Tuesday, September 8, 2015

Tips jaga kesihatan ketika JEREBU

Sejak 2-3 hari ni [09/09/2015] cuaca kurang elok ditambah dengan keadaan jerebu, dimana tahap IPU persekitaran saya iaitu sekitar muar ke melaka..bacaan IPU adalah 111 hingga 113. Tahap tak sihat tu. Apa langkah-langkah yg perlu kita lakukan dalam keadaan begini untuk menjaga kesihatan kita?

Apa itu jerebu?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?
Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
  • Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
  • Ozon
  • Gas karbon monoksida
  • Gas nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida
Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan
Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Nilai IPU:





Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit
Kumpulan yang berisiko
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;
  • Kanak–kanak
  • Warga emas
  • Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
  • Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
  • Perokok
Pencegahan :
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?

Tips kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.

  • Kurangkan aktiviti luar.
  • Jangan merokok.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari (juga boleh amalkan Performance Drink bagi yang kurang suka minum air masak)
  • Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
  • Dapatkan nasihat perubatan.
  • Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
  • Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
  • Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
  • Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
  • Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.
Siapakah yang perlu saya rujuk?
Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada doktor anda di:
Unit Kesihatan Persekitaran
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia [sumber]


Monday, June 15, 2015

TESTIMONI : Diri sendiri guna...


Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni nak cerita macamana aku bole 'terjebak' dengan supplemen Shaklee ni... memang sebelum kenal Shaklee memang tak tahu langsung apa kepentingan supplemen (makanan tambahan) ni sebenarnya. [Mula-mula kenal shaklee] Ofismate aku adalah orang yang bertanggungjawab menjual Shaklee kepada ku..sebab masa tu aku tak godek sangat 'facebook'. 5 tahun lepas.. nak ada internet sendiri memang susah nak dapat...sedih time tu..hukhukhuk.. tapi, apa yang aku nak cerita kat sini..aku tak jadi ahli dengan opismate aku ni..tapi pada tahun 2013 aku menceburkan diri dalam dunia Shaklee dengan seorang ibu muda dari Johor Bahru, yang cantik & bijak Hanisa Abu Talib totally merubah hidupku..daripada melayar internet tanpa apa apa tujuan..sejak ber'Shaklee'..automatically, aku mula belajar..bagaimana untuk buat 'marketing', cari info, belajar tentang kandungan, kelebihan dan fungsi supplemen. Serius! Aku ambil tahu tu semua.. Ingat senang-senang nak jual supplemen??? Lagi satu, kita sendiri kena cuba.. dah berkesan kat kita barulah kita boleh yakinkan orang lain untuk mencubanya.

1st sekali percubaan adalah ESP dan Ostematrix tujuannya untuk 'breastfeeding'.. tapi mak pun skali makan Ostematrix tu, yela, orang-orang lama ni wajib la makan supplemen..tambahan mak tu bukan suka pi klinik hospital, makan ubat-ubat [supplemen Shaklee bukan ubat ye..kena faham tu] So, bagi menjaga kesihatan & kecergasan mak amalkan kalsium tu..sekarang mak tambah HERBLAX untuk pelawasan & elak sembelit dan juga Omega Guard.


Selain ESP dan Ostematrix yang merupakan fevret ku... Sustained Release Vitamin C juga terbaik!!!
Aku dapat rasa perubahan kulit muka yang makin kurang jerawat, warna kulit lebih cerah dan tona lebih sekata. Ramai juga yang memuji..sebab nampak perubahan kulit aku sebelum mengambil vitamin C kulit bermasalah [bintik hitam, jerawat sana sini & kulit kusam] dan selepas mengamalkan vitamin C secara konsisten kulit lebih sihat. Sekarang aku tambah Vitamin E untuk hilangkan parut jerawat. Suami aku cakap.. parut-parut kecil semakin hilang..tinggal yang parut-parut besar ni aje... ketegak skittt! Tapi kena sabar la.. dan teruskan makan 3-4 bulan lagi. Biasa sebotol Vitamin C Shaklee ni sebotol ada 180 biji [stok sehingga 6 bulan jika diambil sehari sebiji] tapi aku amik 2 biji sekali makan... al-maklum, nak cepat nampak kesan. Vitamin E pulak ada 120 biji [stok untuk 4 bulan] aku amalkan sehari sebiji je sebelum tidur bersama GLA complex..kadang-kadang buat masker @ krim malam.. lagi cepat nampak kesan nanti. Cuci muka pula dengan Deep Action Foaming Cleansing NUTRIWHITE Shaklee yang satu tiub bole tahan sehinnga 6 bulan lamanya. Untungkan??? memang alah membeli, tapi sangat menang memakai!!!

Ok, selain untuk mencantikkan kulit yang bermasalah ni, aku jugak mengamalkan Vitamin C ni kerana selalu batuk, selesema, demam... mudah sangat!!! Imun tak kuat... So, perlulah ada insiatif skit bagaimana nak meningkatkan tahap kesihatan dan tak mau la asik ke klinik amik MC slalu. Alhamdulillah, tahun 2014 dan sepanjang 6 bulan dalam tahun 2015 ni..seingat aku..tahun lepas ada 1 mc jek..tu pon sebab cabut gigi geraham..tahun ni Alhamdulillah, belum ada lagi. Syukur! Nikmat rezeki Allah bagi. Kita wajib tingkatkan rasa syukur, semoga dengan rasa syukur hati lebih jadi tenang dan digandakan lagi nikmat dan rahmat Allah. InsyaAllah!
 
Lyna Sabran 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
 

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Thursday, June 11, 2015

Tips mengelak kejang kaki diakhir trimester kehamilan

Assalamualaikum w.b.t,

Rasa kejang dikaki memang sering terjadi  ketika hamil ini disebabkan rahim yang semakin membesar, saluran darah tertekan seterusnya mengakibatkan darah sukar mengalir ke atas ( kaki ke jantung ).

Pengaliran darah yang semakin sukar ini yang menyebabkan kaki terasa kejang.
Supplemen kalsium sering digunakan untuk merawat kekejangan kaki, selain mengamalkan kalsium.. ibu-ibu juga dinasihatkan supaya...

✅ melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau berjogging)
✅ Meletakkan kaki diatas kerusi lain ketika duduk berehat (jangan biar kaki tergantung)
✅ memakai stokin khas (pressure graded stockings) yang bole dibeli difarmasi.
✅ meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan peraliran darah.
✅ rendam kaki dengan air suam/tuam dengan tuala suam.Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.

Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya, bayi akan "mencuri" kalsium daripada ibu.Ini akan menyebabkan lama kelamaan kalsium ibu akan berkurang dan ibu akan mengalami kesan jangka masa panjang.
Ibu-ibu perlu terus mengambil kalsium sewaktu berpantang & menyusukan bayi. Vitamin D pula penting untuk memastikan pil kalsium yang dimakan dapat diserap ke dalam badan.
Wanita yang kekurangan kalsium (lazimnya wanita) akan mendapat risiko OSTEOPOROSIS dimasa depan. Wanita hamil & menyusukan anak memerlukan 1000-1200 mg kalsium sehari.
Perbezaan Ostematrix Shaklee..


Kalsium dan vitamin D termasuk magnesium, fosforus, zinc, kuprum, manganes dan boron.Nutrien-nutrien tersebut perlu diambil bersama untuk penyerapan yang baik dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


 
Lyna Sabran 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
 

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Monday, June 8, 2015

PROMOSI JUN 2015 : Sustained Release VITAMIN C dan VITAMIN E Complex


Assalamualaikum w.b.t,

Nak habaq mai sikit, sape yang belum tahu.. Promosi Vitamin C & E telah pon berlangsung selama 9 hari ni... dan akan terus promosi sehingga 30 Jun 2015 ni. Setiap pembelian 6 botol Vitamin C atau 6 botol Vitamin E percuma 1 botol yer. Bole beli buat stok atau kongsi ramai-ramai.
Haa, baru nak update! Ya, ampunnnn... Ibunya bizi sekali.........
Bulan ni gabungan Vitamin yang mengandungi kandungan antioksida tinggi yang membantu melawan/mencegah kanser serta mencantikkan kulit anda, berseri dari dalam ke teserlah ke luaran.


Ok, bukan tu aje...Vitamin C... selain Ia membantu meningkatkan penghasilan kolagen supaya menjadikan kulit lebih awet muda, mencegah penuaan akibat radikal bebas. Sustained Release Vita C berbeza dengan kebanyakan vitamin C dipasaran. Vitamin C pertama yang semulajadi dilepaskan secara perlahan dan berkala didalam tubuh untuk memenuhi keperluan tubuh.
Rumusan Unik yang membenarkan pelepasan perlahan dan berterusan vitamin C selama 5 jam.
Ia membekalkan 'bioflavinoid' dalam jumlah seimbang iaitu 120mg yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C dan ia diperlukan sebagai sebahagian daripada vitamin C untuk mengelak salur darah daripada bocor dan mengelak Vitamin C dari teroksida.




Apakah kebaikan atau kelebihan mengamalkan Vitamin C ni???


Vitamin E merupakan Formula anti-penuaan yang mengandungi Selenium + Grape Seed Extract. 1 kapsul Vita-E mengandungi : 400 UI sumber Vitamin E alami dan 10 mcg Selenium untuk mendukung efektiviti khasiat Vitamin E.
Baca pula tentang kelebihan jika mengamalkan Vitamin E setiap hari :

sumber:Shaklee Malaysia* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyaki




TESTIMONI PENGGUNA SETIA & KONSISTEN VITAMIN E & C SHAKLEE :



Pengamal SET KECANTIKAN KULIT termasuk Sustained Release Vitamin C - masalah kulit semakin pulih dengan pengambilan vitamin C secara konsisten.





Lyna Sabran 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
 

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Wednesday, June 3, 2015

Diabetis dan gejalanya...



Apakah Penyakit Diabetes?

Diabetes mellitus atau biasa disingkatkan sebagai DM merupakan penyakit yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit kencing manis. Diabetes banyak dideritai oleh warga emas namun tidak terkecuali orang muda. Penghidap diabetes makin dikenal pasti di kalangan dewasa berumur bawah 50 tahun dan selalunya di tahap teruk.

Penghidap diabetes mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah yang disebut sebagai hiperglisemia. Sekitar 20.1% penduduk berumur lebih 30 tahun di Malaysia (Kajian Morbiditi Kesihatan Malaysia 2011) menghidap diabetes. Sayangnya, ramai yang tidak menyedari mereka adalah penghidap diabetes sehingga menjadi kronik dan mempunyai komplikasi jangka panjang.

Mungkin ramai orang yang bertanya, apakah itu penyakit Diabetes mellitus? Apa punca yang menyebabkan diabetes? Mengapa diabetes terjadi?
Pada umumnya, penyakit Diabetes mellitus terjadi disebabkan oleh kegagalan organ pankreas berfungsi secara normal. Pankreas berfungsi merembeskan horman insulin. Hormon insulin bertanggungjawab memudahkan kemasukan gula ke dalam sel untuk sumber tenaga. Jika pankreas gagal berfungsi dengan baik, hormon insulin tidak dihasilkan dengan cukup. Ini menyebabkan terdapat lambakan gula di dalam saluran darah. Gula tidak akan dibekalkan ke dalam sel dengan mencukupi menyebabkan individu berasa kurang tenaga. Maka penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga.
Selain daripada itu, diabetes juga boleh berlaku apabila sel menjadi kurang sensitif dengan insulin walaupun pankreas menghasilkan jumlah insulin yang mencukupi. Ini terjadi apabila terdapat jumlah lemak yang tinggi di dalam badan sehingga mengganggu sensitiviti dan metabolisma sel terhadap insulin. Masalah ini menyebabkan kurang kemasukan gula ke dalam sel untuk tenaga. Situasi ini berlaku di kalangan individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama; penyakit DM yang memerlukan insulin sejurus selepas diabetes dikesan –

Diabetes jenis 1 (Type 1 Diabetes Mellitus) dan  individu ini bergantung dengan insulin sepenuhnya.

Diabetes jenis 2 (Type 2 Diabetes Mellitus) yang memerlukan rawatan ubat-ubatan oral di peringkat awal untuk mengawal paras gula dan hanya memerlukan insulin apabila gula sukar dikawal oleh rawatan oral. 


Di samping itu, ada juga penyakit diabetes yang disebabkan oleh kehamilan, pengambilan ubat steroid tanpa kawalan, masalah penyakit genetik dan lain-lain.
Bagi diabetes jenis 2, kawalan paras gula darah boleh dilakukan melalui perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan. Berdasarkan pelbagai kajian, perubahan tersebut terbukti berkesan mengurangkan risiko diabetes dan membantu mengawal paras gula di kalangan penghidap diabetes. Oleh kerana itu, sangat penting bagi anda untuk mengetahui jika anda menghidap diabetes atau tidak.

 

Apakah Gejala Diabetes?


Ada beberapa tanda dan gejala diabetes yang dapat anda kenali sebagai gejala umum yang terjadi pada penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, tidak semua tanda dan gejala akan dialami oleh pesakit diabetes.





Tanda dan gejala diabetes adalah :
  1. Jumlah air kencing yang dikeluarkan lebih banyak dan kerap kencing (Polyuria)
  2. Sering atau cepat rasa haus/dahaga (Polydipsia)
  3. Lapar yang berlebihan atau makan banyak (Polyphagia)
  4. Urin mengandungi paras gula yang tinggi  (Glycosuria)
  5. Berat badan turun mendadak
  6. Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan & kaki
  7. Cepat penat dan lemah sepanjang masa
  8. Mengalami rabun penglihatan
  9. Luka lambat sembuh
  10. Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit.
Bagi diabetes Jenis 1, gejala utama penyakit ini adalah sakit perut, kehilangan berat badan yang mendadak dan dahaga yang berterusan.
Apakah Yang Patut Dilakukan?
Seseorang dikatakan menghidap diabetes apabila paras gula dalam darahnya melebihi 7.0 mmol/L (berpuasa) atau 11.1 mmol/L (tidak berpuasa). Namun, kebanyakan gejala diabetes hanya berlaku  apabila gula darah melebihi 15 mmol/L.
Jangan tunggu sehingga anda mendapat gejala diabetes untuk mengetahui kehadiran diabetes. Satu-satunya cara yang  tepat untuk mengetahuinya adalah dengan menjalani ujian darah.
Pemeriksaan ujian saringan ini boleh dibuat di mana-mana klinik kesihatan di Malaysia sekurang-kurangnya sekali setahun.
Kesimpulan

Pencegahan amat penting dan anda disarankan untuk mendapatkan rawatan intensif jika ingin mengelakkan berlakunya komplikasi dalam badan anda.
Bagi mereka yang mempunyai faktor risiko diabetes, anda digalakkan agar menjalani pemeriksaan saringan bagi paras gula dalam darah sekurang-kurangnya sekali setahun. 
Jika perkara ini tidak diberi perhatian dari awal,  gangguan pada saluran darah boleh terjadi seperti gangguan pada saluran darah di otak, mata, jantung, ginjal, serta bahagian kaki. Selain itu penghidap diabetes juga sangat mudah mendapat jangkitan kuman pada paru-paru, gigi, serta gusi dan pada saluran kencing.
Mencegah lebih baik daripada mengubati, dengan mengenali tanda-tanda dan gejala diabetes melitus atau kencing manis individu akan lebih berwaspada dan mengambil tindakan dengan menjalani cara hidup sihat. Langkah ini boleh menghindarkan individu daripada mendapat diabetes dan komplikasi yang boleh membawa maut.

Shaklee sejak 1956 sehingga kini...!

Assalamualaikum w.b.t,

Bagi pengguna setia Shaklee..Tahniah! Kerana anda percaya kepada keberkesanan supplemen semulajadi ini.Di mana pada tahun 1956 sejak ia ditubuhkan sebagai Shaklee Products di Oakland, California, oleh Dr Forrest C. Shaklee, Sr, dan dua anak-anaknya, Forrest, Jr., dan Raleigh.

1960 Basic-H, produk isi rumah yang pertama, fosfat bebas, pekat dan terbiodegradasi guna pencuci diperkenalkan.


1962 kemudahan diperluas di Negara Avenue, Hayward, California.
1964 Konvensyen Shaklee Pertama diadakan di Jack Tar Hotel di San Francisco.
1971 Forrest C. Shaklee Pusat Penyelidikan ditubuhkan di Hayward, California.
1972 Produk Shaklee, Inc., dinamakan semula sebagai Shaklee Corporation.
Pada dekad pertumbuhan pada tahun 1970, jualan pergi dari $ 20 juta untuk lebih $ 320,000,000.
1973 Shaklee Corporation menjadi syarikat milik awam.1974 Ibu Pejabat Korporat Shaklee bergerak ke Emeryville, California.
1976 Shaklee Shaklee Jepun dan Kanada ditubuhkan.
1977 Pertama yang disenaraikan di Bursa Saham New York pada 8/2/77.
1979 Grand Pembukaan Kemudahan Norman Pembuatan di Norman, Oklahoma.Penutupan Avenue Negara dan Corsair kilang pengeluaran di Hayward.
1980 ibu pejabat korporat berpindah ke Shaklee Terraces di San Francisco.
1981 Ulang Tahun ke-25 diperhatikan dengan Sambutan Jubli Perak Tahun.
1984 Shaklee adalah "Perunding Pemakanan rasmi kepada Pasukan Ski AS" yang memenangi lebih banyak pingat pada Sukan Musim Sejuk di Sarajevo daripada mana-mana negara lain yang bertanding.
1986 Shaklee memperoleh Bear Creek Corporation.Produk Shaklee menjana juruterbang Voyager dalam rekod penetapan pertama untuk terbang mengelilingi dunia mereka, tanpa henti, non-refueled.
1988 Daedalus Penerbangan menggunakan Performance Shaklee, minuman sukan ketahanan maksimum yang baru, dan menetapkan rekod dunia untuk penerbangan manusia berkuasa.

1990 Shaklee adalah salah satu daripada tujuh syarikat yang dinamakan sebagai Penaja Rasmi Ulang Tahun ke-20 Hari Bumi;
menerima anugerah "Chip Hijau" majalah Family Circle sebagai satu daripada sepuluh syarikat yang paling mementingkan alam sekitar negara.

1992 Shaklee Mexico terbuka.
Empat penunggang basikal Team Shaklee dipilih untuk mewakili Amerika Syarikat di Summer Games.

1994 
Sambutan Ulang Tahun ke-100 kelahiran Dr. Forrest C. Shaklee.Program Penjaga Komuniti ditubuhkan untuk menghormati komitmen Dr. Shaklee yang berterusan untuk kebaikan yang lebih besar.

1996 
Shaklee meraikan ulang tahun keempat puluh sebagai pemimpin dalam industri pemasaran pelbagai peringkat.Atlet Shaklee ditaja bersaing dalam Sukan Centennial di Atlanta dan memperoleh 4 emas, 6 perak dan 1 pingat gangsa.

1997 Shaklee dan Yamanouchi Pharmaceutical Co Ltd memecahkan tanah baru untuk kilang farmaseutikal di Norman, Oklahoma.Shaklee dan Yamanouchi Pharmaceutical Co Ltd merasmikan Yamanouchi Shaklee Pharma (YSP) Pusat Penyelidikan state-of-the-art yang terletak di Taman Penyelidikan Stanford, Palo Alto, California.

1998 Shaklee memperkenalkan Enfuselle Sistem Penjagaan Kulit dengan barisan produk secara klinikal diuji memaparkan empat penemuan teknologi paten belum selesai.

2000 Shaklee secara rasmi membuka ibu pejabat dunianya alam state-of-the-art di Pleasanton, California. Shaklee diperakui sebagai cuaca pertama Neutral ™ Syarikat Bertauliah negara oleh Rangkaian Neutral cuaca akibat pencapaian Shaklee tentang kesan bersih sifar pada iklim Bumi.
Shaklee menerima Hari Bumi
 Alam Sekitar 
2000 Perniagaan Anugerah Kepimpinan dari Hari Bumi New York dan Anugerah Rangkaian Alam Sekitar dari Bay Area Tindakan / Peninsula Pemuliharaan Foundation.

Shaklee telah membuktikan (dengan pencapaian yang membanggakan) Shaklee adalah supplemen No. 1 di Amerika Syarikat dan di dunia!




**
InsyaAllah, satu hari nanti aku akan menjejakkan kaki di bumi Allah ini iaitu California selain Makkah Al Mukaramah yang sentiasa menjadi hajat di hati.Semoga Impian ku tercapai. Aamin...

Monday, June 1, 2015

Pengedar Shaklee sekitar Tangkak & Segamat, Johor

Assalamualaikum w.b.t,

Walaupun korang dah tau, nak juga bagitau sekali lagi..yang aku adalah PENGEDAR SHAKLEE TANGKAK dan sekitarnya..seperti Jasin, Bukit Gambir, Sagil dan Segamat.
Kawasan yang aku sebutkan tadi.. boleh CASH ON DELIVERY dengan temujanji.. ehemmm.. tp bukan 'dating'..atas sebab2 bisnes dibenarkan. Ok, perasan! :D
Dan yang jauh..sekitar malaysia, Sabah Sarawak, Brunei atau Singapura sekalipun... masih boleh dihantar menggunakan POS LAJU atau CITYLINK.
InsyaAllah, kalau order hari ni.. esok sampai (2-3 hari hari bekerja tidak termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum).
Shaklee menawarkan pelbagai supplemen untuk meningkatkan taraf kesihatan setiap orang dari yang kecil hingga dewasa.

Seperti..
- Penjagaan kesihatan lelaki
- kesihatan wanita
- kecantikan kulit
- Pelangsingan/kawalan berat badan secara sihat
- kesihatan sendi dan tulang
- Detoks/penyingkiran toksin
- kawalan alahan
- penghadaman yang sihat
- Tambah darah (hemoglobin rendah)
- stabilkan tekanan darah
- kawalan paras gula dalam darah
- kesihatan jantung
- masalah kolestrol
- supplemen bagi ibu hamil/menyusu/berpantang
Dan
- kanak-kanak sihat, cergas serta bijak
Pon ada...
Untuk info lanjut tentang produk beserta konsultasi percuma atau tentang keahlian boleh la hubungi...


NORAZLINA SABRAN
INSTAGRAM : LYNA_SABRAN
FB : NORAZLINA SABRAN
ALAMAT : BANDAR BARU TANGKAK, LEDANG, JOHOR.
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No :1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/