Friday, June 27, 2014

Bagaimana Najis Anda???! Eeeeee...


Ok...macamana aku bole terpikir tuk tulis tentang 'pekara' ni??? AMARAN!!! SILA JANGAN BACA ENTRY INI SAMBIL MAKAN...segala yang terjadi...atas risiko sendiri okeh???

Aku pernah menghadiri kursus AMALAN KESIHATAN yang di anjurkan oleh tempat kerja aku suatu ketika dulu [punya la lama kan???] Tapi memang kesimpulannya...dari perut la datangnya penyakit...So, macamana nak taw usus kita sihat ke tak??? haa, macam ni lar.... memang kita tak diGALAKkan tengok najis sendiri.. tapi kalau korang rasa "something wrong" [contohnye selalu sembelit] harus la pantau keadaan najis korang tuu..

here we go!!! lapangkan minda.. aku takde niat nak mengGELIkan korang...meLOYAkan korang dan sewaktu dengannya.. [ke nak aku letak picture??? haahaahaaa]

Najis yang sangat sihat berupa pisang (melengkung), berwarna sedikit kekuningan (semakin cerah makin sihat), terapung dan boleh digunakan untuk menampung korang berenang..Haahaa.. panjang kira2 2cm lebar dan 15 cm panjang dan tanpa bau yang kuat. Najis sebegini mengandungi serat yang tinggi. Macam najis bayi kan??? berwarna kekuningan tetapi lembik. Masih merupakan najis yang sihat kerana bayi cuma menyusu dan tidak memakan makanan berserat tinggi seperti roti dan buah-buahan. Sekiranya najis korang berupa seperti di atas, maknanya najis korang sihat.. perut korang pun sihat yer..

Najis yang tidak sihat pulak, tenggelam, berwarna gelap, berbau busuk, terlalu keras atau terlalu cair dan beserta kentut yang berbau. 
Perut korang memang mengalami masalah sekiranya najis korang berupa sebegini. Pengambilan MAKANAN TIDAK SIHAT seperti cuka ,pewarna dan perasa berlebihan akan menyebebkan bahan kumuh korang seperti di atas. Bahan makanan yang tidak dibasuh dan dimasak (tercemar) dengan betul juga merupakan penyebab utama. Bakteria dan kuman pada makanan akan bertindakbalas dengan bakteria di dalam perut, menyebabkan terhasilnya GAS NITROGEN. Bau busuk pula disebabkan gas nitrogen tersebut dibiar terlalu lama di dalam usus bersama bahan kumuh yang lain. Kalau lama sikit korang tahan kentut,mungkin korang berupaya menggerakkan belon udara sendiri. HahaHA..OPS!
Najis yang cair disebabkan tindakan bakteria yang aktif beserta kandungan ASID yang tinggi akibat bahan kumuh yang dibebaskan bakteria.

So kita WAJIB la makan makanan yang bersih, masak dengan betul dan kurangkan pengambilan makanan yang ditapai atau alkohol (banyak bakteria-masam), jenis2 ubi dan kekacang (kurangkan kandungan gas nitrogen) dan makanan yang mengandungi MSG, pewarna dan asid yang tinggi.

Nak BERSIHkan usus perlu DETOKS.. selain melakukan ibadah puasa.. Jom kita cuba tablet ALFAFA atau HERB-LAX.. InsyaAllah memang 'cuci' perut nye lar.. Tapi minum air masak kosong kena 3 LITER sehari la... baru betul kaedahnyer.. -senyum-

Selamat mencuba yer! Usaha tangga kejayaan..baru taw ke???


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Hadis Riwayat Ad-Dailami)
Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Wednesday, June 25, 2014

Hubungan suami isteri HAMBAR??? Vitamin E kan ada...


Ramai orang tak ambil tau pon tentang vitamin2 ni...Ohh..salah ek?? Orang baca ni sememangnya HEALTH concius arr kan??

Aku paling takot nak telan vitamin ni..sebab ia ada EFEK KESUBURAN disitu...heehee [anak berderet..ya ampun!] tapi dalam masa yang sama..bagi ibu2 yang lepas bersalin dan menyusu..memang sangat bagus consume vitamin ni taw..sebab sesetengah ibu menyusu mengalami keDINGINan SEKS... So, vitamin E bole membantu.. [salah satu rangkaian SET KESUBURAN suami isteri dan SET CINTA]


SEDIH SUNGGUH! ADAKAH ANDA JUGA BEGINI


Vitamin E Complex

" Vitamin E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon yang melibatkan seks dan kesuburan iaitu androgen, estrogen dan progesterone. Ia memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma lelaki supaya dapat bertemu dengan ovum.
Vitamin E membantu pasangan yang mempunyai masalah dingin terhadap hubungan intim kerana vitamin E boleh meningkatkan 'sexual desire' dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik.
Vitamin E juga meningkatkan LIBIDO dan meningkatkan pengaliran darah ke organ seks lelaki dan perempuan. 
Vitamin E juga membantu meningkatkan tahap testosteron dalam badan anda. Tanpa testosteron yang cukup dalam badan anda, stamina seksual anda dan keinginan seksual boleh berkurangan "


Apa Perbezaan Shaklee dengan vitamin E yang lain???

• Diperbuat dari MINYAK SOYA dan MINYAK BIJI GAMDUM, yang kaya dengan vitamin E

• Diekstrak dengan d-alpha tocophery, d- alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E ( alpha,beta,gama,delta )

• Vitamin E yang paling lengkap di pasaran kerana mengandungi 10 MG SELENIUM SEMULAJADI yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E,memelihara membran sel-sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot.

• Ia adalah PENYAHTOKSID SEMULAJADI LOGAM berat seperti raksa,cadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.


Antara fungsi lain Vitamin E untuk kesihatan dan KECANTIKAN...

Melindungi JANTUNG

* Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yg sihat
* Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid
* Meningkatkan kolestrol HDL ( Kolestrol Baik )
* MENGURANGKAN Tekanan Darah
* MENGHALANG platelet darah melekat ke dinding arteri
* MENGHALANG Anemia hemolitik, penyakit jantund dll

Mempertingkatkan KEMAMPUAN REPRODUKTIF

* Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif
* Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Kelestarian TENAGA

*MENINGKATKAN kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

SUAMI ISTERI BAHAGIA..BEGINI LAR!

ANTIOKSIDAN yang kuat

*Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan KANSER,mengukuhkan system imun, menghalang @ melambatkan pertumbuhan TUMOR, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.
*Ianya MEMPERBAIKI masalah oksidasi,katarak dan masalah penglihatan

Memperbaiki ARTHRITIS

*Meningkatkan keanjalan salur darah
*Memperbaiki Kitaran Darah
*Merawat bahu kejang,pening ,buasir,urat varikos dan sakit sendi

Menghalang KEGUGURAN

*Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada,sindrom pra-haid dan sindrom menopaus serta hot flush
*Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian , janin, keguguran

Anti-PENUAAN

*1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan,mengurangkan kedut,garis halus,parut, akne, dan bintik penuaan
*Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.


SELAIN UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI..
VITAMIN E MAMPU MENGEKALKAN AWET MUDA..
NI ADALAH TESTIMONI PENGGUNA  UNTUK MENGHILANGKAN PARUT DI MUKA



Memperbaiki PARUT

*Memperbaiki bengkak dan ulser kulit.Boleh disapukan terus pada kulit untuk mengurangkan kesan parut (buat masker setiap malam).



Nota kaki : SET CINTA gabungan Vitamin E, Alfafa & ESP adalah yang terbaik!!
Selamat mencuba... ^__^

PROMO VITAMIN E Jun 2014 hanya tinggal 4 hari sahaja lagi... Jangan lupa contact saya segera.. Nak dapat harga DISKAUN? Bagaimana syaratnya??? Call/Whassp/SMS saya juga ye...cepat!!!

Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Thursday, June 19, 2014

TIPS MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA KETIKA BULAN PUASA


Bulan puasa semakin hampir.... Syukur! Mudah-mudahan kita bertemu dengannya dan berjaya melakukan ibadah ini sebaik-baiknya.

Yang amalkan supplemen...tentu risau macammana nak cukupkan pengambilan 3 liter air sehari... Kalau tak dapat 3 liter sehari, 2 liter pon dah cukup. Masalah aku kalau berpuasa..tapi tak cukup air mesti kepala peniiing. [ dehidrat la tu kan?]


Ni adalah usaha tangga kejayaan untuk memenuhi keperluan air dalam badan kita sepanjang berpuasa nanti [ tak kira korang puasa ganti ke puasa sunat ke atau pada bulan puasa] semua orang bole cuba TIPS nih...
  1. Sediakan sebotol air masak sebagai 'indicator' yang ada tulis berapa liter boleh di isi. Lebih senang guna yang 1 liter atau 2 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali. Pastikan setiap kali minum ambil dari botol tersebut... **Minum guna cawan... senang nak sukat [aku guna gelas plastik 200ml]**
  2. Setiap kali ambil supplemen selepas berbuka, ambil bersama 2 gelas air [dah 400ml di teguk] Satu gelas lebih kurang 200ml hingga 250ml. Selepas  solat maghrib ambil 200ml, selepas isyak 200ml lagi.. Senang2 dah 800ml air. Sebelum tidur paling kurang akan minum 1 liter air...betul tak?
  3. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air masak samada 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam / dua rakaat.
  4. Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.
  5. Minumlah air kosong dengan tertib. Iaitu dengan cara, teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula...


Selamat mencuba... dan selamat beribadah.

Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Sunday, June 15, 2014

Tips susukan baby walaupun anda ibu yang kurus!!

Alhamdulillah..beberapa hari lagi baby boy Razin akan setahun.. [dalam blog personal mummynabeela ada cerita tentang perkembangan Razin yg kini dah bole berjalan!]
Pekembangan yg sangat cepat... Biasa la no3..dia tak sabar tengok kakak2 nya belari. Dia pon nak join jgk...
Kalau nak taw..semasa mngandungkan razin aku memang amik supplemen shaklee seperti vitalea,b complex,vita C dan Ostematrix.Tapi masa tu belum jadi ahli..rugi baaaanyak pekara. Terlepas bonus & ilmu2 berguna tentang 'healthy lifestyle' ni... Ye la, masa tu.. "Who cares?" Tp sekarang masa aku pulak bg kesedaran kat korang...pentingnya jaga kesihatan.

K, melalut dah...
Sebenarnya nak citer... Orang selalu cakap.. "Kurus2 pon banyak susu ek..." Sebenarnya susu ibu ni mind setting kita.. Nak atau tak nak je susu kan baby... Lagi satu faktor pesekitaran...Usaha kita nak menyusukan baby...rajin ke tak mngepam  mngikut jadual atau kerap ke tak baby menyusu dalam sehari.Aku bkn la peer counselor..tapi bebekalkan skit2 tentang ilmu 'breastfeeding' berjaya gak aku mnyusukan orang bujang ku sehingga hampir genap setahun.
Tips menyusukan baby walaupon korang jenis badan slim melim... (Size doesn't matter pon sebenarnya)

1. Set minda...nak susukan baby..kesian kat baby tak menyusu susu manusia dalam usia yg sepatutnya.Itu yg aku ckp kat diri aku la....
2. Makan makanan favorite... Selalunya kalau korang suka dengan sesuatu makanan..hati korang happy makan2 @ minum InsyaAllah susu melimpah ruah.Alhamdulillah.Sebab tu aku bkn jenis ikut petua..nak makan atau minum apa untuk jadi 'milkbooster'..Ikut badan masing2.
3. Jauhi stress... Ni aku tak taw nak cakap macamana.Sbb ada masanya production susu memang terganggu akibat stress.Biasanya ble stress kat opis.. Susu biasa akan merundum.
4. Kerap mengepam..at least setiap 2-3 jam sekali...kurang dari 4 jam mesti pam..pam..dan pam. Kena la rajin. Semua taw kan supply vs demand??? Dan mngikut kata sifu BF ku.. Wajib powerpumping at least seminggu 1x.Klu merundum tu buat la selalu spy demand lebih..then, supply pon lebih r...
5. Jaga kesihatan...klu ibu2 sihat&happy..bertenaga&tak stress...InsyaAllah..semua berjalan lancar.
Sebab tu la saya amik supplemen...untuk mengelak lesu, penat, stress atau mudah jatuh sakit...selain tu apa yg kita makan baby pon dapat.Contoh, klu kita makan Omega Guard...mesti baby yg menyusu pon dapat khasiat...bagus untuk perkembangan otak bayi & kesihatan paru2 dia.
6. Tawakal...mohon pada Allah..rezeki yang baik & melimpah ruah.Amiiin. Zikrullah.

Actually, tips2 ni selain ilmu yang aku korek dari GROUP IBU2 MENYUSU... aku tulis ni atas dasar pengalaman sendiri... Selamat Mencuba...


Happy breastfeeding mommies
Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/