Friday, June 27, 2014

Bagaimana Najis Anda???! Eeeeee...


Ok...macamana aku bole terpikir tuk tulis tentang 'pekara' ni??? AMARAN!!! SILA JANGAN BACA ENTRY INI SAMBIL MAKAN...segala yang terjadi...atas risiko sendiri okeh???

Aku pernah menghadiri kursus AMALAN KESIHATAN yang di anjurkan oleh tempat kerja aku suatu ketika dulu [punya la lama kan???] Tapi memang kesimpulannya...dari perut la datangnya penyakit...So, macamana nak taw usus kita sihat ke tak??? haa, macam ni lar.... memang kita tak diGALAKkan tengok najis sendiri.. tapi kalau korang rasa "something wrong" [contohnye selalu sembelit] harus la pantau keadaan najis korang tuu..

here we go!!! lapangkan minda.. aku takde niat nak mengGELIkan korang...meLOYAkan korang dan sewaktu dengannya.. [ke nak aku letak picture??? haahaahaaa]

Najis yang sangat sihat berupa pisang (melengkung), berwarna sedikit kekuningan (semakin cerah makin sihat), terapung dan boleh digunakan untuk menampung korang berenang..Haahaa.. panjang kira2 2cm lebar dan 15 cm panjang dan tanpa bau yang kuat. Najis sebegini mengandungi serat yang tinggi. Macam najis bayi kan??? berwarna kekuningan tetapi lembik. Masih merupakan najis yang sihat kerana bayi cuma menyusu dan tidak memakan makanan berserat tinggi seperti roti dan buah-buahan. Sekiranya najis korang berupa seperti di atas, maknanya najis korang sihat.. perut korang pun sihat yer..

Najis yang tidak sihat pulak, tenggelam, berwarna gelap, berbau busuk, terlalu keras atau terlalu cair dan beserta kentut yang berbau. 
Perut korang memang mengalami masalah sekiranya najis korang berupa sebegini. Pengambilan MAKANAN TIDAK SIHAT seperti cuka ,pewarna dan perasa berlebihan akan menyebebkan bahan kumuh korang seperti di atas. Bahan makanan yang tidak dibasuh dan dimasak (tercemar) dengan betul juga merupakan penyebab utama. Bakteria dan kuman pada makanan akan bertindakbalas dengan bakteria di dalam perut, menyebabkan terhasilnya GAS NITROGEN. Bau busuk pula disebabkan gas nitrogen tersebut dibiar terlalu lama di dalam usus bersama bahan kumuh yang lain. Kalau lama sikit korang tahan kentut,mungkin korang berupaya menggerakkan belon udara sendiri. HahaHA..OPS!
Najis yang cair disebabkan tindakan bakteria yang aktif beserta kandungan ASID yang tinggi akibat bahan kumuh yang dibebaskan bakteria.

So kita WAJIB la makan makanan yang bersih, masak dengan betul dan kurangkan pengambilan makanan yang ditapai atau alkohol (banyak bakteria-masam), jenis2 ubi dan kekacang (kurangkan kandungan gas nitrogen) dan makanan yang mengandungi MSG, pewarna dan asid yang tinggi.

Nak BERSIHkan usus perlu DETOKS.. selain melakukan ibadah puasa.. Jom kita cuba tablet ALFAFA atau HERB-LAX.. InsyaAllah memang 'cuci' perut nye lar.. Tapi minum air masak kosong kena 3 LITER sehari la... baru betul kaedahnyer.. -senyum-

Selamat mencuba yer! Usaha tangga kejayaan..baru taw ke???


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Hadis Riwayat Ad-Dailami)
Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment