Thursday, June 19, 2014

TIPS MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA KETIKA BULAN PUASA


Bulan puasa semakin hampir.... Syukur! Mudah-mudahan kita bertemu dengannya dan berjaya melakukan ibadah ini sebaik-baiknya.

Yang amalkan supplemen...tentu risau macammana nak cukupkan pengambilan 3 liter air sehari... Kalau tak dapat 3 liter sehari, 2 liter pon dah cukup. Masalah aku kalau berpuasa..tapi tak cukup air mesti kepala peniiing. [ dehidrat la tu kan?]


Ni adalah usaha tangga kejayaan untuk memenuhi keperluan air dalam badan kita sepanjang berpuasa nanti [ tak kira korang puasa ganti ke puasa sunat ke atau pada bulan puasa] semua orang bole cuba TIPS nih...
  1. Sediakan sebotol air masak sebagai 'indicator' yang ada tulis berapa liter boleh di isi. Lebih senang guna yang 1 liter atau 2 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali. Pastikan setiap kali minum ambil dari botol tersebut... **Minum guna cawan... senang nak sukat [aku guna gelas plastik 200ml]**
  2. Setiap kali ambil supplemen selepas berbuka, ambil bersama 2 gelas air [dah 400ml di teguk] Satu gelas lebih kurang 200ml hingga 250ml. Selepas  solat maghrib ambil 200ml, selepas isyak 200ml lagi.. Senang2 dah 800ml air. Sebelum tidur paling kurang akan minum 1 liter air...betul tak?
  3. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air masak samada 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam / dua rakaat.
  4. Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.
  5. Minumlah air kosong dengan tertib. Iaitu dengan cara, teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula...


Selamat mencuba... dan selamat beribadah.

Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment