Wednesday, September 17, 2014

Siapa Tuan Tanah blog ni???

Assalamualaikum,

Rasanya.... tak pernah lagi CERITA TENTANG DIRI aku kat sini. Maaf lah, membahasakan diri 'aku'.. sebab tu lah diriku yang sebenar.. sempoi & gila-gila tapi tak gila..Masih waras.. *sengih*
Gaya penulisan aku memang bersahaja..sesuai sgt dengan personaliti aku (camne korang baca blog aku.. gitu le aku kat luar). Aku memang suka menulis sejak kecik.. especially diary.. heehee.. *malunya*

Tercetusnya idea nak menulis blog sejak lahir anak pertama tahun 2010.. {Mummy's Diary}
Ni blog kedua, selepas terjebak dengan #ShakleeEffect (wajib hastag tu..) Kat blog ni aku share tentang tips kesihatan & info2 tentang produk Shaklee.. bila aku belajar tentang sesuatu produk.. aku wrote down.. pastu 'abadikan' dalam blog.

Ok..

Siapa aku ni? Best sangat ke cerita aku ni sampai nak berblogging bagai? Cerita hidup aku biasa2 jer...

Anak tunggal Sabran bin Ibak (keturunan banjar bukan jawa) dan Aftah binti Affan. Dan dah jadi anak yatim sejak berusia 13tahun. Arwah abah pergi meninggalkan kami akibat KANSER PARU2. **AL-Fatihah untuk arwah Sabran bin Ibak**

Sebelum tu, lupa nak bagitaw tarikh penting.. tarikh aku mula melihat dunia... 22 Disember 1985 di Hospital Segamat.
Di lahirkan secara 'forceps' mak aku cite... sian mak aku... besar pengorbanan seorang ibu kan??
Selepas arwah abah meninggal mak membesarkan aku sendirian.. keje kantin sekolah & jual kuih. Sebab tu la sekarang masa tuk balas jasa mak... kita plk jaga mak. Aku adalah bekas pelajar Sekolah Kebangsaan dato' wan idris, Sekolah Menengah canossian convent Segamat dan Sekolah Menengah Putrajaya (1) Presint 8. Tak brape banyak la 'koleksi' sekolah aku berbanding orang lain... (jangan tak tau aku bekas pengawas di Sekolah Menengah Putrajaya tuu...pengawas yang baik hati..haahaa)
Pas abis SPM.. aku sambung belajar kat Politeknik Merlimau, amik Sijil Pengajian Perniagaan. Pastu sambung Diploma kat Politeknik Shah Alam... perjalanan hidupku teratur dan 'smooth' je..walaupon hidup tak serba mewah.
Tak lama pas abis belajar kat poli.. aku kerja sementara kat kedai.Tu yg jumpa suami kesayanganku iaitu Razman Rahmad.. panjang ceritanya.. nt aku cerita kat entry lain lar. 6 bulan kerja jadi 'salesgirl'.. rezeki keje Government pon sampaiii.. dah 7 tahun berkhidmat sebagai Pembantu Akauntan. Stress tak mo citer... tapi hajat di hati nak jadi Working at home mummy suatu hari nanti sebab nak tengok sendiri anak2 membesar depan mata.. InsyaAllah. DO'AKAN YER...
Panjang lagi perjalanan hidup ni.. *InsyaAllah jika dipanjangkan usia* Impian bersama keluarga & SHAKLEE menggunung & melangit... aku berdo'a segala dipermudahkan. AMIIIIN.

Jumpa next entry k ;)


I am Lyna...breastfeeding mom with nursing poncho


Thanks for reading.. LeBiu ^__^

No comments:

Post a Comment