeheehee. Apa faktor nya? Selain pemakanan yang tidak seimbang, kurang aktif dan tidak bersenam juga penyumbang kepada masalah kesihatan.
Kalau anda jenis bersenam tahniah! Jom teruskan..
Bagi si kurus.. kita perlu bersenam untuk membina otot-otot.. bak kata KEVIN ZAHRI, nak tambah berat lagi sukar dari nak kurangkan berat badan. Geram jugak bila orang yang pandai-pandai mengajar kita "makan la banyak sikit kalau nak gemuk" haiyaaa! Kalau gemuk sihat takpe.. kalau gemuk tak sihat?? Sape mau tanggung???
Tu bagi yg kurus, bagi yang montel@gemuk is awesome??? Lagi la perlu bersenam..selain untuk membakar kalori, senaman juga membantu anda membina otot supaya tidak menggeleber apabila kurus nanti. Set slimming consume jugak, tapi bersenam jangan culas!
Ok, apa idea aku supaya kita semua ni rajin sangat bersenam???
Senang jekkk... semua ada smartphone betul tak? Ada playstore atau appstore kan?
Meh kita download application exercise... macam aku ada 2.. 10 daily exercise & 7 minutes (color firus). Tapi fevret aku 7 minutes ni sebab bole bersenam tanpa perlu tengok skrin hp.. siap ada suara instructor!
        

Ada juga application HOME EXERCISE yang tak memerlukan kita pi gym.Workout ni sangat fun sebab dengan anak2 pon bole join..dorang hepy sangat :D
Mula-mula memang semput & 'pecah' otot (istilah bila otot yg tak bekerja..mula sakit) tapi bila dah biasa.. otot2 dah mula bekerja, badan rasa ringan nak buat workout... bila tak buat workout rasa badan berat, malas, letih.. tapi bila biat workout.. badan rasa ringan, tidur nyenyak yang penting dapat 'reduce' stress.
Apa lagi, jom 'download' & mula bersenam hari ni.. ada lebih kurang 1 bulan setengah sebelum hari raya.. kalau rajin, InsyaAllah slim melim raya nanti tambahan lagi kalau serentak makan set slimming pada bulan puasa ni dan yang paling penting gaya hidup sihat sepanjang hayat! :)

Lyna Sabran 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
 

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Sunday, May 31, 2015

3 Kesilapan melakukan latihan senaman yang sudah terlalu biasa anda buat.




Selain mengamalkan supplemen set kurus Shaklee [klik sini] dan minum air masak secukupnya mengikut berat badan (setiap 25kg kita perlu ambil 1 liter air setiap hari) anda amat digalakkan bergerak aktif/bersenam untuk memastikan kesihatan anda dijamin dari luaran hingga dalaman. Bagi yang dah mula bersenam samada setiap hari atau 2 hari sekali atau seminggu 2kali (hujung minggu sahaja) atau paling malas seminggu sekali! Dah cukup bagus la tuu. Cuba cek... adakah anda melakukan 3 pekara dibawah ketika bersenam?



Kesilapan #1: Melakukan latihan senaman yang sudah terlalu biasa anda buat.

Apabila anda melakukan senaman yang sama setiap hari dalam setiap minggu, bukan minda anda sahaja yang membuat anda berasa bosan, malah otot-otot anda juga turut sama ‘bosan’. Samada anda berjalan 30 minit sehari di kawasan perumahan anda atau membuat beberapa set latihan kekuatan yang sama setiap hari seperti latihan mengangkat dumbbell, selepas beberapa ketika, badan anda akan berhenti bekerja kerana sudah terlalu biasa membuat latihan yang sama, dan hasilnya akan sukar untuk dilihat.

Betulkan kesilapan: Cuba ubah bentuk latihan. Sesekali apa kata anda pergi mendaki bukit atau gunung pada hujung minggu daripada anda melakukan jogging atau berlari di atas treadmill yang anda telah biasa lakukan. Selain itu, cuba cari bentuk latihan kekuatan yang baru. Anda boleh dapat kebanyakan jenis latihan senaman daripada majalah, DVD, atau Youtube. Sebarang perubahan yang anda cuba lakukan dalam mencabar fizikal anda adalah sesuatu yang dapat memperbetulkan kesilapan anda itu.

Kesilapan #2: Anda menjadi obses terhadap latihan kardio.

Benar senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan anda, tetapi jika anda tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan anda perolehi, tetapi juga komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan anda akan hilang. Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak degil. Itu adalah sangat penting terutamanya bagi anda yang sudah meningkat usia.
Bermula pada usia 30-an, wanita kebanyakannya akan hilang berat badan dan otot (muscle) sebanyak kira-kira 0.23kg (0.5 pound) setiap tahun. Lelaki pula biasanya akan mempunyai otot lebih lama, tetapi akan mula kehilangan otot dengan kadar yang tinggi bermula usia 60 tahun. Oleh kerana otot biasanya dibakar melalui pembakaran kalori walaupun ketika sedang berehat, kehilangan otot ini akan menyebabkan penurunan metabolisme. Inilah salah satu sebab utama mengapa kita dapat melihat simptom penuaan bermula pada usia 40 tahun.

Betulkan ia: Cuba sertakan latihan kekuatan pada hari anda melakukan kardio. Angkat berat sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Kesilapan #3: Anda stuck di zon pembakaran lemak.

Jika anda menggunakan treadmill, eleptical, atau mana-mana machine kardio di gim, anda mungkin dapat melihat satu programming di mana ia mempunyai option untuk memilih zon ‘fat-burning’. Berdasarkan fakta, pada intensiti yang lebih rendah, tubuh anda akan membakar peratus lemak yang tinggi! Sounds great, right? Anda tidak perlu bekerja lebih dan anda dapat mengurangkan lemak di perut, pinggul dan peha anda dengan cepat.
Tapi jika anda fikir bentul-betul, pada penggunaan tenaga badan yang rendah, badan anda akan membakar lemak dengan peratus yang lebih tinggi berbanding karbohidrat, tetapi secara keseluruhan ia masih membakar kalori dengan jumlah yang sedikit.
Contohnya, seorang wanita yang mempunyai berat badan 68kg yang berjalan di atas treadmill pada kelajuan 5km/sejam, sebanyak 112 kalori akan dibakar dalam masa 30 minit. Pada kadar penggunaan tenaga yang sederhana ini, wanita itu telah membakar separuh kalori yang didapati dari lemak atau sebanyak 56 kalori lemak. Sebaliknya, jika dia melakukan workout selama 30 minit pada kadar 6km/sejam, hanya sebanyak 40% kalori berkemungkinan dari lemak yang akan dibakar. Tetapi perlu diingat, secara keseluruhannya dia akan dapat membakar sejumlah 170 kalori dalam masa 30 minit. Oleh itu sebanyak 68 kalori dari lemak yang akan terbakar. Ini bermaksud, jumlah pembakaran kalori dari lemak adalah lebih tinggi pada intensiti latihan yang lebih tinggi.

Betulkan ia: Bakar lebih banyak kalori dan jadikan kalori yang dibakar itu adalah kalori daripada lemak di dalam badan dengan menambah kesuluruhan usaha dan intensity latihan. Cara yang terbaik adalah melakulan latihan yang berintensity tinggi berselang seli dengan intensity atau kelajuan yang perlahan.[sumber : kevinzahri.com]






Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/