Saturday, April 11, 2015

Kesuburan VS Senggugut!


Senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ni menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan 'endometriosis' atau lain-lain.

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS

Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID

Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK

Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.

'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'

Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.

TANDA-TANDA SENGGUGUT:

  • kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek.Kadangkala, ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.
  • sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid.
  • terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.
  • mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.
  •  
  • kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.

    Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala iaitu:
  • sakit kepala
  • rasa loya
  • muntah-muntah
  • masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
  • mudah pitam atau pengsan.
  • simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.
  • kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.

UBAT TAHAN KESAKITAN

Kesakitan dengan mudah boleh dihilangkan dengan pelega kesakitan biasa atau mengamalkan makan ubat perancang keluarga yang menghalang ovulasi. Contoh ubat penawar sakit yang sesuai untuk melegakan kesakitan senggugut ialah Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain-lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon 'Norethisterone'. Namun begitu, sukar untuk melegakan kesakitan dan sakit menjadi punca berjumpa doktor. Gejala berkaitan termasuk ketidaksuburan. Kadangkala doktor hanya mengesan penyakit tersebut ketika pesakit membuat ujian untuk rawatan ketidaksuburan. Sakit senggugut yang teruk tidak bermakna penyakit penyebab juga teruk dan peluang hamil makin tipis. Ini hanya akan ditentukan selepas doktor membuat penilaian sepenuhnya. Keperluan mengambil ubat penahan sakit menunjukkan tahap seriusnya kesakitan dan keperluan mendapat cuti sakit menjadikan keadaan ini kontroversi. Kesan ubat penahan sakit terutamanya dari kategori 'non steroidal anti inflammatory' boleh mendatangkan ulser pada dinding perut.

[sumber rujukan - majalah rapi 1 sept 05]
Pilihan lain selain ubat Tahan Sakit ialah :



1) GLA complex : membantu menyeimbangkan hormon dlm badan. Ketidakseimbangan progesteron & estrogen boleh mencetuskan kesakitan & PMS 

2) Ostematrix : kalsium membantu & mengawal pengecutan otot yang terkawal. Abdomen & vagina adalah otot yang kuat mengecut ketika haid berlaku

3) B complex : menambah aliran oksigen kepada organ wanita, meringankan simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan panas baran selain meringakan tekanan.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Lyna Sabran
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/






Tuesday, April 7, 2015

Manjakan kulit dengan set penjagaan dari alam semulajadi "NUTRIWHITE SHAKLEE"






Pencuci muka SETANDING rangkaian produk antarabangsa ni tak perlu diragukan lagi. Ianya selamat digunakan secara berterusan, mencerahkan kulit tanpa pengelupasan dan memberikan kesan yang memuaskan hati bukan saja sesuai digunakan oleh wanita, lelaki juga boleh gunakan. Saya juga salah seorang pengguna "GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER" kalau dulu pi farmasi tercari-cari produk apa yang sesuai untuk kulit. Kulit saya sensitif.. sebab salah pakai produk la ni dulu, kulit jadi rosak dan tak anjal lagi. sedih!!! Ternyata..belum habis satu tiub sekarang dah guna hampir 6 bulan... tapi masih belum abis.. kulit nampak lebih sihat & kurang bermasalah. Lagi satu, kelebihan membeli rangkaian produk penjagaan wajah Shaklee ni.. terutama pencuci muka tu satu tiub 150 gram hanya guna sedikit je..lebih kurang besar 'kacang peas' jer sekali guna. Tapi buih banyak..cukup untuk membersihkan muka hingga ke leher.
Rangkaian kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep 'flawless beauty sourced from nature, perfected by science' yang bermakna kecantikan sempurna adalah gabunga
n alam semulajadi dan sains. 
Set Nutriwhite yg lengkap mengandungi make up remover, foaming cleanser, softener (toner), daily essence, spot treatment, lotion with spf 15, overnight cream.



Sistem NutriWhite bertindak dengan 5 cara :

  • Mencegah – melindunggi kulit secara aktif daripada sinar UV, cahaya matahari dan alam sekitar yg dpt menggelapkan kulit
  • Mengurangkan – mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit. Untuk kulit lebih cerah
  • Menyekat – menyekat pemindahan pigment hitam daripada dalamsel kulit ke lapisan atas untuk mencegak kemunculan tompok hitam
  • Memperbaharui – memperbaharui dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melamin berlebihan agar kulit cantik berseri
  • Mencerahkan – mencerahkan warna melamin yang sedia ada serta tompok hitam. Juga menyerlahkan wana kulit secara keseluruhan



Gentle Action Makeup Remover-
  •   Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  •   Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  •   Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  •   Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

Gentle Deep Foaming Cleanser-
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan

Soothing Radiance Whitening Softener-
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan

Daily Defense Whitening Essence
Diformulasi dgn:
  •   Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  •   Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  •   Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok2hitam
  •   Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan dari matahari
  •   Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit, mengembalikan seri wajah

Spot Whitening Treatment-
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  •   Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  •   'Cats Claw' menegangkan kulit
  •   Vitamin C aktif membawa kecerahan untuk kulit dan lebih halus

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15-
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Overnight Renewal Whitening Cream-
  •   Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  •   Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  •   Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  •   Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  •   Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri.

Semestinya, ia adalah salah satu produk Shaklee, set NutriWhite ni dijamin dari sumber semulajadi, selamat dan berkesan digunakan.




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Lyna Sabran

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/


Monday, March 16, 2015

Rawatan untuk berhenti merokok...INSAFLAH!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,




Aku cukup sedih bila tengok lelaki merokok (nasib baik suami ku bukan perokok...kalau dia merokok maknanya dia tak sayang aku dan anak2 la tu..) Aku teringat arwah abah ku yang menghidap kanser paru-paru akibat merokok 16 tahun lepas... Masa tu tak kenal Shaklee lagi. Yela, ajal maut di tangan Tuhan. Aku dah redha dengan ketentuanNya.

Hari ni, aku cuba nak bantu dan nak seru perokok atau si isteri yang suaminya merokok supaya bertindak dari sekarang. Baru-baru ni masa aku teman husben (kena demam denggi) kat wad lelaki disebuah hospital kerajaan.. sedih aku tengok... kebanyakkannya menderita akibat merokok. Allahuakbar.

Sebelum kita cerita tentang bagaimana nak merawat ketagihan merokok ni...terlebih dahulu, perlulah kita ambil tahu 'fakta2 tentang amalan merokok'.

Tembakau merupakan bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan dan keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. “Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin” (Al-Bukhari & Muslim)
2. “Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani” (At-Termidzi)
3. “Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu” (Abu Daud)
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
  1. Melahirkan bayi yang kurang berat badan
  2. Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  3. Lebih terdedah kepada kanser
  4. Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
  1. Lebih mudah mendapat lelah
  2. Mendapat jangkitan paru-paru
  3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok

  • Hidup lebih lama dengan mengelak dari sakit kronik. (ajal maut ketentuan Allah)
  • Dapat menghindari racun
  • Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
  • Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
  • Dapat meningkatkan kece-rgasan serta memiliki tubuh yang sihat
  • Meningkatkan deria rasa dan bau
  • Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
  • Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok 
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- cuba merawat ketagihan dengan SUPPLEMEN..percaya tak? Ada..siapa kata takde?




Rawatan Alternatif Untuk Berhenti Merokok.



Langkah 1 - [DTX COMPLEX] Bertindak sebagai tonik hati, membantu proses detoksfikasi hati kerana hati perokok tegar berwarna lebih gelap berbanding dengan orang yang tidak merokok kerana mengandungi toksin nikotin & tar yang terlalu tinggi di dalam hati.



Langkah 2 - [SUSTAINED RELEASE VITAMIN C] sebatang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan perokok.Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh tak mampu menyimpan Vitamin C dengan baik.Jadi perokok, perlu ambil Vitamin C dengan kadar yang lebih banyak daripada biasa untuk membersihkan nikotin dalam darah.



Langkah 3 - [VIVIX SHAKLEE] Vivix Shaklee bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki. Jika anda seorang perokok yang mengidap kanser, vivix membantu membaiki sel-sel kanser ini dengan cara membaiki struktur DNA sel tersebut. Dengan pengambilan Vivix Shaklee selama 2 minggu secara berterusan, InshaAllah boleh berhenti merokok untuk selama-lamanya. Vivix Shaklee akan menyebabkan anda secara automatik tidak mahu merokok lagi sebab setiap kali anda merokok, rokok tersebut akan rasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda sendiri akan menolak rokok secara automatik. Bukan itu sahaja, dengan pengambilan Vivix Shaklee, anda bukan sahaja boleh berhenti merokok, bahkan anda juga akan bertambah berseri dan nampak muda. Sebab Vivix juga merupakan anti-oksidan yang sangat berkesan untuk membuatkan anda nampak 20 tahun lebih muda. Bukan cakap kosong tau, Vivix Shaklee ada bukti kajian klinikal. 


“Setiap Sedutan, Membawa Padah”

So fikir-fikirkan....




Lyna Sabran 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]
♥ Contact No | WhatsApp | SMS :019 680 0226
♥ Emel : mummy.beela@gmail.com
♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

Monday, March 9, 2015

Berpantang moden...banyak kebaikannya.

Assalamualaikum,

Betul ke set bersalin zaman moden banyak kebaikan? Aku faham, tersangat faham... kita semua terikat dengan tradisi tok nenek moyang... well, aku tak kata korang perlu tinggalkan petua2 orang dulu-dulu untuk kembali cantik&sihat selepas bersalin. Sebenarnya sama penting, tapi jangan lah sampai sukat makan... sukat segalanya untuk kembali cantik...tapi kalau nak sukat juga pemakanan tu takde masalah...ambil je makanan tambahan supaya nutrien harian tu sentiasa cukup.

Masa aku berpantang takde la susah sangat.. aku print siap2 resepi ibu berpantang... best2 jugak menu ibu bersalin ni contohnya macam ikan tenggiri bakar, ikan masak sup, ayam rebus, ayam bakar, serunding ikan bilis halia bara..nyum nyum! selera I... takde masalah langsung, sebab aku berpantang dengan mak sendiri yang memang moden dan sporting..haahaaha.. walaupun makan makanan sihat tetap vitamin takkan di lupa kan supaya dapat kembalikn darah yang banyak hilang, kembali bertenaga dan luka cepat baik.

Petua-petua lain aku tak lupa..seperti berlulur, berbengkung dan bertungku. Berpilis tak suka.. so aku sapu minyak NR je ke dahi dan bahu..segar je rasa pas sapu. Selalu pening akibat tak cukup tido kan. Minyak Herba kena la standby jugak. [aku tetap jaga luar dalam k]. Aku nak kongsikan kat sini yang dalam kamus berpantang aku takde istilah 'bentan'.. maaf lah yer aku selalu di 'momok'kan tentang hal ni... kalau meroyan tu mugkin la..tu sebab emosi. Melalui pembacaan aku, sakit yang datang semasa berpantang seperti demam atau turun darah dan sebagainya mungkin akibat penjagaan berpantang tidak betul seperti kekurangan zat makanan yang diperlukan badan. Macamana tak menggigil kalau makan nasi putih dan ikan kering je? Sayur pon macam2 tak bole makan kan? Orang zaman dulu, sebab faktor ekonomi yang menghalang mereka makan makanan yang berkhasiat masa dulu. Sekarang dah tak relevan ar, lagi2 ibu2 moden semua nak kena jaga diri sendiri sebab ibu atau ibu mertua dah tak larat nak jaga kita, senang je...jom telan Vitalea ibarat macam makan 40 jenis hidangan sekaligus.

Nak tahu tak apa yang bestnya, berpantang dengan vitamin???
[baca tentang perbandingan set bersalin]

Set bepantang Shaklee pilihan bijak ibu2 moden kerana...

1) ESP - Protein adalah penting dalam pembentukan hormon yang diperlukan dalam penyusuan ibu sebagai 'milkbooster'. Selain itu ESP membantu menyihat, memutih dan menggebukan kulit serta membantu pertumbuhan sel baru.

2) VITALEA - Menambah tenaga, membekal keperluan vitamin & mineral ibu yang tidak terdapat dalam menu berpantang.

3) OSTEMATRIX - mengurangkan simptom PMS (Pre menstrual syndrom) seperti kembung, kejang, kebas, bengkak air, baran dan kemurungan. Ia sumber kalsium yang juga komponen utama dalam susu selepas air & protein. Ibu yang kekurangan kalsium ketika
berpantang akan mengalami sembelit dan stress. Stress juga akan mengganggu penyusuan susu ibu.

4) SUSTAINED RELEASE VITAMIN C - semasa berpantang kita perlu menjaga diri sebaik mungkin dengan mengelakkan diri daripada terkena jangkitan@penyakit.Vitamin C berfungsi selain menyembuhkan tisu rosak ketika proses bersalin Ia juga mampu menguatkan sistem imunisasi dan mengelak daripada ibu terkena jangkitan.

5) B COMPLEX - Ia dapat membekal tenaga tambahan kerana ia dapat menukarkan makanan kepada tenaga, memberi stamina kepada ibu2 yang berjaga malam menjaga bayi. Ia juga berfungsi memelihara sistem saraf dari tekanan dan melawan stress.Mengamalkan b complex setiap hari mampu mengelak dari 'post partum deppression' iaitu meroyan.

6) ZINC COMPLEX - paling penting bagi mempercepatkan luka dalaman & luaran sembuh dengan sempurna dan sesuai bagi ibu yang bersalin samada bersalin normal atau pun pembedahan.Selain itu, keistimewaan zinc juga mengelak rambut ibu selepas bersalin keguguran.

Ada lagi keistimewaan set bersalin @ berpantang Shaklee ni.. anda boleh mula mengamalkan set ni sejak dari mengandung sehingga bersalin dan jika suka boleh teruskan set ni untuk set penyusuan pula.Best kan? Cuma ZINC COMPLEX kena tukar ke ALFAFA. Selain tu, set ni selamat di ambil sebaik sahaja anda keluar dari labour room. Tak perlu risau, pening kepala takut bayi kena jaundis kerana ia tidak menyebabkan panas badan seperti jamu. Kan senang? Tenaga dapat, badan pun sihat & bayi pun dapat khasiat dari susu ibu.

All in one...One for all! Senang dan menjimatkan.

Nak cuba?

Jom contact sekarang!
Lyna 0196800226


Wednesday, March 4, 2015

Air Halia untuk masalah kembung perut.

Assalamualaikum,

Kenapa arini aku nak cerita pasal air halia pulak? saja nak share kelebihannya.. kalau korang malas nak rebus2 bagai..korang bole jer amik tablet Peppermint Ginger Plus.Lagi sonang...

Sebenarnya mak aku selalu mengalami ketidakselesaan perut contoh kembung, sakit perut berangin dan susah nak buang air besar.. aku ikhtiarkan HERBLAX, Alhamdulillah... masalah sembelit dia beransur kurang.

Ok, nak share tentang RESEPI AIR HALIA ditambah MADU ni untuk membuang angin dalam badan.


1) Cuci dan bersihkan halia.
2) Halia lebih kurang besar ckit dari ibu jari
3) Kemudian potong nipis.. ikut suka nak tebal ke nipis. Sebab bukan kita nak makan pon halia nih.
4) Masukkan air 1 liter. Rebus sampai mendidih.
5) Ambil 1 cawan air rebusan halia ni tambah 1 sudu besar madu lebah asli. Kacau sebati. Boleh lah diminum terus. 

Rasanya.. pedas ckit dan manis2.. klu tak bole tahan dengan rasanya yg sedap.. bole la amalkan Peppermint Gingerplus je.




Sebenarnya Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale mengandungi banyak khasiat termasuklah air, fosforus, kalsium, kalium, kabohidrat, niasin asid, vitamin A,B,C, tenaga protein, lemak dan asid organik serta gentian.

Ia dapat merawat penyakit angin dalam badan, sakit kepala sistem pencernaan bermasalah, asma, sakit perut, urat saraf lemah, batuk kering, mabuk kenderaan, kejang , buang angin berlendir dan macam-macam lagi.

Halia bersifat panas. Ia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan dan juga membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Banyak lagi khasiat halia antaranya yang aku baca..

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari


5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
Halia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, kerana tumbuhan ini disebut dalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil (halia)".


KHASIAT MADU.. kalau nak cerita khasiat madu memang sampai 1001 malam tak habis.

1. Melawaskan buang air besar

2. Menambahkan kecerdasan otak kanak-kanak

3. Mencerahkan mata
Sapu @ lumurkan madu pada bahagian kening anda.

4. Memulihkan penyakit banyak kahak

5. Mengubati penyakit dalam perut

6. Menghilangkan kesan terkena api, air atau minyak panas
Sapukan saja pada anggota badan anda yang terlibat.

7. Membersihkan kotoran yang ada dalam usus kecil dan besar

8. Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat pada paru-paru

9. Mengurangkan serta menghilangkan ketagihan dadah
Amalkan meminum air bunga mawar panas yang dicampur dengan sedikit madu. Minumlah 2 kali sehari hingga anda benar-benar pulih.

10. Mengubati penyakit medu

11. Memutih dan menguatkan gigi dengan menggunakannya sebagai ubat gigi

12. Mampu mengubati sebarang jenis penyakit

Amalkan meminum air panas yang dicampurkan dengan 2 sudu besar madu setiap hari. InsyaAllah.


Khasiat tablet PEPPERMINT-GINGERPLUS

Supplement yang menggabungkan Halia, pudina, cekur manis dan pokok adas (fennal) sebagai bahan utama memberikan rasa nyaman dan melegakan senak perut.

Selain memberi kesan kelegaan perut ia juga mampu menolong dalam proses penghadamanseseorang.

Membantu membuang angin lebihan dalam usus.

Mengurangkan rasa sakit pada abdominal dan kembung perut.

Melegakan rasa loya & muntah (paling baik untuk ibu hamil dan disyorkan juga bagi mereka yang mabuk dalam perjalanan).

Halia & Pudina digunakan secara tradisional untuk merawat Sindrom Ganguan Usus (IBS).

Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.


Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:

Melegakan sakit tekak dan batuk

Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan.


Merawat luka dan cedera ringan

Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan.

Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.


Baik untuk sistem pencernaan badan

Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.


Menjadikan kulit lebih cantik

Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.


Kegunaan lain

Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilang­kan kelemumur. Jika digunakan untuk meng­gosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi.

Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat.


Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam

Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit.

“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurang­kan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.

Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.

Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya.

Lelaki itu hanya me­ngambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut.

Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi.

Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.

Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/1_001khasiatmadu/Article#sthash.KCPOgeEV.dpuf
Shaklee Peppermint-Ginger Plus ini tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambhan dan tabletnya juga boleh dihancurkan, dicampurkan bersama air suam @ panas untuk minuman herba semulajadi.

Sebotol hanya RM45.00 (retail price) mengandungi 90 tablets. Bole hubungi saya jika berminat untuk mencuba supplement yang ringkas & mudah di amalkan ni.



Lyna Sabran


♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]


♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226


♥ Emel : mummy.beela@gmail.com


♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/