Monday, September 29, 2014

Tips Cantik Semulajadi...dari Shaklee

TIPS nak cantik dari ku... mesti SIHAT dari dalam, baru la KECANTIKAN terserlah keluar. Sebab tu vitamin sangat penting untuk kita.. bukan sahaja untuk wanita, lelaki pon boleh cuba. Berkesan ke set kecantikan dari Shaklee ni?

Nak tanya, adakah apa yang kita makan selama ni mencukupi untuk keperluan kita seharian??? cukup ke sayur, buah-buahan yang kita ambil sehari??? Di situ la kita perlukan, 'makanan tambahan'...

Ni TIPS yang anda cari.. jika konsisten amalkan Set Kecantikan Shaklee.. semua orang mampu memiliki kulit cantik dan badan yang sihat.

Jom ketahui manfaat mengamalkan Vitamin dari Shaklee...





 
Vitamin C

Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Sebab tu ramai yang cucuk Vitamin C untuk cantik..
Amal kan vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utaman kejadian jeragat.


1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. Selain tu, vitamin E Shaklee membaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dijadikan masker untuk mempercepatkan parut hilang begitu sahaja.

Vitamin E juga bagus untuk kesuburan si suami!!!




B complex

B complex shaklee lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi  ialah Asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah.

Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, nak cantik kita tak boleh stress, nanti nampak tua, so ambil b complex untuk kawal kita punye stress..selain tu b complex juga membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik dan macam – macam lagi.




Tambahan... biasa dengar tentang collagen kan??? Shaklee pon ada COLLAGEN POWDER  Ia membantu melembap, menganjalkan, mencerahkan kulit, menyuburkan rambut, menegang serta menganjalkan payudara, menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang, dan yang paling penting sebagai ANTI PENUAAN sudah semestinya.

Sebenarnya banyak lagi supplemen untuk kecantikan dari Shaklee.. mengikut keperluan badan masing2.. tapi entri ni kita bagi yang basic..selalu orang guna untuk kecantikan kulit. Antara lain.. Vivix, Garlic, GLA Complex dan CoQ health pon boleh.

** kalau cantik di wajah... hati pon harus cantik.. jangan wajah je cantik.. hati kotor!! huuhuu... Selalu ambil wudhu' dan jangan tinggal kewajipan. Bukan kulit je cantik. wajah pon bercahaya. InsyaAllah.


Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]

♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226

♥ Emel : mummy.beela@gmail.com

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Sunday, September 28, 2014

PAPAN VISI : Ape tu???


"PAPAN VISI" atau Vision Board dalam bahasa inggerisnya...

Board ni.. tempat kita tepek segala impian kita dengan jelas untuk mencapai matlamat kita... hari2 kena pandang dan sebut.. "saya mesti memiliknya...!"

Untuk bagi IMPIAN tu jelas lagi terang.. kita mesti ada satu vision board dan USAHA untuk memiliknya.

Ini yang saya pelajari daripada 'mami2 shaklee' saya.. ( untuk merapatkan ukhwah..upline2 kitorang panggil mami @ dedi )

Just go thru... apa yang saya impikan.. tolong do'akan saya ye... Semoga saya istiqomah dalam beribadat & berusaha mencapai kejayaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Amin.


Rumah Idaman - semi D 5 buah bilik
Kenapa 5 buah bilik? bilik utama bilik kami, 3 bilik untuk anak 3 orang, satu lagi bilik nak jadikan SOHO [ impian bekerja dari rumah sendiri]. Kalau ada bilik tambahan buat bilik tetamu =)
Impian yang dalam impian.. nak bungalow tepi pantai menghadap laut. aku memang suka tengok laut... cantik sangat ciptaan Allah!

Menunaikan Umrah & Haji.
Ada rezeki saya..panjang umur kami sekeluarga [termasuk mak & mak mertua] boleh la kami sama2 menunaikan Umrah & Haji. Hajat di hati nak bawak anak2 semua setelah dorang dah tak pakai pampers.. senang skit kan.
Lebih bersedekah dan langsaikan hutang2...
Sebelum perbanyakkan sedekah, wajib dilangsaikan hutang2 terlebih dahulu. dah langsai hutang piutang dengan bank & kerajaan bagai.. lega ckit... "peace of mind" orang kata!

AUDI R8 eTRON  - Tony Stark pakai dalam Ironman3 -
Ni impian merapu namanya... sajek jer.. bagi korang..."wah! dia ni gila..." nak bawak laju mana je kat malaysia ni oii..kang kena saman...tak payah nak berangan nak beli sportcar kalau bawak 100 km/j. Aje kena sumpah seranah dengan orang je jah oit! SUV sudehh... Aku suka SUV dari MPV..lebih Elegan tapi sporty, gtu... aku tak suka Alphard, Vellfire, BMW... tak pandang ar... harharhar.. kejam ko!!! Tapi aku memang sangat minat AUDI.. dapat Audi Q5 ni pon dah SMART!!! Bulanan??? bayar le RM3000+ InsyaAllah, segalanya tak mustahil dengan rezeki kurniaan Allah. Betul tak?

Audi Q5

Sekian.... Terima kasih. Jangan lupa do'akan saya. Heeheeh.







Wednesday, September 24, 2014

TESTIMONI Set Slimming Shaklee

Teruja aiii tau dapat TESTIMONI 'pengurusan berat badan' ni... ramai yang tak percaya... Eeee! betol ke Shaklee bole turun kan berat?? Kalau kena CARA nya..InsyaAllah menjadi..

Ini bukan janji..tapi pasti..
-SEBELUM & SELEPAS-










Set Slimmimg (full pack/bajet)
  1. Alfalfa Complex (Small) - RM53.75 (330 tabs)
  2. Alfalfa Complex (Large) - RM97.50 (700 tabs)
  3. Herblax - RM52.50 (120tab) 
  4. Lecithin - RM52.50 (180cap)

Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]

♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226

♥ Emel : mummy.beela@gmail.com

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Tuesday, September 23, 2014

Senaman cantikkan punggung

Bila sebut tentang bersenam.. mesti orang ingat orang kurus tak payah bersenam lagi kan??? Salah tu, salah.. sangat le salah!

Entry ni tak nak bebel panjang2.. cuma nak tunjuk gambar..senaman bagi mencantikkan punggung. Bagi yang kurus, leper atau yang gemuk takde 'shape' tu.. sila lah cuba. Sebenarnya buat 3 pergerakan ni je pon dah berpeluh taw... tengok macam senang. Buat tengok?! 

Cuba buat pergerakan 'squat' ni hari pertama & kedua cuba 10 kali.. tu pon memula semput. Hari 3 hingga 5, buat 20 kali. Pergh! selepas seminggu buat 30 kali lebih untuk sehari...

TIPS BERSENAM... jangan terlalu PUSH diri mula2 buat rutin.. ikot kemampuan. Mula2 memang akan rasa 'side effect' tapi bila dah biasa buat... badan akan rasa 'tak selesa' kalau tak berpeluh sebab tak bersenam.

Jangan lupa cuba! Mana taw korang leh pat punggung cantek cam J.LO.. hiihuu..

Psstt... MANTAPkan kesihatan anda dengan pengambilan supplemen yang semulajadi seperti Shaklee, di samping bersenam. Kami di Shaklee menyediakan rangkaian produk Diet Sihat, supplemen tambah berat badan, produk untuk kesihatan sendi, produk penjagaan kecantikan kulit pon ada.. dan macam2 lagi..

Jangan lupa contact LYNA untuk mendapatkan supplemen yang best ni.


Deep squat

Kick squat

Straight Leg Bridges

Saturday, September 20, 2014

Apa ada dalam beg saya??

Seriously, aku tak tau nak tunjuk apa yang ada dalam handbag wanita aku.. tu ler beg yang di usung gi keje dan bejalan. Banyak sangattt barang dalam tu.. bak kata suami ku,
kalau tikus masuk mesti sesat.. nak kuar tak jumpe jalan kuAR. Harharhar.. KEJAM kan?!

Biasa la handbag wanita... ada purse, beg 'coin', note book, pen, lipstik (aku pemalas bawak compact powder), towel kecil, wet tissue, kadang ada gak pampers 1-2 keping. Yang lain2.. resit atm atau resit pembelian... selalunya aku organize jugak beg aku. Bagi 'clear'.. takde la sampai cari barang tak jumpe... oh! Lupe.. handphone & kunci kete WAJIB ada. Kalau tak, mesti aku gelabah ;D

Tapi arini, aku nak tunjuk apa ada dalam beg memberkit Shaklee aku.. tau tak? Kalau daftar jadi ahli RM65 seumur hidup tu.. selain pat diskaun semasa membeli produk dan layak dapat bonus cash.. mula2 sekali korang akan dapat bag bimbit nih.

Kawan aku terkejut taw pat beg.. ingat daftar dapat folder memberkit biasa2 je.. rupanya lagi BEST dari biasa!! Kandungan beg ni ada segala buku resit, manual untuk berbisnes, info produk & syarikat.
Tapi aku add-on sendiri isi beg tu.. kira pakej lengkap untuk aku usung ke hulu ke hilir.. ada buku nutrisi (panduan tentang supplemen), buku cerita tentang JUTAWAN MLM (master Shaklee), 'flyes' yang berwarna warni untuk di edarkan kepada bakal customer dan tak lupa COP nama&no telefon kita.

So, rasa tak rugi melabur RM65 dapat beg..InsyaAllah kalau berusaha lebih kita layak dapat macam2 ganjaran seperti bonus di pertengahan bulan, melancong, anugerah, bonus kereta dan macam-macam lagi.
Lyna sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/


ISI DALAM MEMBERKIT SHAKLEE

"ADD-ON" ISI DALAM BEG

Thursday, September 18, 2014

4 Tips kurangkan DEMAM SELESEMA dan sakit tekak..

Assalamualaikum,
Kepala dah pening..hidung dah tersumbat..tanda2 demam selesema dah menjelma. Memang tak larat kalau ikutkan sangat... cara paling cepat untuk kurangkan simptom demam selesema ni.. tapi caraku.


1st sekali...sakit atau tak.. air masak mesti cukup 2-3 liter sehari. Paling baik jauhkan minuman AIS dan lebihkan minuman SUAM.


2nd selain minum air banyak... korang bole hisap gula2 ber'menthol' untuk melegakan tekak yg perit atau berkumur dengan pencuci mulut.Supaya kuman2 mudah terhapus..


3rd, cara ku.. tak nak kepala berat dan nak bagi peluh keluar. Aku bersenam...  (workout @ gym) kalau tak gi gym pon..buat simple routine sampai kuar peluh. Pastikan malam pat tidur yang cukup & berkualiti. Jgn lupa sebelum tidur gosok gigi heehee... dan kumur2 dengan mouthwash yer :D

4th, makan vitamin C untuk menguatkan sistem imun selain tu bole ambil performance drink & nutriferon.
Apa??? Kalau makan supplemen tak akan jatuh sakit? Heehee..bukan macam tu. Supplemen adalah makanan tambahan.Kita sering kekurangan nutrien di dalam hidangan seharian. Contoh seperti sayur, jika di masak lebih dari suhu 40 darjah..musnah la zat yang terkandung di dalam sayur. Sebab tu vitamin penting untuk 'cover' semula nutrien yang hilang.
Kalau demam selesema ni penyakit biasa... Ia adalah salah satu cara penghapus dosa2 kecil.Dugaan dari Allah.Terima dengan redha.Banyakkan beristigfar ketika sakit ni. At least, klu amik supplemen penyakit tu tak jadi bertambah kronik.
Kalau nak UPGRADE tahap kesihatan bole contact ~


Lyna sabran 

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/


Wednesday, September 17, 2014

Resepi mudah Aiskrim Vanilla + Mealshake


Assalamualaikum,

Ingat tak entry 2 hari lepas??? pasal tips merawat TONSIL..
tetibe tercetus idea.. nak bagi korang resepi buat aiskrim vanilla.. senang je roopanya buat eskrim ni.. anak2 aku memang 'hantu' aiskrim... selain aiskrim aku pernah gak buat AISKRIM GORENG.. pendek kata ALL ABOUT AISKRIM memang kitorang la hantunya.. harharhar..

ok, let's move on..

Aiskrim Vanilla ditambah Mealshake =)

Bahan2nye :


1 tin susu cair -atau- 250 ml susu full cream/fresh milk Dutch lady

1/2 tin susu pekat (suku pon boleh, ikut tahap kemanisan yang disukai)

1 biji telur

1 sudu kecil sen vanilla
1 sudu besar Ovalett (HALAL)





Ni 'Ovalette' kalau sape tak pernah tengok =)


Perisa :

Ikut suka..

Antaranya bole guna - Oreo (dihancurkan), Milo, Strawberry Emulco @ coklat (bole gak guna susu coklat, susu strawberry) Kalau nak jadikan aiskrim ni berKHASIAT untuk anak2 makan bole tambah 1 sudu besar MEALSHAKEs SHAKLEE.
Cara2 membuatnya :

Masukkan segala bahan [kecuali PERISA] ke dalam mixer @ blend... kacau... 'goyang gerudi' selama 15-20 minit [lagi lama..lagi gebus lagi bagus!] sehingga tekstur adunan tersebut menjadi pekat dan likat seperti krim... [professional x???] harharhar..
asingkan kepada 2 bahagian kalau nak perisa berbeza2. Satu original vanilla.. satu lagi boleh campurkan dengan perisa kegemaran korang. Letak agak-agak perisa tu..kacau guna sudu jer. Dah sebati...
Kemudian, tuangkan ke dalam bekas dan bekukan.. [utk dapatkan tekstur yang menarik kacau @ blend sekali lagi dan bekukan].



Nak order Mealshakes? bole contact...
Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Siapa Tuan Tanah blog ni???

Assalamualaikum,

Rasanya.... tak pernah lagi CERITA TENTANG DIRI aku kat sini. Maaf lah, membahasakan diri 'aku'.. sebab tu lah diriku yang sebenar.. sempoi & gila-gila tapi tak gila..Masih waras.. *sengih*
Gaya penulisan aku memang bersahaja..sesuai sgt dengan personaliti aku (camne korang baca blog aku.. gitu le aku kat luar). Aku memang suka menulis sejak kecik.. especially diary.. heehee.. *malunya*

Tercetusnya idea nak menulis blog sejak lahir anak pertama tahun 2010.. {Mummy's Diary}
Ni blog kedua, selepas terjebak dengan #ShakleeEffect (wajib hastag tu..) Kat blog ni aku share tentang tips kesihatan & info2 tentang produk Shaklee.. bila aku belajar tentang sesuatu produk.. aku wrote down.. pastu 'abadikan' dalam blog.

Ok..

Siapa aku ni? Best sangat ke cerita aku ni sampai nak berblogging bagai? Cerita hidup aku biasa2 jer...

Anak tunggal Sabran bin Ibak (keturunan banjar bukan jawa) dan Aftah binti Affan. Dan dah jadi anak yatim sejak berusia 13tahun. Arwah abah pergi meninggalkan kami akibat KANSER PARU2. **AL-Fatihah untuk arwah Sabran bin Ibak**

Sebelum tu, lupa nak bagitaw tarikh penting.. tarikh aku mula melihat dunia... 22 Disember 1985 di Hospital Segamat.
Di lahirkan secara 'forceps' mak aku cite... sian mak aku... besar pengorbanan seorang ibu kan??
Selepas arwah abah meninggal mak membesarkan aku sendirian.. keje kantin sekolah & jual kuih. Sebab tu la sekarang masa tuk balas jasa mak... kita plk jaga mak. Aku adalah bekas pelajar Sekolah Kebangsaan dato' wan idris, Sekolah Menengah canossian convent Segamat dan Sekolah Menengah Putrajaya (1) Presint 8. Tak brape banyak la 'koleksi' sekolah aku berbanding orang lain... (jangan tak tau aku bekas pengawas di Sekolah Menengah Putrajaya tuu...pengawas yang baik hati..haahaa)
Pas abis SPM.. aku sambung belajar kat Politeknik Merlimau, amik Sijil Pengajian Perniagaan. Pastu sambung Diploma kat Politeknik Shah Alam... perjalanan hidupku teratur dan 'smooth' je..walaupon hidup tak serba mewah.
Tak lama pas abis belajar kat poli.. aku kerja sementara kat kedai.Tu yg jumpa suami kesayanganku iaitu Razman Rahmad.. panjang ceritanya.. nt aku cerita kat entry lain lar. 6 bulan kerja jadi 'salesgirl'.. rezeki keje Government pon sampaiii.. dah 7 tahun berkhidmat sebagai Pembantu Akauntan. Stress tak mo citer... tapi hajat di hati nak jadi Working at home mummy suatu hari nanti sebab nak tengok sendiri anak2 membesar depan mata.. InsyaAllah. DO'AKAN YER...
Panjang lagi perjalanan hidup ni.. *InsyaAllah jika dipanjangkan usia* Impian bersama keluarga & SHAKLEE menggunung & melangit... aku berdo'a segala dipermudahkan. AMIIIIN.

Jumpa next entry k ;)


I am Lyna...breastfeeding mom with nursing poncho


Thanks for reading.. LeBiu ^__^

Tuesday, September 16, 2014

Cantik & cerah dengan pencuci muka SHAKLEE

Pencuci muka Nutriwhite Shaklee ini saiznya agak besar 150 ml.

Berbaloi-baloi beli taw...


Guna sedikit je tak sampai pun besar kacang hijau buih dah banyak. Macam ni boleh guna sampai setahun!! Hikhik..
Rasa segar dan nyaman sebaik sahaja wajah dicuci dgn Nutriwhite Shaklee. Kulit pun rasa lembut dan licin. Kalau semut lalu pasti jatuh laa...heehee.. Cuma satu saja yang tak best sebab tiada haruman wangian. Saya rela abaikan haruman wangian ini kerana pencuci muka Nutriwhite Shaklee ni bebas dari bahan kimia dan sintetik berbahaya yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kulit muka pengguna. Memang selamat untuk kulit muka kita.

Kesan penggunaan Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee ni...

~ kulit wajah kita segar dan bersih
~Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan.
~Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan.
~Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen.
~Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas kulit.
Yang penting Ia memang setanding dengan produk penjagaan kulit terkemuka dunia.

**Psst! Sesuai gak untuk letak atas dulang hantaran. :)




Untuk mendapatkannya..

Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]

♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226

♥ Emel : mummy.beela@gmail.com

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Monday, September 15, 2014

TONSIL [ PART 2 : Merawat TONSIL dengan Aiskrim ]


Dah janji ada part 2 kan... sebelum ni dah cerita apa tu tonsil [baca kat sini].. Tapi macamana nak kurangkan rasa tak selesa akibat TONSIL dan kembalikan semula suara yang hilang???



^^ Amaran ! Penulisan ini hanya sekadar rawatan alternatif..sekiranya penyakit berlarutan..sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya ^^



Sebenarnya rawatan TONSIL kat umah memang mudah... kat {PART 1} aku ada cerita rawatan yang aku dah buat... antaranya, 'mouthwash' beberapa kali sehari, hisap gula-gula 'menthol' contoh strepsil, fisherman's friend dll. Bila tak tahan sangat menangung kesakitan, dah tak larat nak bangun [serius! tu yang sampai nak tengk henpon pon tak mampu..huuhuu] aku telan gak PARACETAMOL 2 biji sebelum tido malam. Siapa pernah kena tonsil taw la..betapa seksa nak bercakap sebab suara takde... cabaran bagi aku..bila nak bercakap dengan anak2...dah macam orang bisu. Cakap pakai bahasa isyarat! Kadang naik EMO jugak aku di buatnye... di tambah lagi sakit kepala... Ya Allah! sikit je dugaan Allah bagi aku dah rasa seksa camni???


Last2, bespren aku bagi idea.. [pernah dengar, tapi tak teringat nak buat...] makan aiskrim... tapi aiskrim vanilla kosong.. takde campur perisa lain. tak kesah jenama ape..janji aiskrim vanilla semata! Kalau korang campur2 perisa makin bengkak tekak tu kang...aku tak jamin hokeh...

Balik dari pasaraya [masa ni dah tak demam..cuma suara jek takde]...aku terus telan aiskrim vanilla yang 'marvellous' sedap tu.. sebelum tido malam makan aiskrim vanilla... ko mampu??? hahahaharrr.. Alhamdulillah, esok pagi suara aku kembali semula...walaupon tak 100% tapi bole la nak bercakap sikit2. Tonsil tu takde la baik dalam masa 1 hari sebab aku tak pi klinik kan.. aku makan je aiskrim 2-3 hari. Hari ni, suara aku dah ada sepenuhnya. Alhamdulillah! tak de la sampai ke tahap kronik..




Supplemen Shaklee juga boleh membantu dalam mengurangkan masalah Tonsil,
antaranya :


Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Anak2 jarang jatuh sakit & sentiasa ceria

Entry ni.. nampak cam CAKAP BESAR ke?? tapi saya tak bermaksud pon macam tu.. rezeki kita lain2. Kalau Allah dah bagi lebih kat sini..kurang kat sana.. percayalah rezeki Allah datang dalam macam2 bentuk.. betul tak?


Mungkin Allah dah bagi saya kelebihan anak yang ramai..dia bagi pulak kemudahan bagi saya menjaga mereka. Setakat hari ini.. InsyaAllah, 3 orang cinta hati ni mempunyai antibodi yang kuat. Sebulan sekali demam memang jarang. Kadang terlupa bila last date dorang demam. Syukur, mereka kuat & lasak... kalau demam pon tak berpanjangan. Pendek kata.. mummy ni jarang2 amik E.L kerana anak demam. Bukan 'propa' yek..

Nabeela tu jek kadang2 selesema&batuk (dia ada history 'bronchopneumonia') puas aku berkampung di hospital 33 hari jaga dia kat wad. Tapi sejak dia berumur 4 tahun dan sejak konsisten bagi dia Mealshake & Chewable Vitamin C. Nampak perubahan positif kat dia.

Cerita tentang Nabeela jek ye.. sebab memang selalu dia yang banyak penyakit masa kecik. Sembelit lagi.. pastu kurang selera makan. MACAM2 HAL...tapi Alhamdulillah, sekarang makan sepinggan dia sorang licin... walaupon sebelum tu dah makan macam2. Masalah sembelit pon dah takde... takde la dady mumy kena jadi doktor selalu :( senang & lega hati mumy & dady tengok anak2 makin ceria.
Saya do'akan kita semua di permudahkan menjaga permata hati masing2..semoga kita memperoleh anak2 yang soleh&solehah serta mampu menjadi saham kita di akhirat kelak.

Friday, September 12, 2014

TONSIL??? [Part1]


Sejak Khamis lepas... aku rasa 'derita' sangat.. sebab tekak mula perit, nak minum air pon sakit, nak bercakap pon tak bole.. suara pon hilang. Mula2 hidung je tersumbat..tapi lama2 tekak yg sakit nak disedapkan rasa.. demam pulak datang. Sadis! Nak tengok handphone pon.. tak larat nak bangun.. dasyat tak? Dasyat tak crita? Tak caye...? Tak caye takpe.. meh baca apa 'penyakit' yang melanda aku selama 2-3 hari ni..


Apa itu tonsil ? 


Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.


Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis?


Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.


Simptom-simptom penyakit ~


Demam Susah untuk menelan kerana sakit tekak, Nafas berbau busuk,
Bunyi suara yang ganjil Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya.

Rawatan Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit Makan makanan yang sejuk, 
lembut dan minuman sejuk, 
Banyakkan minum air masak,
Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas, 
Rehat dan tidur (bukan apa, setiap kali bangun tido..akan terasa perubahan FASA penyakit..daripada tekak perit.. dah tak perit tapi suara ilang..huuhuu),
Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria...


Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?


Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy): Apabila jangkitan berulang – ulang. 
Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. 
Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.


Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan? 


Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan. Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. 
Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk. 

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk: Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya. Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus. Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan. Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

#Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.


Sekarang dah taw kan, jaga la kesihatan masing2.. pasni [part 2] kita cerita.. macamana saya mengatasi masalah TEKAK saya ni.. CARA saya.. so, stay tuned k ^__^



Lyna sabran 

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/




Wednesday, September 10, 2014

Masalah jerawat DEGIL???



Baik perempuan atau lelaki dewasa..mesti risau kalau muka dipenuhi jerawat...betul ke tak? Masalah jerawat biasa dikaitkan dengan RESDUNG, ALAHAN, BANYAK TOKSIN DALAM BADAN yang perlu disingkirkan, KETIDAKSEIMBANGAN HORMON & STRESS!!

Untuk yang mempunyai masalah banyak toksin cadangan produk yg disarankan iaitu:
Alfalfa -  bantu membersihkan darah & mengurangkan toksin.
Untuk masalah ketidakseimbangan hormon,dicadangkan pula : GLA complex - kaya dengan omega -6 yang membantu menstabilkan hormon dan melembabkan kulit.
Untuk masalah alahan & resdung, dicadangkan mengambil : zinc complex - mengurangkan radang gatal jerawat & membantu menguatkan sistem imun
Vitamin C - bantu atasi alahan , menguatkan sistem imun & membantu membina kolagen semulajadi...

Ada yg naik jerawat sebab stress?? Haaa...ambil Vit B com ye..memang baik utk bantu atasi stress...B complex juga bantu vit C menjalankan fungsinya dengan baik...
Apa lagi VITAMIN yg elok utk muka berjerawat??
Vit E com» bantu pudarkan parut!
ESP » kaya dengan protein yang bantu bina tisu-tisu muka yang rosak akibat jerawat tadi...
Pening nak pilih??? Kalau pening... contact lyna nanti bole la lyna cadangkan samada SET LENGKAP atau set mengikut BAJET anda...





Lyna sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Penapis Air & SHAKLEE...


Assalamualaikum,

Siapa kata SHAKLEE hanya ada supplemen a.k.a VITAMIN sahaja??? Eh, Shaklee macam-macam ada... dari produk pencuci muka normal to oily skin semua ada.. selain tu, rangkaian syampu & penjagaan rambut, pencuci & produk penjagaan rumah.. Tapi, arini nak cerita tentang 'Jug Ajaib'!!! Pitcher yang bole menuras air daripada kuning jadi jernih dan sedap.





Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!

• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasa air yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras
  - tidak memerlukan kuasa elektrik

Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

Keistimewaan Shaklee

  1. Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  2. Pilihan Bijak: Menjimatkan KosRakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
  3. Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa.Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
  4. Mesra Alam: Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar. sumber : [master Cery] dan [website Shaklee]

    Harga satu set RETAIL PRICE : RM475 termasuk Jug transparent dengan penutup bermeter,  FILTER 3 blok karbon (3 kali tukar) yang mampu menyingkirkan plumbum & bendasing lain dalam air paip. Housing kit (bekas untuk blok karbon) + 1 blok karbon penapis.

    Berminat???

    please contact your Distributor,
    Lyna sabran
    ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
    ♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
    ♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
    ♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/


Monday, September 8, 2014

Betul ke Pengedar Shaklee mudah melenting? dan tak bole trima kritkan???

Post bikin panas arini...

TENTANG ISU SEMASA, setiap hari...ada je pekara yang dibangkitkan mengenai produk supplemen NO 1 Malaysia nih. Produk ni femes kat ONLINE je..sape yang ada FACEBOOK, blog, Insta taw la kot.. masih ramai lagi rakyat Malaysia yang kat luar sana tak tau apa tu Shaklee. ADA jugak yang ada facebook tapi IKLAN Shaklee tak lalu kat WALL dorang..dorang tak tau jugak kan??

Kenapa aku tetiba nak post tentang ni? Aku dapat PM dari ramai kenalan bertanya tentang hal ni... SHAKLEE PENYEBAB RAHIM WANITA BENGKAK! [baca sini]

Meh baca link blog kat atas tu [credit to: faizal fairuz]... blog dia menjawab hampir semua tentang isu tersebut..sebab lengkap semua hujah2 dan TESTIMONI pengguna GLA COMPLEX...

Saya harap, ramai rakyat malaysia yang membaca sampai habis. Tak hanya baca tajuk..ok???

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.. ^__^

~ TESTIMONI PENGGUNA GLA COMPLEX SHAKLEE~









Lyna sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/