Friday, September 12, 2014

TONSIL??? [Part1]


Sejak Khamis lepas... aku rasa 'derita' sangat.. sebab tekak mula perit, nak minum air pon sakit, nak bercakap pon tak bole.. suara pon hilang. Mula2 hidung je tersumbat..tapi lama2 tekak yg sakit nak disedapkan rasa.. demam pulak datang. Sadis! Nak tengok handphone pon.. tak larat nak bangun.. dasyat tak? Dasyat tak crita? Tak caye...? Tak caye takpe.. meh baca apa 'penyakit' yang melanda aku selama 2-3 hari ni..


Apa itu tonsil ? 


Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.


Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis?


Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.


Simptom-simptom penyakit ~


Demam Susah untuk menelan kerana sakit tekak, Nafas berbau busuk,
Bunyi suara yang ganjil Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya.

Rawatan Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit Makan makanan yang sejuk, 
lembut dan minuman sejuk, 
Banyakkan minum air masak,
Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas, 
Rehat dan tidur (bukan apa, setiap kali bangun tido..akan terasa perubahan FASA penyakit..daripada tekak perit.. dah tak perit tapi suara ilang..huuhuu),
Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria...


Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?


Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy): Apabila jangkitan berulang – ulang. 
Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. 
Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.


Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan? 


Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan. Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. 
Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk. 

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk: Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya. Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus. Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan. Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

#Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.


Sekarang dah taw kan, jaga la kesihatan masing2.. pasni [part 2] kita cerita.. macamana saya mengatasi masalah TEKAK saya ni.. CARA saya.. so, stay tuned k ^__^



Lyna sabran 

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/




No comments:

Post a Comment