Monday, December 22, 2014

CINCH SHAKE minuman 'pengurusan berat yang berkesan'


Ada 5 sebab utama kenapa saya nak share tentang Cinch Shake [set pengurusan berat badan Shaklee] hari ni..Ada orang yang tak suka nak bancuh2 & minum ni.. tapi dari TESTIMONI pengamal Cinch Shake ni.. kebanyakkannya repeat order bila sekali dah cuba Cinch Shake ni. Kenapa ye?

Sebab...

1 - Cinch shake ada 3 perisa yang sedap & menyelerakan.. iaitu Coklat, Vanilla, Caffe Latte.

2 - Cinch Shake juga boleh dibancuh dengan pelbagai resepi. Tak semestinya kena minum macam tu ajer.. contoh:
  • Low fat milk + cinch shake vanilla
  • Low fat milk + cinch shake chocolate
  • Low fat milk + cinch shake caffe latte
  • Strawberry milk + cinch shake vanilla
  • Strawberry milk + cinch shake chocolate
  • Chocolate milk +cinch shake vanilla
  • Chocolate milk + cinch shake caffe latte
  • Chocolate milk + cinch shake chocolate
3 - Satu hidangan bancuhan Cinch Shake Shaklee membekalkan kepada kita 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral serta 6 gram serat. Satu hidangan tu dah cukup lengkap untuk rasa kenyang dan perut rasa penuh. Tak perlu nak makan makanan-makanan lain yang lebih tinggi nilai kalorinya. Dah tak perlu nak kunyah-kunyah di waktu senggang. Bila dah kenyang, jadi nafsu makan yang meluap-luap tu pun dapat di kurangkan. Bestkan? Sebab tu Cinch Shake sangat-sangat sesuai untuk dijadikan sebagai replacement meal anda.

4 - Cinch Shake buat badan jadi lebih Solid dan tidak menggeleber.
Bagi anda yang tak tahu, dalam cinch shake shaklee ada kandungan 'leucine' yang dapat membantu kita membakar lemak dan dalam masa yang sama memelihara otot badan kita. Jadi, kalau anda konsisten ambil cinch shake dalam masa sebulan tetapi berat tak turun, jangan terlalu panik, cuba buat ukuran ataupun perhatikan baju ataupun seluar anda. Makin longgar tak? Sebabnya walaupun berat masih sama nilainya, tapi bukan lagi lemak, tapi otot. Jadi, badan kita akan lebih nampak kecil berbanding dulu.


5 - 
Cinch Shake memberikan tenaga segera dan berpanjangan. Inilah lagi 1 kelebihan cinch shake Shaklee yang saya amat suka. Kalau diambil sebagai sarapan, bukan sahaja mengenyangkan sampai ke tengahari, malah memberikan tenaga untuk buat macam-macam kerja seharian. Dan yang lagi menarik, tiada rasa mengantuk pun. Memang sesuai untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan dan dalam masa yang sama terlalu sibuk di tempat kerja. Badan bertenaga sekaligus kurus & fit.


Apakah kebaikan Cinch Shake :
  • Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semsas anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.
  • Dari kajian klinikal, Cinch membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle).




    Lyna Sabran
    ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]

    ♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226

    ♥ Emel : mummy.beela@gmail.com

    ♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/



Target 2015 : Nak slimmmmm?

Alhamdulillah..

Lega bila dapat respon pengguna SET LENGKAP SLIMMING SHAKLEE... 
Dia memang amik full set slimming termasuk ESP (pilihan lain adalah CINCH SHAKE)
Set ni termasuk Alfafa, Lecithin, Herblax dan Omega guard.
Pelanggan ni seorang yang ada TARGET untuk capai berat badan impian dia.
Selain tu, dia jugak seorang yang bersungguh-sungguh mencuba SET SLIMMING SHAKLEE ni tanpa ragu2 dan berdisplin ketika mengamalkan semua supplemen ni.

Baca lebih lanjut tentang set slimming kat sini... [baca sini]

Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Sunday, December 21, 2014

Ada ke dalam realiti??? Suami ku Encik Sotong...

Salam,

Haa...suka tak tengok DRAMA ni? I suka, nak2 bile abang SADO yang berlakon... my fevret actor... heeheeh
Cerita ni berkenaan.. perkahwinan berlandaskan WASIAT arwah nenek.. macam kahwin terpaksa gak la ni kan. Apa kesudahannya??? Belum tahu... kalau yang dah baca novel dia..tau la kan endingnya..



Secara realitinya, aku tak pernah jumpa yang suami "lembut gemalai" gini.. Tak pernah jumpa. tapi cerita ni klako siot... masih di tayangkan. Malam ni ado..kat astro kul 10 mlm.

Tapi, sebagai WANITA dah tentulah kita nak suami yang MACHO cam Sharnaaz Ahmad (yg SADO sbb dia gi GYM..rerajin la ajak abang awak bersenam yer...elok untuk kesihatan)

Tapi, bagi sang suami yang ingin meningkatkan tahap kesihatan... bole cuba amalkan supplement setiap hari disamping pemakanan yang seimbang, cara hidup sihat & bersenam.

Apakah fungsi supplement Shaklee ni untuk lelaki?
Omega Guard - meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular, memelihara tahap tekanan darah normal, memelihara kesihatan jantung, otak, penglihatan & sendi-sendi.

Vitamin E - Memelihara kesihatan jantung juga, otot & prostat, meningkatkan fungsi paru-paru, kolon, sistem imun serta meningkatkan penghasilan sperma. Ia juga mampu melambatkan proses penuaan dan sebagai antioksidan yang tinggi bagi mencegah kanser.

Zinc Complex - sangat terkenal sebagai "khazanah lelaki" (zinc dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding organ lain). Ia merangsang tindakan enzim serta memainkan peranan penting bagi organ seks lelaki.


Kebaikan
"Shaklee Men's Health Programme"
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat

Kalau ingin mencuba dan merasai perubahan diri atau untuk sang suami... mana tau bole suami @ bapa perkasa. Tak perlu ragu-ragu dengan Shaklee..kerana ramai lelaki yang sudah berpuas hati. Termasuk suami ku...hiihii =) Ia halal, selamat & semulajadi!!!


Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Tuesday, December 9, 2014

Penyakit Kronik "autoimmune" atau lebih di kenali SLE

Salah seorang kawan lyna di syaki menghidap SLE ni... kita jarang dengar tentang penyakit ni.. selalunya kita selalu dengar tentang kanser... tapi SLE ni jarang kita dengar..apa kata kalau kita ambil tahu sikit tentang APAKAH SLE ni dan apa GEJALA-GEJALA nya...
  • Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
  • Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
  • Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.
Apakah SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
Terdapat beberapa jenis lupus:
  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Apakah Gejala-gejala SLE?

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut...

Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Bagaimanakah SLE boleh dirawat?

Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.
Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

NSAIDs
Bagi mereka yang mengalami sakit sendi dan otot atau demam, ubat bagi mengurangkan keradangan dipanggil nonsteroidal anti-inflammatory (NSAIDs) biasanya digunakan. NSAIDs sahaja mungkin digunakan atau digabung bersama ubat lain bagi menahan kesakitan, mengawal bengkak dan merawat demam.
Kesan sampingan NSAIDs ialah sakit perut, pedih hulu hati, cirit, dan pengumpulan air seperti kaki bengkak.

Hydroxychloroquine
Ubat anti-malaria yang pada asalnya digunakan untuk merawat malaria didapati amat berkesan untuk merawat SLE. Hydroxychloroquine sahaja boleh diberi atau digabungkan dengan ubat lain. Ianya biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. Kajian klinikal mendapati penggunaan berterusan hydrochloroquine boleh menghalang penyakit SLE dari berulang.
Kesan sampingan ialah sakit perut dan kerosakan pada retina walaupun sangat jarang berlaku.

Kortikosteroid
Merupakan rawatan utama untuk SLE. Jenis kortikosteroid yang biasa digunakan ialah prednisolone. Kortikosteroid boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan, dalam bentuk krim yang disapu pada kulit, atau suntikan. Memandangkan tindakan dan reaksinya yang tersangat kuat dan ketara sekali, penggunaan dalam dos yang rendah adalah diamalkan untuk keberkesanan rawatan.
Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini di hentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilannya dengan secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu doktor akan mengurangkan dos dengan secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan. Kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini.
Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Lagi tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka lagi ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. Doktor akan cuba mengurangkan pengambilannya dengan menggabungkan bersama ubatan yang lain yang kurang kesan sampingan, dan apabila SLE dapat dikawal, dos kortikosteroid akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi.

Immunosuppresif
Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Immunosuppresif boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan atau secara infusi (drip). Kesan sampingannya ialah loya, muntah, gugur rambut, masalah pundi kencing, kurang kesuburan, risiko untuk mendapat kanser, serta senang mendapat jangkitan. Kesan sampingan akan lebih ketara jika penggunaan ubat ini dilanjutkan dalam masa yang lama. Seperti juga penggunaan ubatan SLE yang lain, jika ubatan ini diberhentikan ada kemungkinan serangan SLE akan berulang kembali.

Kerjasama yang rapat antara doktor dan pesakit sangat penting untuk memastikan rawatan yang diterima akan memberi kesan yang baik. Pesakit perlu memberitahu doktor dengan segera sekiranya terdapat gejala baru untuk mengesan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah pesakit tidak boleh menukar ubat dan memberhentikan ubat secara spontan tanpa berbincang dengan doktor mereka terlebih dahulu.


Sumber [lupusmalaysia]
Cadangan Supplemen untuk pesakit SLE

Monday, November 17, 2014

PUNCA terjadinya Jerawat di Badan..

Sesetengah orang... jerawat kat muka tak de atau pon kurang... tapi kat depan dan belakang dada bertepek2 jerawat.. kenapa ye? mesti ada yang tak kena ni.. apa masalahnya???

Apakah PUNCA terjadinya Jerawat di Badan ?

Secara umumnya jerawat adalah keadaaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak (sebaceous gland) hingga menyebabkan liang roma tersumbat. Ini menyebabkan radang (bengkak) yang biasanya terjadi pada dada, belakang badan dan muka (bahagian paling kerap dijangkiti).
Punca sebenar jerawat tidaklah diketahui tetapi para doktor (atas pemerhatian) telah memberikan faktor yang dikatakan penyebab masalah kulit ini.
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
  • Masalah jerawat di badan seringkali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh).
Walau apapun punca yang menyebabkan jerawat tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah mengatasinya daripada terus mengganggu dan membelenggu diri anda. Kehadiran jerawat samada di muka atau di badan selain dari menjejas penampilan, ia juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada jiwa seseorang seperti krisis keyakinan diri dan kemurungan. Justeru itu, JANGAN AMBIL REMEH perkara ini. Segera bertindak dan jangan anggap masalah ini akan pulih dengan sendiri. Malah mungkin bertambah teruk jika terus dibiarkan.

Bagaimana Cara untuk mengatasi masalah Jerawat Badan ?

Selain menggunakan ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor pakar, kita juga boleh mengatasi atau mengelak dari masalah jerawat di badan ini berterusan. Jangan ingat masalah ini akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak oleh kita sendiri.

Antara perkara yang anda perlu lakukan bagi mengelak jerawat badan:
  • Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian anda.
  • Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat
  • Elakkan dari pakaian yang tidak menyerap peluh.
  • Rajin bersihkan diri bagi menghapuskan bakteria dan membuang sel-sel mati
  • Amalkan gaya pemakanan yang sihat.
  • Sentiasa tukar tuala dan cadar tempat tidur.

    So, kat sini.. ada beberapa jenis supplemen yang bole dicadangkan sebagai langkah penyelesaian kepada masalah jerawat. Amalkan secara displin, berterusan dan pengambilan air lebih 2-3 liter sehari bakal memberi impak besar kepada kecantikan kulit anda ;)

    PM/whassp Lyna untuk pertanyaan lanjut tentang produk terbaik ini,
    0196800226


Saturday, October 25, 2014

Testimoni KULIT CANTIK dengan Vivix

Memang biasa dengar...
kalau makan VIVIX ni kulit muka memang nampak cantik walaupon baru seminggu amalkan.

Kulit lebih FLAWLESS..

Untuk cantik, selain COLLAGEN POWDER bole add-on VIVIX. Vivix ni bukan untuk cantik je.. tapi untuk menjaga kesihatan secara OPTIMUM [klik sini kalau nak taw]

Wednesday, October 22, 2014

Kulit BERMINYAK? atau Kulit KERING???


Jangan tak tahu... SHAKLEE bukan SUPPLEMENT semata.... arini jom review tentang SET ASAS penjagaan kulit Shaklee. Set ni sesuai bagi mereka [tak kira wanita atau lelaki] yang ada masalah KULIT BERMINYAK dan KULIT KERING. Enfuselle terbahagi kepada 2 jenis iaitu "purifying" untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak. "Hydrating" untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering.

Bagi bakal pengantin... Jom letak SET ni kat dulang hantaran. Kenapa pilih produk dari SHAKLEE ni? sebab ia..

100% Natural, Pure & Best source
100% Safe from cosmetic toxic
Proven Effective
dan set ni guna sikit2..sangat jimat...beli skali bole guna selama 6 hingga 8 bulan.

1) Skin Care Enfuselle (Normal to Oily Skin)


- lebih sesuai untuk berminyak, jerawat dan sensitif.  Antara produk-produk Enfuselle untuk Normal to Oily Skin ialah:-
- Purifying Cleansing Gel
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

- Purifying Toner
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
- Balancing Moisturizer
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik
- Eye Treatment
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
    -Purifying-
 2) Skin Care Enfuselle (Normal to Dry Skin) - lebih sesuai untuk kering dan sensitif.  Antara produk-produk Enfuselle untuk Normal to Dry Skin ialah:-

- Hydrating Cleansing Lotion

Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

- Hydrating Toner
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit

Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.

Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

- Hydrating Moisturizer
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam

Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

- Eye Treatment
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
    "Hydrating"
Jom 'flawless' dengan SHAKLEE.. supplemen untuk kecantikan dari dalam [klik sini] yer...

Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]

♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226

♥ Emel : mummy.beela@gmail.com

♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/